1. Kelenjar limfa, atau dikenali juga sebagai nodus limfa adalah rangkaian kelenjar yang kecil, bulat dan berada di serata di seluruh badan kita.
2. Ia adalah sebahagian dari sistem daya tahan kita yang diperlukan untuk memerangi jangkitan dan penyakit. Oleh itu jika kelenjar bengkak bermakna ada jangkitan kuman.
3. Kelenjar ini berada di bawah kulit di serata tubuh kita. Antaranya di :
a. Dalam ketiak
b. Di bawah rahang
c. Di leher
d. Pangkal paha
e. Di atas tulang selangka
4. Pembengkakan kelenjar ini datang bersama tanda jangkitan kuman, seperti rasa sakit pada kelenjar, demam, batuk, selsema, dan ada luka pada anggota tubuh.
5. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui jika bengkakan kelenjar ini disebabkan oleh jangkitan kuman, terutama jika:
a. Kelenjar yang membengkak semakin membesar/merebak.
b. Ia tidak mengecut atau hilang dengan sendiri dalam tempoh yang lama
c. Datang bersama demam yang berterusan, terutama berpeluh pada malam hari atau mengalami penurunan berat badan
d. Sakit kerongkong atau mengalami kesukaran menelan atau bernafas
6. Ia sering berlaku di kalangan pesakit yang mempunyai sistem daya tahan yang rendah. Antaranya:
a. Wargamas
b. Pesakit 3 serangkai terutamanya diabetes
c. Kanak-kanak bawah 5 tahun
d. Wanita hamil dan menyusukan.
e. Pesakit kanser terutamanya yang sedang menjalani rawatan kimoterapi
f. Perokok dan Peminum alkohol
7. Selain dari pemeriksaan darah, selalunya doktor akan buat pembedahan kecil untuk menghantar sampel ke makmal. Prosedur ini dinamakan biopsi.
8. Jika ada tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan berikan antibiotik. Selalunya akan mengecil dan hilang selepas seminggu.
9. Bengkakan kelenjar mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti penyakit autoimun, penyakit TB, penyakit HIV, penyakit kanser dan lainnya.
10. Tingkatkan sistem daya tahan kita bagi mengelakkan jangkitan kuman. Antaranya adalah dengan makan makanan yang bernutrisi, cukup rehat, lakukan aktiviti fizikal dan ambil suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink.
Pengambilan minyak zaitun OPU dan OLIVIE juga bagus kerana mengandungi poliphenol yang meningkatkan kesihatan kita.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Jika ingin mendapatkan VITAMIN C :

Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x di :

Boleh dapatkan OLIVIE POWER UP di :
https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-powerup-100g

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
