Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sudah berkahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan air mani mendapati bilangan sperma saya tidak mencukupi.
Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil co-enzyme Q10. Benarkah ia membantu meningkatkan bilangan sperma saya.
Terima kasih.
Waalaikumussalam.
Bilangan sperma yang normal seharusnya melebihi 20 juta sperma dalam setiap ml air mani.
Jika saudara mengalami masalah ini, boleh lakukan tips berikut:
1. Turunkan berat badan kepada berat yang ideal.
2. Kurangkan merokok
3. Jauhi toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan asap kereta.
4. Hentikan minum alkohol.
5. Ambil makanan yang bernutrisi.
6. Pastikan penyakit kronik terutamanya penghidap kencing manis dalam keadaan terkawal.
7. Kurangkan pemakaian seluar yang ketat
Bagi menjawab soalan saudara tadi,
co-enzyme Q10 adalah suplemen yang bersifat antioksidan yang membantu memperbaiki kualiti sel sperma dan sel telur. Jadi ia bagus untuk lelaki dan wanita yang merancang untuk hamil.
Dos yang biasa digunakan adalah antara 100-300mg. Boleh mulakan dengan dos 100mg dulu selepas seminggu boleh tingkatkan secara perlahan-lahan sehingga 300mg sehari.
Pemeriksaan ulangan air mani dilakukan selepas 3 bulan.
Semoga membantu.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
