Susu

SUSU KAMBING VS SUSU RENDAH LEMAK

SUSU KAMBING VS SUSU RENDAH LEMAK   “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak tanya, mana lebih elok antara susu kambing atau susu rendah lemak? Dan betul ke susu kambing mempunyai sodium dan boleh meningkatkan tekanan darah? Terima kasih Dr Zubaidi atas pencerahan”.   ********   Waalaikumussalam   Susu Kambing mengandungi lebih banyak lemak dan kalori berbanding susu rendah lemak.   Tetapi ia juga kaya dengan protein, vitamin A, dan mineral seperti kalsium dan magnesium.   Susu kambing lebih mudah dicerna oleh sesetengah orang kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.   Susu Rendah Lemak mengandungi kurang lemak dan kalori, menjadikannya pilihan yang …

Read More »

MINUM SUSU BOLEH MEREDAKAN GASTRITIS

  Masalah pedih ulu hati (gastritis) sangat merunsing pesakit yang mengalaminya. Ia adalah keradangan pada lapisan dalam perut dan menandakan pesakit mengalami masalah penghadaman yang memerlukan pemeriksaan doctor. Ini kerana jika masalah ini berulang dan berpanjangan, berkemungkinan ia adalah masalah yang lebih serius seperti luka dalam perut (gastric ulcer) atau mungkin kanser perut (gastric cancer).   Ada pesakit mengalami masalah reflux iaitu asid dalam perut naik ke kerongkong sehingga menyebabkan dada dan kerongkong rasa terbakar. Pesakit mengalami batuk dan menyangka adalah masalah batuk biasa yang disebabkan oleh keradangang tekak. Ubat batuk tidak berkesan. (Nama lain bagi masalah ini adalah GastroEsophageal …

Read More »

APA MAKNA UHT PADA KOTAK SUSU?

Jika kita melihat kotak susu, hampir kesemua susu yang dijual di pasaraya mempunyai tulisan ​“UHT”. ​ UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-High ​T​emperature ​Processing (UHT)​ iaitu proses basmi kuman menggunakan suhu yg tinggi dalam waktu yang singkat. Ini kerana apabila susu diperah (walaupun dalam tahap basmi kuman yg maksima), masih terdapat sebilangan kuman yg ada dalam susu. Ini menyebabkan susu tidak tahan lama apabila tidak disejukkan. Jadi ia akan segera rosak. Jadi dengan menggunakan teknik UHT yang hanya memerlukan masa 3 saat, dan dipanaskan hingga 135 darjah, hampir semua kuman yang masih ada di dalam susu UHT dapat dibunuh. Walau bagaimanapun …

Read More »
error: Content is protected !!