Apakah Masa Depan Bayi Yang Tidak Menangis Ketika Dilahirkan?

 

Saya telah menjalani latihan housemanship di Jabatan Obstetric selama enam bulan di hospital awam di selatan tanah air. Saya diwajibkan berada di ’pusat bersalin’ selama enam bulan. Sepanjang latihan di sana saya mencatatkan bilangan kelahiran yang disambut ialah sebanyak kira-kira 450 orang bayi.

Namun apa yang saya amat bimbang ketika menyambut kelahiran bayi ialah apabila tiada tangisan yang didengar. Bayi tidak menangis langsung dan pada masa itu saya menjadi amat panik.

Kalau menurut ustaz yang mengajar saya dahulu, bayi menangis ketika lahir kerana takutkan syaitan dan jin-jin jahat yang sedang menunggu mereka di alam dunia.

Tapi kali ini, bayi ini tidak menangis? Apa sudah jadi? Tak takut syaitan dan jin kah?

 

Assalamualaikum Doktor. 

 

Saya ingin bertanya. Saya baru saja melahirkan anak secara pembedahan ‘emergency Caserean’ kerana didiagnosakan sebagai “cord prolapsed” dan anak saya telah lahir tetapi tidak menangis serta-merta. Baby saya dimasukkan ke dalam NICU.

Dalam dokumen, doktor menulis APGAR score sebagai 2/10@1’, 3/10@5’ dan 4/10@10’ dan anak saya dikatakan mempunyai HIE grade II-III.

Boleh saya tahu masa depan anak saya?

Ibu bingung, Kuala Lumpur

 

Mengikut ilmu perubatan moden, bayi yang dilahirkan akan segera menangis sebaik saja dilahirkan kerana fungsi paru-paru mereka mula berfungsi. Sebelum ini, bekalan oksigen didapati dari darah ibu mereka melalui uri (placenta). Setelah dilahirkan, mereka perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

Kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi akan mengalami kerosakan.

Jadi istilah yang digunakan ialah Neonatal Encepahalopathy. Istilah ini menggambarkan ”masalah saraf yang dihadapi oleh bayi sejak kelahirannya, menyebabkan bayi itu mengalami kesukaran bernafas secara normal, tidak mempunyai kekuatan otot dan refleks otot, mempunyai tahap kesedaran yang tidak normal dan selalunya mengalami sawan”.

Neonatal Encephalopathy (NE) is “a clinically defined syndrome of disturbed neurological function in the earliest days of life in the term infant, manifested by difficulty with initiating and maintaining respiration, depression of tone and reflexes, sub normal level of consciousness and often seizures”. (Nelson KB, Leviton A. How much of neonatal encephalopathy is due to birth asphyxia? Am J Dis Child 1991;145(11):1325-31.)

Masalah saraf ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada ketika hamil, sedang melahirkan atau setelah dilahirkan. Tetapi jika masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup, ia dinamakan sebagai Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE).

Bagi memahami prognosis atau masa depan bayi yang mengalami kekurangan oksigen dan tidak menangis ketika dilahirkan, seorang doktor harus memeriksa saraf bayi itu ketika berada di dalam NICU.

Bukan setakat itu saja, banyak lagi pemeriksaan melibatkan pengambilan darah, pemeriksaan EEG dan sebagainya. Pendek kata, kadang kala kita tidak sampai hati dengan ‘penderitaan’ bayi ketika menjalani pemeriksaan-pemeriksaan itu. Walaubagaimanapun pemeriksaan ini amat penting.

Dianggarkan 15-20% bayi yang lahir dengan masalah ini akan meninggal dunia sama ada ketika dilahirkan atau sebelum berumur setahun. Sementara 25-30% bayi yang hidup menghadapi masalah saraf apabila mereka besar dan mengalami masalah cerebral palsy, mental retardation dan kesukaran belajar. (rujuk:Bryce J, Boschi-Pinto C, Shibuya K, Black RE. “WHO estimates of the causes of death in children”. Lancet. Mar 26-Apr 1 2005;365(9465):1147-52).

Terdapat tiga peringkat kerosakan otak (encephalopathy) di kalangan bayi yang dilahirkan. Saya cuba permudahkan agar dapat difahami oleh orang awam dan cuba mengelakkan istilah teknikal.

Stage 1

Untuk beberapa hari, kekuatan otot (muscle tone) mungkin akan lebih sedikit. Ini bermakna, apabila kita cuba merenggangkan tangan, bayi seolah-olah cuba ‘melawan’. Beberapa ujian refleks (deep tendon reflexes) yang dilakukan oleh doktor, menunjukkan tanda yang berlebihan (brisk). Beberapa hari kemudian, kekuatan dan reflex menjadi nomal. 

 

Bayi juga mungkin kelihatan lemah untuk menyusu, mudah menangis dan menjerit kuat ketika terjaga. Apabila tidur, ia tidur dengan nyenyak dan lama.

Pemeriksaan saraf lain mungkin normal.

Pemeriksaan electroencephalogram juga normal.

Stage 2

Bayi kelihatan letih, kekuatan ototnya lemah dan pemeriksaan deep tendon reflexes menjadi negatif. 

 

Bayi mungkin sudah tidak berdaya menghisap susu lagi.

Bayi diserang sawan dalam masa 24 jam dilahirkan. Kadang kala sukar bernafas ketika tidur.

Jika keadaannya bertambah baik dalam masa 1-2 minggu, insya Allah ada kemungkinan bayi tidak menghadapi masalah saraf ketika dewasa.

Stage 3

Bayi kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia tidak respon terhadap rangsangan 

 

Mengalami sukar bernafas dan mungkin memerlukan bantuan mesin ventilator.

Pemeriksaan EEG menunjukkan tiada gelombang yang aktif.

Menurut satu kajian, bayi yang berada dalam kategori Stage 3 atau Stage 2 melebihi seminggu, atau pemeriksaan EEG masih tidak normal pada umurnya tujuh hari, selalunya akan mengalami masalah saraf di kemudian hari atau akan meninggal dunia. (Sarnat HB, Sarnat MS. “Neonatal encephalopathy following fetal distress. A clinical and electroencephalographic study’. Arch Neurol 1976;33:696-705)

Oleh itu pemeriksaan saraf pada umur 12 bulan amat penting bagi menentukan sama ada bayi mengalami rencatan otak (mental retardation), telah boleh bergerak (meniarap, merangkak, bangun dan berjalan dengan sokongan/bantuan) dan sama ada bayi boleh diberikan makan dengan mudah.

Ramai yang mahu mengetahui masa depan anak mereka, terutama apabila anak mereka tidak menangis ketika dilahirkan. Terlalu sukar saya menjawab soalan ini. Saya hanya mendoakan yang terbaik, anak-anak ini dapat membesar secara normal dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada masyarakat.

Saya ingin berkongsi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saintis dalam bidang perubatan. Dalam satu kajian di Journal Pediatric 2001, secara purata kanak-kanak yang tidak bergerak dan diberikan makanan melalui tiub di hidung, hidup sehingga tujuh tahun. (rujuk: Eyman R, Grossman H. “Living with cerebral palsy and tube feeding”. J Pediatr 2001;138: 47).

Ini bermakna jika bayi atau kanak-kanak itu tidak dapat bergerak dengan sendiri (hanya berbaring di atas katil), berkemungkinan besar Allah akan memanggilnya lebih cepat. Secara sunnatullah, bayi atau kanak-kanak yang tidak bergerak ini mudah mendapat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.

Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam satu jurnal paediatric terkenal, menyatakan 80% kanak-kanak yang menghadapi kerencatan otak (severe cognitive impairment) tetapi boleh bergerak dengan bantuan boleh hidup sehingga berusia 18 tahun dan kebanyakannya boleh survive sehingga umur 35 tahun. (rujuk : 37. Hutton J, Colver A, Mackie P. “Effect of severity of disability on survival in northeast England cerebral palsy cohort”. Arch Dis Child 2000;83: 468-74.)

Kajian ini menyokong terhadap kajian sebelumnya. Jika kanak-kanak itu mampu bergerak (dengan bantuan), insya Allah umurnya panjang, cuma kualiti hidup mereka terjejas kerana terpaksa begantung kepada pembantu.

Semoga Allah tidak menguji kita dengan ujian yang berat dan semoga Allah membantu ibubapa yang bersusah payah membesarkan anak yang mengalami masalah ini. Ameen.

Wallahua’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (04011)

13 comments

  1. A.kum…thn lepas ,saya bersalin dlm kereta ,x sempat sampai ke hosp,masa tu saya cuma perasan yg dia hanya menangis sikit&sekejap je..lepas bayi keluar ,saya terus angkat dan pangku ke atsa perut saya(masa angkat dia x nangis),dlm 5 minit kemudian sampai hosp,dia senyap juga..tp sepanjang saya berada di hosp selama 2 hari ,baby saya ada juga menangis…..adakah baby saya berisiko mengalami masalah saraf ini?sekarang nie dia dh sethn sebln..dh pandai jalan..

  2. Ada jga yg kta baby klu kluar xmnangis trus, nnt bsar jd bdak pndai..haha. mb sbb makayah dh bg prhatian lbh t sbb jd pndai agkny.. baby sy pn sma jgk kluar xnangis trus. tp bla kna air msa dmandikan bru dia nngis. tkjut kot ngn air bru. kmdian di tahan jga d NICU slma 4hri 3mlam. hri first mmg kesian tgok wyar merata, kna bg tmbahan oksigen, tambah air n di folow up jntung smua. sdih dn xsmpai hti tngok dia mnangis smahu2 minta didukung. ralat xdapat nak susukn badan hri prtama sbb kna dpatkn bntuan oksigen. tp lpas t hri kedua dtg mlwat dh xda dh apa pn kt bdan die. but masih xdbnarkn kluar hnga hari k 4. finally msa kuar dpt appment doc utk flow up congenital pheneumonia. skrang da msuk 3 bulan alhamdulillah nmpaknya pertumbuhan normal spt yg sptutnya pd usia dia. pndai meniru bunyi mlut, mniarap smbil mngangkat dada dn mndongak kepala pusing kiri dan kanan, dn trbru da pandai mlangkah smbil dpgang bdan. saya yakin mmberikan susu badan amat mmbantu dlm mlwan pnyakit yg sdang dhdapi dn cba dhinggap ke atas baby sy. Allhamdulillah so far smua ok dn mohon pda Allah slalu ksihatan dan ksjhtraannya trplihra.

  3. Assalamualaikum Dr,

    Saya sedang mencari maklumat HIE ini dalam bahasa melayu dan akhirnya saya terbaca link Dr. melalui google search. Saya ingin berkongsikan penulisan Dr. di dalam blog saya. Saya juga mempunyai anak HIE stage 3 . Kini beliau berusia 3 tahun. Semua ini berpunca dari lemas ketika dilahirkan. Saya ucapkan terima kasih pada dr. kerana berkongsi ilmu ini. Penerangan dr. sangat mudah. Anak saya kini saya kini berada di pusat jagaan insan istimewa di Subang Jaya dan progress nampak bertambah baik. Boleh respon dengan baik cuma mempunyai masalah dari segi ‘fokus’. Masih belum boleh merangkak dan berjalan. hanya boleh berpusing mengiring sendiri. Setiap hari anak saya akan melalui sesi terapi di sekolahnya dan berharap beliau dapat segala manfaat di situ. Amin..

    • Anak sy juga dilahirkan dengan HIE stage 3. Sekarang dah 9 bulan. Boleh meniarap di usia 6 bulan. Sampai sekarang belum merangkak dan tak ada tanda-tanda dia nak merangkak. Ke mana saya perlu rujuk ye utk masalah macam ni? Dan perlukah saya risau?

  4. Salam..

    Saya mempunyai anak HIE grade 1. Dlm huraian tuan byk menceritakan tentang HIE grade 2 & 3.Bagaimana dgn HIE grade 1? Adakah kesan utk HIE setiap grade ini sama? Adakah mereka berpeluang utk pulih kerana saya ada terbaca artikel bahawa otak bayi boleh membaiki bahagian yg rosak.

  5. Rose Aini binti Tony

    Salam,

    Saya melahirkan anak sulung pada 25/01/2010.Mungkin disebabkan anak pertama saya tidak pandai untuk meneran bayi saya keluar dan bayi saya hampir2 lemas dan tidak menangis semasa di lahirkan.Bayi saya telah di masukan ke NICU. Syukur alhamdullah bayi saya selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi.Kini bayi saya itu telah pun berusia 1 tahun 11 bulan. Seorang yang cerdik, bijak, cepat belajar & faham apa yang saya ajar walapun kadang kala sangat nakal.Saya ingin bertanya “Adakah anak saya akan mengalami penyakit di masa akan datang?” disebabkan dia tidak menangis semasa lahir?

    • salam rose,,sy yus,,,nk tnye ank rose slps lahir Dr sahkan ade sawan tak n DR sahkan HIE ke tak, n bb rose kena wat follew up check up tak,,??,,sb bb yus 5 bln lbih pon lemas HIE stage 2,,,stakat ni yus tgk p’kembangan dio ok (cuma x meniarap lg,tp sejak umur 2 bln lg dia dah mgiring cam nk mniarap)skarang dah senyum,ketawa,ankat kepala,tolak badan n kaki,menelan pon normal cam bdk2 biasa,,,arap rose dpt share dgn yus

  6. Assalamualaikum Dr.

    Saya pernah kehilangan anak yang ke 4 kerana IEM’s (inborn error of metabolism). Anak saya telah disahkan sebaik darah telah di ambil untuk ujian DNA dan beliau meninggal dunia pada usia ke 6. Banyak kemusyikilan yang saya hadapi sehingga sekarang kerana saya tidak tahu punca sebenar penyakit tersebut. Anak saya telah meninggal dunia pada bulan 9 tahun 2011.

    Sekarang saya mengandung anak yang ke 5 dan usia kehamilan telah mencecah 22 minggu. Saya telah dipantau oleh doktor pakar di Seremban sehingga waktu kelahiran bayi ini nanti.

    Kemusyikilan dan kerunsingan hati saya sekarang tentang keadaan bayi saya ini nanti. Adakah bayi yang ke 5 ini akan turut diwarisi penyakit tersebut dan adakah cara yang boleh saya ketahui? Saya amat berserah dan bertawakal kepada Allah SWT supaya bayi saya yang ke 5 ini sihat dan sempurna. Untuk pengetahuan dr. saya sekarang ada diabetis dan doktor telah disarankan ubatan insulin pada paras 6,4,0,6. Saya juga ada mild anemia pd bacaan 10.8 2 minggu lepas.

    semasa saya mengandung anak yang ke 4 saya mengalami anemia yang teruk sehingga bacaan 7.6 tetapi hanya ubatan sahaja diberikan utk tambahan darah. PErsoalannnya, adakah saya harus disiplin pada ubatan dan insulin yang diberikan sekarang? dan kalau saya tidak mengambil insulin apa kesannya? Kerana anak yang meninggal beratnya 4.2kg tetapi saya tidak alami sebarang diabetis semasa mengandung. Ini yang menambahkan lagi kemusykilan saya.

    Saya sangat2 mengharapkan bayi yg dikandung sekarang sihat dan lahir dengan selamat.

    Sekian, terima kasih.

  7. Assalamualaikum Doctor, saya ingin benar-benar mengetahui apakah punca-punca sebenar terjadinya hypoxic ischemic encephalopathy(HIE). Setengah doctor memberi fakta bahawa,bayi tersebut lambat keluar ketika proses kelahiran menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan ada juga fakta dari doctor mengatakan bayi terkejut semasa proses kelahiran. Boleh doctor cuba terangkan secara terperinci mengapa ia boleh terjadi HIE dan apakah langkah-langkah untuk mencegah.

    • Wa alaikum mus salam. Secara amnya, ia disebabkan kekurangan oksigen yang dibekalkan ke otak atas pelbagai sebab. Setiap kes tidak sama dengan kes yang lain punca kekurangan oksigen ini. Oleh itu berbincanglah dengan doktor yang merawat anak saudara kerana dia lebih faham kes anak saudara itu.

  8. Ayah ingin tahu

    Salam Dr.Saya baru mendapat zuriat lelaki pada 2/2/2013 , anak saya dilahirkan secara bedah, kerana air ketumban yang pecah dan kurang pada hari ke4 selepas tarikh lahir septutnya, bayi saya pada hari kedua dan ketiga ada menangis, tetapi setelah masuk hari ke4 bayi saya kini kurang menangis dan asyik tidor dengan lena, walaupun darah diambil dari tapak kaki bagi pemeriksaan demam kuning, ada tarikan pada kaki dan tangan apabila saya nak mebalut badannya (bedong) tetapi ketika dimandikan harini iaitu pada 7/2/2013 bayi saya tidak menangis seperti semalam dan sebelumnya, apakah tanda tanda awal bagi masalah saraf kerana kelewatan kelahiran secara pembedahan ,terima kasih kerana berkongsi maklumat bagi ayah yang semakin bimbang ini.

    • Salam Dr.Saya baru mendapat zuriat lelaki pada 2/2/2013 , anak saya dilahirkan secara bedah, kerana air ketumban yang pecah dan kurang pada hari ke4 selepas tarikh lahir septutnya, bayi saya pada hari kedua dan ketiga ada menangis, tetapi setelah masuk hari ke4 bayi saya kini kurang menangis dan asyik tidor dengan lena, walaupun darah diambil dari tapak kaki bagi pemeriksaan demam kuning, ada tarikan pada kaki dan tangan apabila saya nak mebalut badannya (bedong) tetapi ketika dimandikan harini iaitu pada 7/2/2013 bayi saya tidak menangis seperti semalam dan sebelumnya, apakah tanda tanda awal bagi masalah saraf kerana kelewatan kelahiran secara pembedahan ,terima kasih kerana berkongsi maklumat bagi ayah yang semakin bimbang ini.

      Wsalam. Saya tidak dapat memberikan komen terperinci masalah puan kerana banyak data yang saya tidak ketahui. saya mencadangkan puan berbincang doktor yang merawat anak puan kerana dia boleh menyemak fail anak puan. Semoga ALLAH memudahkan usaha puan.

Leave a Reply to mokCancel reply

error: Content is protected !!