Advertorial
Home » Doktor Menjawab » suntikan vaksin thyphoid ketika hamil

suntikan vaksin thyphoid ketika hamil

SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID KETIKA HAMIL

 Image result for vaksin typhoid

 

Assalammualaikum Dr, saya mahu  tanya. Saya baru saja ambil suntikan Typhoid untuk berniaga kedai makan, selepas suntikan  baru saya tahu yang hamil tidak boleh terima suntikan ni.  Jadi  mcm mana ya doc. Saya bimbang kehamilan saya. Apa patut sy buat ya? Saya hamil hampir 3 bulan. Terima kasih.

 

Wa’alaikum mussalam

 

Di Malaysia suntikan vaksin thypoid diwajibkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tukang masak, penghidang makanan atau pencuci pinggan. Tegasnya semua pekerja yang mengendalikan makanan di restoren.

 

Vaksin ini juga biasa diberikan pelancong ke negara yang mempunyai masalah endemic penyakit thypoid. Apa maknanya endemic? Ia bermakna negara itu mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghadapi epidemic (wabak) penyakit berjangkit kerana sebilangan penduduknya adalah pembawa penyakit ini. Pelancong yang pergi ke negara tersebut dan makan makanan yang disediakan oleh pembawa penyakit ini akan dijangkiti penyakit ini.

 

Sebab itu mereka diberikan suntikan ini sebagai langkah pencegahan. Selalunya dicadangkan suntikan ini diberikan dua minggu sebelum pergi ke negara tersebut. Ini akan memberikan masa untuk pembentukan antibodi terhadap kuman-kuman yang ada dalam vaksin itu.

 

Malaysia bukanlah negara yang diisytiharkan sebagai negara endemic penyakit berjangkit terutamanya typhoid. Negara yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini adalah negara America Selatan, India, dan Africa Barat. Negara yang mempunyai risiko sederhana pula ialah Mexico, Haiti, Africa Utara, dan Iran. Terutamanya jika pelancong memakanan makanan yang dijual di gerai makanan di tepi jalan.

 

Oleh itu elakkan makan makanan di tepi jalan, basuh tangan atau sudu/garfu yang dignakan untuk makan. Minum minuman yang dimasak, buang kulit buah-buahan yang hendak dimakan, basuh bersih sayur-sayuran dan masakan makanan yang hendak dimakan dengan sempurna. Elakkan makanan yang dimasak separuh masak atau makanan mentah.

 

Di Malaysia vaksin juga diberikan kepada pengendali makanan untuk mengelakkan mereka mendapat jangkitan thyphoid, seterusnya menjai pembawa penyakit ini (jika tidak dirawat dengan sempurna) dan akhirnya menjangkiti pelanggan restoren mereka.

 

Perlu difahami bahawa vaksin ini bukanlah ubat yang merawat penyakit thypoid. Jadi pengendali makanan yang telah sedia dijangkiti thypoid (pembawa penyakit ini) haruslah mendapat rawatan doctor.

 

Terdapat dua jenis vaksin thypoid yang biasa digunakan menggunakan sama ada kuman yang mati atau kuman yang dilemahkan. Vaksin menggunakan kuman yang hidup selalunya dalam bentuk pil yang diberikan selang sehari selama empat kali. Sementara vaksin yang menggunakan kuman yang dilemahkan berbentuk suntikan.

 

Vaksin dalam bentuk pil tidak boleh diberikn kepada bayi, kanak-kanak, mereka yang mempunyai daya tahan yang rendah (immunocompromised persons), mereka yang mempunyai masalah saluran penghadaman dan mereka yang hamil.

 

Bagi vaksin yang menggunakan kuman yang dilemahkan,(purified capsular polysaccharide (Vi) vaccine) selamat digunakan kepada mereka yang mempunyai daya tahan yang lemah.

 

rujuk: Typhoid immunization recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 1994;43(RR-14):1–7.

 

Walau bagaimana kedua-dua jenis vaksin ini tidak diberikan kepada wanita yang diketahui sedang hamil. Vaksin berbentuk pil yang mengandungi kuman yang hidup boleh menjangkiti bayi dalam rahem.

 

Sementara vaksin yang disuntik menggunakan kuman yang dilemahkan secara teorinya selamat jika diberikan kepada wanita yang hamil. Tetapi belum ada kajian yang sahih mengenai kesan jangka panjang terhadap bayi dalam rahem apabila suntikanvaksin ini diberikan. Jika dalam keadaan terpaksa, ia harus diberikan kepada wanita yang sedang hamil dengan berhati-hati.

 

Saya sendiri tidak memberikan suntikan vaksin thyphoid kepada wanita yang saya tahu beliau sedang hamil kerana bimbang akan kesan mudarat yang mungkin terjadi. Saya akan menangguhkan pemberikan itu sehingga selesai melahirkan anak.

 

Bagi wanita hamil yang tidak mengetahui mereka hamil, dan telah diberikan vaksin suntikan anti-thyphoid ini, jangan terlalu risau. Selalunya ia tidak mendatangkan kemudaratan. Buatlah pemeriksaan berkala dengan doctor  yang merawat. Beritahu puan telah diberikan suntikan ini supaya doctor akan melakukan pemeriksaan dengan lebih teliti.

 

Semoga bermanfaat.

 

Rujukan:

  1. Guidelines for vaccinating pregnant women. Recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices (ACIP). Atlanta, Ga.: Centers for Disease Control and Prevention, 2002.
  2. Update on adult immunization Recommendations of the Immunization Practices Advisory Committee. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 1991;40(RR-12):1–94.

 

 

 

 

Iklan:

 

Unuk masalah kitaran haid yang tidak menentu, saya mencadangkan Ekstrak kacip fatimah diambil bersama vitamin C dan vitamin E. Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!