AMBIL UBAT SAJA

Terima kasih atas perkongsian, Dr Zubaidi. Baru faham kenapa Pusat Kesihatan ambil darah 6 bulan sekali. Smlm rutin check, tak jumpa doktor bertugas pun, jururawat kata darah ok, so ambik ubat je cam biasa.

Walaikumusalam.

Bagi pesakit diabetes, saya cadangkan beli satu mesin glucometer untuk pemantauan di rumah. Buat seminggu sekali. Pemeriksaan enam bulan sekali itu terlalu lama. Penyakit diabetis adalah penyakit yang progresif. Ia boleh menjadi lebih teruk tanpa disedari.

Buat pemeriksaan gula sendiri seminggu sekali.

  1. Lepas berpuasa 8 jam (selalunya lepas bangun pagi)
  2. Dua jam selepas makan.

Catat dalam buku kecil.

Jika sudah alami diabetes melebihi 5 tahun, elok buat pemeriksaan untuk mengesan komplikasi diabetis seperti kerosakan mata, saraf dan ginjal. Berkemungkinan sudah ada masalah kronik yg lain seperti hipertensi dan hiperkolestrolemia. Jadi buat pemeriksaan untuk masalah ini juga.

Jadi elok jumpa doktor.

#HealthDrZubaidi

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!