Guillain-Barre Syndrome

Pengenalan
 
Guillain-Barré Syndrome (GBS) adalah penyakit yang amat jarang berlaku, dianggarkan berlaku 1 atau 2 dalam 100 000 orang. Ianya adalah penyakit yang datang secara tiba-tiba (acute) radang (inflammatory) yang melibatkan kerosakan selaput saraf (demyelinating) yang banyak (bukan satu saraf saja). Ia adalah penyakit autoimmune yang merosakkan saraf-saraf lain selain daripada saraf tunjang (peripheral nervous system) selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman virus.

GBS selalunya menyerang saraf dan selalunya corak penyakit ini disebut ascending paralysis dimana anggota yang lemah bermula di kaki dan merebak ke bahagian atas, iaitu tangan dan muka. Ianya juga melibatkan kehilangan respon reflex tendon ( deep tendon reflexes)

Tanda-tanda

Penyakit ini selalunya digambarkan lemah pada badan secara symmetrical ( melibatkan kedua-dua belah badan, sebelah kanan dan kiri). Ianya bermula dari kaki dahulu kemudiannya naik ke atas badan secara perlahan-lahan. Pesakit menceritakan kakinya mula lemah di mana ianya beserta dgn dysesthesias ( kebah dan rasa mencucuk-cucuk seperti kejutan electric /tingling senstion).

Apabila penyakit ini merebak ke bahagian atas, dalam masa beberapa jam atau hari, tangan, bahu dan muka mula merasa lemah dan kebas. Selalunya ianya akan menyerang saraf otak (cranial nerves) menyebabkan masalah susah hendak menelan, air liur meleleh dan kadang kala sukar membuka saluran pernafasan (airway), seterusnya menyebabkan sukar bernafas. Maka ramai pesakit terpaksa dimasukkan ke dalam wad, namun hanya 30% yang tidak boleh bernafas dengan baik dan terpaksa dibantu dengan alat pernafasan.

Bahagian muka akan kebas dan lemah, namun pergerakan mata masih normal (kecuali dalam penyakit GBS jenis Miller-Fisher). Deria rasa (sensation) dan perimbangan badan (proprioception) dan reflex lutut akan hilang.

Kadang kala pesakit mengadu sakit yang digambarkan sebagai penat pada otot yg terlibat. Ianya juga kadang kala melibatkan pundi kencing tidak dapat dikawal dgn baik. Namun begitu demam (fever) bukanlah ciri GBS.

Punca

Ianya disebabkan oleh respon imune kepada antigen asing (eg kuman virus) dan antibodi badan pula menyerang saraf kerana menyangka saraf adalah sebahagian daripada antigen asing itu. “mistaken identity”. Ia menyebabkan kerosakan pada selaput safar (myelin) menyebabkan otot menjadi lemah dan kebas. Ianya juga melibatkan saraf autonomik.

Prognosis

Keupayaan untuk sembuh bertambah baik jika:

  1. umur <40 tahun,
  2. tidak memerlukan alat bantuan pernafasan
  3. kadar anti-GM1 titre dalam darah adalah rendah dan
  4. masih lagi mempunyai kekuatan otot tangan (upper limb muscle strength).

GBS dirawat dgn memberikan infusi plasmapheresis atau injeksi intravenous immunoglobulins secepat mungkin. Di samping itu penjagaan suppotif harus diberikan. Selalunya pesakit akan sembuh namun jika ianya telah menyebabkan komplikasi paru-paru seperti pulmonary pneumonia dan melibatkan autonomic nervous system problems ianya agak sukar dirawat dan boleh menyebabkan kematian.

2 comments

  1. saya pesakit CIDP masuk 6 tahun dan sampai skrg saya membuat rawatan injeksi IVIG. Dr saya cadangkan membuat rawatan plasmaphensis ini. Apa pendapat anda. Sebenarnya injeksi IVIG itu sudah tidak berapa berkesan utk saya lagi.

  2. saya mghidap penyakit ini 2 thn lepas. masih mengambil neurobion. alhamdulillah. saya dah sehat. timakasih bg info ini ya doctor.

Leave a Reply to fuziahCancel reply

error: Content is protected !!