“Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil.
Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem.
Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah :
1. Demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh)
2. Sakit di bahagian belakang terutama di bawah tulang rusuk
3. Rasa loya dan muntah
4. Ada darah dan nanah dalam air kencing
Pemeriksaan air kencing bagi memastikan ada jangkitan kuman dalam pundi kencing dan ginjal, pemeriksaan darah untuk memantau fungsi ginjal dan mungkin ultrasound dan Ctscan bagi melihat pengumpulan nanah dalam ginjal.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
