Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

demam orang tua

“As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih”

Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan.

Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius.

Antaranya ialah penyakit lymphoma.

Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.

Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang.

Kelenjar nodus limfa ini membengkak kerana memerangkap kuman ketika berlaku jangkitan dalam tubuh.  Ia juga menyebabkan pengumpulan sel sel darah putih lymphocytes tidak normal terkumpul di situ sehingga membentuk bengkakan tumor.

Sel-sel tumor ini merebak ke seluruh tubuh sehingga mengganggu bekalan oksigen dan nutrien.

Sehingga kini doctor masih tidak dapat dijelaskan punca penyakit ini.

Namun ia mudah menyerang pesakit yang mengalami daya tahan yang lemah seperti pesakit rheumatoid arthritis, dan psoriasis.

Pengesahan penyakit, doktor pakar perubatan akan menjalankan pemeriksaan darah dan ujian-ujian lain sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai.

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!