IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN
Implanon adalah produk pencegahan kehamilan yang berbentuk seperti batang mancis di masukkan ke bawah kulit di lengan yang tidak dominan.
Jika ia telah melepasi tarikh luput selalunya akan mengeluarkan bekalan hormon yang tidak mencukupi sebagai pencegahan kehamilan.
Selalunya tempoh yang dicadangkan 3 tahun. Bergantung pada jenama produk.
Seeloknya ia dikeluarkan kerana ia tidak lagi berfungsi secara berkesan.
Jika tidak dikeluarkan, tidak memberikan kemudaratan besar kecuali rasa tidak selesa.
Jangkitan kuman pada kawasan yang ‘ditanam’ produk itu hanya berlaku pada ketika mula ia dimasukkan di bawah kulit lengan sahaja.
#HealthDrZubaidi