Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ruam Peluh

Ruam Peluh

MILIARIA ATAU RUAM PELUH

ruam peluh

Salam doctor, saya mengalami masalah ruam dari sejak kecil lagi. Terutama apabila saya berpeluh. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Mohon pencerahan, terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Setelah saya melihat gambar yang saudara berikan dan percaya punca utama masalah ini apabila saudara berpeluh atau apa saja keadaan yang menyebabkan saudara berpeluh.

Saudara mungkin mengalami keadaan penyakit yang dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”.

Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca panas dan lembap.

Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca masalah ini ialah apabila kelenjar peluh tidak dibentuk dengan sempurna atau pengaruh makanan yang menyebabkan ia mudah tersumbat. Maksudnya terdapat sumbatan pada saluran dari kelenjar peluh ke permukaan kulit.

Bergantung kepada di mana punca sumbatannya, miliaria terbahagi kepada tiga iaitu Miliaria Cystalline, Miliaria Rubra dan Miliaria Profunda.

ruam peluh 2

Miliaria Cystalline

Sumbatan saluran peluh berada di permukaan kulit. Selalunya pesakit mengalami kulit yang mempunyai seperti kutil-kutil kecil di kulit. Biasanya tiada ruam dan gatal.

Miliaria Rubra

Bintik-bintik merah yang biasa berlaku di lipatan lengan, atau tangan dan lengan,  di dada, leher dan bahu. Sumbatan pada permukaan kulit yang lebih dalam sehingga menyebabkan kebocoran peluh ke dalam lapisan epidermis, sehingga menyebabkan reaksi keradangan. Ia sering disertai dengan gejala tetapi dalam kawasan terjejas kurang berpeluh kerana kebanyakan peluh ‘bocor’ di dalam permukaan kulit. Selalunya berlaku pada lelaki yang berumur kurang 40an.

Miliaria Profunda

Ruam peluh yang paling teruk ialah miliaria profunda, kerana ia mudah merebak ke suatu kawasan tubuh dan pesakit akan mengalami rasa panas seperti terbakar. Ini kerana sumbatan berlaku pada lapisan yang lebih dalam. Ruam, dan rasa gatal berlaku dengan cepat apabila saja peluh mula keluar.

Bagaimana Merawat Ruam Peluh

Bergantung kepada peringkat sumbatan itu berlaku, semakin dalam sumbatan itu berlaku semakin sukar untuk mengelak masalah ini ketika seseorang itu berpeluh.

Berikut adalah beberapa tips yang membantu.

  1. Pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering.
  2. Boleh gunakan beberapa kream yang membantu masalah ini jika berlaku. Saya cadangkan kream aloevera atau kream aquous. Kedua-dua ini boleh dibeli di farmasi.
  3. Minum air sebanyaknya dan segera mandi apabila selesai berpeluh.
  4. Jangan biarkan kulit yang ruam itu menjadi kering, dan bernanah. Ini adalah tanda jangkitan kuman bakteria.
  5. Elakkan menggunakan kream yang berasaskan minyak (oil based) tetapi dapatkan kream yang berasaskan air (water based).
  6. Pakai pakaian yang lebih longgar bagi perudaraan.

Bagi ubat-ubatan pula, tiada ubat yang boleh masalah ini secara spesifik. Ini kerana semakin dalam sumbatan itu semakin sukar untuk dirawat.

Doktor selalunya memberikan ubat antihistamine seperti Loratidine atau Piriton bagi mengurangkan kegatalan saja, bukan menghilangkan sumbatan yang berlaku.

ruam peluh 4

Jika ia tidak berkurangan selepas sebulan, saya mencadangkan agar bertemu dengan pakar kulit (dermatologist).

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: