Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.

Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan.

Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa sakit ketika makan, doctor selalunya akan beri gel Bonjela untuk mengurangkan rasa sakit. Penggunaan antibiotic tidak diperlukan.

Walau bagaimana pun jika kanak-kanak itu mengalami masalah seperti berikut, saya mencadangkan agar dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut:

  1. Kanak-kanak itu tidak boleh makan dan minum kerana terlalu banyak luka di mulut.
  2. Kanak-kanak itu lemah dan tidak bermaya
  3. Demam yang terlalu tinggi dan tidak reda dengan pemberian ubat demam
  4. Doktor mengesyaki ada jangkitan pada otak kerana kanak-kanak sangat tidak bermaya, atau mengalami sawan kepenatan melampau.

Jangan risau jika kanak-kanak itu hanya mengalami ruam lepuhan dan tiada demam dan mempunyai selera makan dan minum yang baik. Kebanyakan HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri.

Bagi mengelakkan ia berjangkit dengan mudah kepada kanak-kanak lain, saya mencadangkan agar pengasuh atau ibubapa kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun selepas menukar lampin kanak-kanak yang mengalami HFMD.

Ini kerana kebanyakan virus berada pada najis dan cecair yang keluar dari lepuhan ruam di tangan, dan kaki.

Saya juga menasihatkan agar kebersihan rumah dan nursery dijaga dengan lebih teliti terutama lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!