Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Thyroid dan suplemen

Thyroid dan suplemen

SUPPA Omega-3 RM45

 

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya tentang penyakit thyroid. Saya mengalami penyakit hyperthyroid sejak tahun lepas. Harap doktor dapat memberi nasihat kepada saya dan manfaat pada yang lain. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Masalah hyperthyroidisme agak kompleks dan saya hanya memberikan pandangan saja. Puan harus berbincang dengan doctor yang merawat.

 

Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroidisme yang diberikan oleh doctor, bergantung kepada umur, keadaan fizikal dan keterukan penyakit puan.

 

Selalunya doctor akan memberikan ubat anti- tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan tanda-tanda hipertiroidisme seperti berdebar-debar, dan rasa mudah panas badan dengan menghalang kelenjar tiroid daripada menghasilkan hormone secara berlebihan.

 

Antara ubat yang diberikan ialah propylthiouracil dan carbimazole. Gejala penyakit akan bertambah baik pada enam hingga 12 minggu, tetapi selalunya rawatan ini harus diteruskan untuk  sekurang-kurangnya setahun dan sering lebih lama.

 

Bagi sesetengah orang, dengan makan ubat, penyakit ini akan hilang secara kekal, tetapi bagi setengah orang yang lain mungkin mengalami berulang dan hanya dapat dikawal.

 

Jika puan seorang wanita muda yang tidak hamil, rawatan Iodin radioaktif boleh diambil. Ia selamat dan diambil dengan cara meminum cairan yang mengandungi iodin radioaktif ang akan diserap oleh kelenjar tiroid, menyebabkan kelenjar mengecut dan gejala hyperthyroidnya reda.

 

Biasanya ia mengambil masa antara  tiga hingga enam bulan menjadi stabil, malangnya ada kalanya menyebabkan kelenjar tiroid menjadi mati dan akhirnya pesakit mengalami kekurangan hormone tiroid pula. Pesakit perlu mengambil ubat hormone setiap hari untuk menggantikan tiroksin yang tidak dihasilkan.

 

Langkah terakhir ialah pembedahan buang kerenjar thyroid itu sendiri.

 

Jika puan mengalami pengurangan berat badan yang ketara, saya mencadangkan agar menambah kalori tambahan dan protein untuk diet puan.

 

Doktor atau pakar pemakanan boleh membantu puan merancang menu makanan puan. Dalam kebanyakan kes , puan tidak akan perlu terus risau dengan diet puan jika penyakit hipertiroidisme puan di bawah kawalan.

 

Saya mencadangkan puan mendapat kalsium tambahan yang cukup bersama dengan vitamin D.

 

Ini kerana hipertiroidisme boleh menyebabkan kepada tulang puan menipis dan reput. Jadi sangat penting untuk mendapatkan kalsium yang cukup setiap hari untuk membantu mencegah osteoporosis.

 

Dos yang disyorkan untuk kalsium ialah 1,200 mg diambil bersama 600  IU vitamin D sehari.

 

Selain itu saya mencadangkan puan menggunakan multivitamin yang mengandungi selenium, zinc, vitamin B, E dan vitamin C.  Nutrien seperti omega-  3 juga bermanfaat.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: