Advertorial
Home » BERNAMA RADIO 24 » Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita!

Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita!

AIR KENCING YANG NORMAL

 

AIR KENCING KOTOR DAN BERBUIH

13 JAN 2017 SALAM FM

Image result for air kencing yang normal

 

  1. BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN?

Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan.

 

Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu kita akan kencing beberapa kali dalam setiap hari, berbanding dengan kita membuang air besar.

 

Ini bermakna jika kita tidak buang air besar atau tidak berpeluh (ketika cuaca sangat sejuk) dalam sehari, ia mungkin normal. Tetapi jika kita tidak buang air kecil (tidak kencing) langsung pada satu hari, ia bukanlah sesuatu yang normal. Mungkin kita mengalami masalah kesihatan yang serius.

 

Allah SWT mencipta sistem perkumuhan kita sangat lengkap dan sangat terperinci. Ini membuktikan betapa hebatnya Pencipta kita.

 

Sistem perkumuhan air kencing kita terdiri dari ginjal (buah pinggang dan disebut kidney dalam bahasa Inggeris), saluran kencing yang menyambungkan ginjal dan pundi kencing (dinamakan ureter), pundi kencing (bladder) dan saluran kencing yang menyambungkan pundi kencing ke bahagian luar tubuh (yang dinamakan urethra).

 

Ginjal akan menarik keluar air dan bahan-bahan kumuh ini dari saluran darah darah yang masuk ke dalam ginjal. Penghasilan air kencing adalah sesuatu proses yang rumit melibatkan proses penapisan, penyerapan semula dan pengeluaran  bahan-bahan kumuh ini ke dalam air kencing. Dengan ini darah kita dibersihkan dan bahan-bahan kumuh ini tidak berkumpul dalam tubuh sehingga memberikan kesan negative terhadap kesihatan kita.

 

Air kencing yang dihasilkan di dalam ginjal akan disalurkan menggunakan saluran kencing ureter ke punding kencing untuk dikumpulkan dan disimpan. Bila keadaan bersesuaian, kita membuangnya dan air kencing akan disalurkan keluar menggunakan saluran kencing urethra.

 

Image result for hemodialisis

 

Jadi beruntunglah mereka yang mempunyai ginjal yang sihat kerana dapat membuang bahan-bahan kumuh ini tanpa masalah. Mereka yang mengalami masalah kerosakan ginjal terpaksa menjalani rawatan pembersihan darah secara tidak normal (melalui rawatan hemodialisis).

 

 

Air kencing mempunyai banyak bahan-bahan kumuhan ini terutama nitrogen dalam pelbagai bentuk sama ada urea, asid uric, dan creatinine. Bahan-bahan ini larut dalam air kencing dan ia harus dikeluarkan untuk memastikan tubuh kita tidak mengalami masalah kesihatan.

 

Jadi cara terbaik membuang bahan-bahan ini (urea, asid uric dan creatinine) dari dalam tubuh ia dengan minum air kosong secukupnya agar ia dapat dikeluarkan dengan banyak dan menyebabkan tahap bahan-bahan kumuh ini dalam darah dapat diturunkan.

 

Bagi pesakit gout yang mempunyai tahap asid uric yang tinggi, minumlah air kosong yang mencukupi. Pastikan mendapat nasihat doctor jika telah mengalami masalah kerosakan ginjal sebelum minum yang banyak.

 

Oleh kerana air kencing mengandungi nitrogen yang banyak, ia berpotensi digunakan sebagai baja. Namun begitu air kencing yang pekat (mempunyai bahan nitrogen yang tinggi) boleh merosakkan akar dan daun tumbuhan dan harus dicairkan sebelum digunakan dalam baja.

 

Haiwan (seperti kucing dan anjing) menggunakan air kencing sebagai penanda kawasan yang mereka takluki. Pada zaman silam, air kencing digunakan sebagai alat pembersih bahan-bahan kulit haiwan sebelum digunakan untuk membuat beg atau pakaian.

 

 

  1. APAKAH CIRI-CIRI AIR KENCING YANG NORMAL?

Ketika menjalani pemeriksaan air kencing, doctor akan meneliti beberapa ciri air kencing bagi memastikan seseorang itu tidak mengalami masalah kesihatan.

 

1. Kuantiti

Secara purata kita menghasilkan 1.5-2.5 L sehari.  Penghasilan air kencing bagi orang dewasa bergantung pada individu, tahap hidrasinya, faktor persekitaran, berat dan tahap kesihatan beliau.

 

Kita akan ke bilik air untuk membuang air kencing antara 6-8 kali sehari. Dalam bahasa mudah kita membuang air kecil secara normal setiap 2-3 jam. Jika kita tidak minum air yang banyak tetapi kita ke bilik air setiap 30 minit, berkemungkinan kita mengalami masalah fungsi ginjal yang serius.

 

Secara amnya kita tidak ke bilik air untuk kencing selama 6 jam bermakna kita mungkin mengalami dehidrasi yang teruk. Air kencing selalunya sedikit dan pekat.

 

Image result for hematuria

Air kencing berdarah

Penghasilan air kencing yang terlalu sedikit atau terlalu banyak selalunya menunjukkan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan.

 

Jika membuang air kencing terlalu banyak (melebihi 2.5L dalam sehari), dinamakan “Polyuria”. Jika terlalu sedikit kurang dari 400 ml sehari dinamakan “Oliguria” dan jika kurang 100 mL sehari dinamakan “Anuria”.

 

2. Kandungan air kencing

Sebahagian besar  iaitu antara 90-95% air kencing adalah air. Ia mengandungi garam (mineral), dan  bahan-bahan lain seperti  protein, urea, creatinine, hormon, dan bahan kumuh yang lain (bergantung pada apa yang kita makan dan minum).

 

Namun begitu kandungan bahan-bahan ini sangat rendah dalam air kencing seorang individu yang sihat.

Image result for air kencing yang normal

 

3. Warna

Air kencing yang normal adalah jernih (tidak terlalu jernih) dan sedikit kekuningan. Warna kekuningan ini  sebenarnya disebabkan kehadiran sebatian urobilin yang biasa terdapat dalam air kencing orang yang sihat. Urobilin adalah bahan kumuhan yang terhasil akibat penghuraian heme (yang merupakan protein dalam haemoglobin yang terhasil akibat sel darah merah mengalami proses pecah dan hurai).

Dalam bahasa yang mudah, apabila sampai masa 120 hari, sel-sel darah merah akan pecah dan menghasilkan haemoglobin. Hemoglobin akan dipecahkan lagi kepada heme. Dari heme proses ini berlanjutkan menghasilkan urobilin  dalam larut dalam dalam air kencing.

 

Air kencing yang terlalu jernih menunjukkan seseorang itu mengalami penghidratan yang keterlaluan (over-hydration). Ia lebih baik dari mengalami dehidrasi. Namun mengeluarkan air kencing terlalu banyak dibimbangi akan mengalami masalah kekurangan mineral dalam darah terutamanya natrium sehingga menyebabkan keadaan yang dinamakan hyponatrinemia yang mengakibatkan masalah saraf.

 

Bagi mereka yang menjalani pemeriksaan dadah dalam air kencing, selalunya sample air kencing yang diberikan jika terlalu jernih menunjukkan kemungkinan seseorang itu cuba mengelak dari dikesan mengambil bahan terlarang. Mereka minum air dengan terlalu banyak sehinggakan air kencing menjadi terlalu cair.

 

Secara amnya, warna dalam air kencing menunjukkan beberapa masalah kesihatan. Antaranya:

Warna Kemungkinan
1. Kuning pekat Dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh)

 

 

2. Kuning/Jingga cair

 

 

 

Pengambilan vitamin B kompleks atau Vitamin C

 

3. Jingga

 

Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine.

 

 

4. Jingga gelap hingga perang

 

 

Jaundice, rhabdomyolysis, atau Gilbert’s syndrome.

 

 

5. Merah berdarah (hematuria)

 

 

Ketumbuhan dalam ginjal atau pundi kencing

 

 

6. Hitam (Melanuria)

 

Kanser kulit melanoma atau penyakit non-melanin acute intermittent porphyria.

 

 

7. Merah jambu

 

 

Makan ubi beet

 

8. Hijau

 

Makan asparagus atau minuman/makanan yang mengandungi pewarna hijau

 

 

9.Merah atau perang

 

Masalah penyakit porphyria

atau memakan ubi beet atau buah mata naga.

 

 

10. Biru

 

 

Pengambilan methylene blue dalam beberapa jenis ubat atau minuman/makanan yang mempunyai pewarna biru

 

 

11.Biru.

 

 

Blue Diaper Syndrome

 

12. Ungu

 

Purple Urine Bag Syndrome.

 

 

13. Merah gelap

 

 

Dehidrasi melampau atau darah dalam air kencing atau masalah Choluria.

 

14. Merah jambu

 

 

Pengambilan ubi beetfoot

 

15. Hijau

 

 

Selepas pemberian infusi ubat bius propofol dalam jangka yang lama.

 

* Blue Diaper Syndrome: Penyakit genetic (keturunan) yang jarang berlaku. Ia dikategorikan sebagai penyakit autosomal recessive metabolic disorder apabila seorang bayi mengeluarkan air kencing berwarna biru akibat masalah penyerapan protein tryptophan ke dalam darah.

* Purple Urine Bag Syndrome: Ia adalah keadaan di mana air kencing menjadi ungu dalam beg air kencing (selalunya pada pesakit yang dimasukkan urinary catheter dan urinary bag). Kuman dalam air kencing menghasilkan enzim enzyme indoxyl phosphatase. Enzi mini akan menukarkan bahan yang mengandungi indoxyl sulfate (pada saluran dan beg plastic air kencing) yang ada dalam air kencing dan ditukarkan menjadi indirubin yang warna ungu.

* Gilbert’s syndrome: Ia adalah masalah kesihatan di mana hati tidak dapat memproses nyahtoksin bilirubin (yang terhasil dari penghuraian sel darah merah yang telah rosak dan mati). Ia meningkatkan tahap bilirubin meningkat dalam darah akhirnya keluar Bersama air kencing dan menjadikan air kencing berwarna jingga.

 

ubi beetroot

 4. Bau air kencing

Bau yang dikeluarkan bersama air kencing menggambarkan apa yang telah dimakan/minum oleh seseorang. Ia juga mungkin menunjukkan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan.

 

 

Bagi mereka yang makan ulaman seperti jering dan petai mungkin mempunyai bau yang kuat. Begitu juga mereka yang minum alcohol dan kopi, akan  memberikan bau air kencing yang berbeza.

Image result for urine turbidity

 

5. Kekeruhan air kencing.

Air kencing yang keruh mungkin menunjukkan seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman atau sedang mengalami proses pembentukan batu karang (crystallization) dari mineral kalsium phosphate.

 

 

 

6. Asiditi (pH)

Tahap pH bagi air kencing yang normal adalah antara 5.5 hingga 7.0 tetapi secara puratanya adalah 6.2 (lebih berasid). Bagi mereka yang mengalami masalah tahap asid urik yang tinggi dalam darah, air kencing mereka mungkin mempunyai tahap asid urik yang tinggi juga.

 

Air kencing yang lebih berasid akan mempercepatkan pembentukan batu (crystallization) dalam ginjal atau saluran kencing ureters, atau pundi kencing.

 

Makanan yang mengandungi banyak protein (sumber daging haiwan dan susu) dan pengambilan alcohol boleh menyebabkan tahap pH menurun (atau menjadi lebih berasid).

 

Makanan yang mengandungi banyak sayur-sayuran dan buah-buahan akan meninggikan pH ( menyebabkan air kencing menjadi lebih alkali). Beberapa ubat boleh meninggikan pH (alkali) seperti acetazolamide, potassium citrate, dan sodium bicarbonate.

Sementara itu ada juga ubat yang merendahkan pH (asid) seperti ammonium chloride, chlorothiazide diuretics, dan methenamine mandelate. Bagi mereka yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi, pesakit gout dan batu dalam ginjal mungkin tidak sesuai ubat yang disebutkan tadi.

 

7. Ketumpatan

Air kencing manusia mempunyai ketumpatan (parameter yang digunakan adalah specific gravity ) adalah antara 1.003–1.035. Jika ia berada di luar julat ini, berkemungkinan mengalami masalah kesihatan.

 

 

  1. ADAKAH AIR KENCING MENGANDUNGI KUMAN BERBAHAYA?

 

Image result for bacteria in urine

Secara amnya air kencing tidak berbahaya. Oleh kerana ia mengandungi tahap nitrogen yang tinggi, ia mungkin merengsakan mata dan kulit.

Oleh itu bagi bayi yang menggunakan kain lampin (yang dibuat dari kain kasa atau kain lampin yang komersial), mereka harus ditukarkan segera apabila lampin yang sudah basah bagi mengurangkan risiko mendapat kerengsaan (irritatation) pada kulit.

 

Dalam beberapa buah negara air kencing dan air kumbahan diproses untuk mendapatkan air bersih dan selamat digunakan.

 

Sebelum ini saintis percaya air kencing tidak mempunyai kuman (sterile) sehingga ia sampai ke saluran air kencing urethra, di mana terdapat lapisan sel-sel epithelium pada urethra yang menjadi tempat pembiakan kuman anaerobic Gram negative. Namun kajian yang terbaru menyatakan bahawa sebenarnya air kencing kita tidak bebas kuman. Ia mengandungi kuman yang tinggal di sepanjang sistem perkumuhan air kencing. Mereka percaya bahawa bau yang hancing sebenarnya adalah aktiviti kuman-kuman ini yang menghuraikan molekul urea dan membebaskan molekul urea.

 

  1. ADAKAH AIR KENCING MANUSIA DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI PERUBATAN?

Air kencing mengandungi sebatian yang sangat berguna dalam industry perubatan moden. Sebagai contoh, wanita yang hamil pada usia semester ketiga mempunyai tahap hormone hCG yang tinggi. Air kencing ini dikumpulkan dan dibersihkan untuk mendapat hormone ini, selalunya digunakan sebagai rawatan alternative bagi mengurangkan selera makan bagi mereka yang mahu berdiet.

 

 

Air kencing wanita yang sudah menopause mempunyai tahap hormone gonadotropin yang tinggi yang akan merangsangkan pengeluaran follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormone (LH) sebagai rawatan kesuburan bagi wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan. Antara produk yang dikomersialkan ialah Pergonal.

 

Air kencing kuda betina yang hamil dikumpulkan dan dibersihkan untuk mendapat sumber hormone estrogens, dan dijual dengan nama Premarin.

 

 

  1. ADAKAH KENCING KOTOR DAN KENCING BERBUIH ITU BAHAYA?

Air kencing yang kotor adalah istilah yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada sistem air kencing mereka. Atau air kencing pesakit tidak normal.

 

Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan air kencing yang dinamakan UFEME. Air kencing yang dikumpulkan akan diteliti penampilan warna air kencing ketika itu. Tahap asiditi (pH) dan ketumpatan (specific gravity) akan dikira. Kemudian air kencing akan diletakkan di bawah mikroskop bagi mengira kehadiran protein, albumin, gula, ketone, sel-sel darah putih, nitrogen, urea dan beberapa parameter lain.

 

Jika bacaannya tidak normal, saya mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi ginjal. Ujian ini dinamakan Kidney Function Test.

Image result for berbuih urine

 

Sementara air kencing yang berbuih mungkin disebabkan oleh dua perkara. Pertama pesakit sedang mengalami dehidrasi atau terdapat kehadiran protein yang banyak dalam air kencing yang berkemungkinan menunjukkan pesakit mengalami masalah fungsi ginjal.

 

 

Bagi mereka yang tidak memempunyai risiko mendapat kerosakan fungsi ginjal, saya akan mencadangkan minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 L untuk beberapa hari. Selalu pesakit yang mengalami dehidrasi, buih dalam air kencing akan hilang. Jika buih masih wujud dalam air kencing, saya mencadangkan pemeriksaan air kencing UFEME dan pemeriksaan darah untuk ujian fungsi ginjal.

 

Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat kerosakan fungsi ginjal, seperti pesakit diabetes, pesakit tekanan darah tinggi, pesakit autoimmune dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, saya akan terus melakukan pemeriksaan air kencing UFEME dan pemeriksaan darah untuk fungsi ginjal.

 

Secara kesimpulannya air kencing kotor dan air kencing berbuih adalah sesuatu yang tidak normal. Dapatkan nasihat doctor untuk pemeriksaan lanjut.

 

  1. APAKAH NASIHAT DOKTOR BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI AIR KENCING YANG TIDAK NORMAL?

 

Image result for bacteria in urine

 

Apa yang kita bincangkan tadi sebenarnya adalah informasi yang membantu mereka yang melihat kelainan air kencing mereka yang luar dari kebiasaan yang normal.

 

 

 

Namun ia bukannya informasi yang boleh digunakan sendiri bagi menguruskan masalah kesihatan yang sedia ada. Saya mencadangkan pemeriksaan doctor bagi mendapat nasihat yang lebih lengkap. Terutama bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi bagi mendapat kerosakan ginjal, sebarang tanda yang tidak normal pada air kencing harus diambil tindakan segera sebelum ginjal menjadi rosak.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: