Advertorial
Rasa Kebas Tangan Semasa Hamil

Rasa Kebas Tangan Semasa Hamil

Seorang wanita hamil datang berjumpa saya pagi itu. Dari jauh saya dapat mengagak bahawa dia sedang hamil walaupun dia berjaya menyembunyikan abdomennya dengan baju yang besar kerana muka dan tangannya nampak tembam. Itu tanda-tanda kehamilan.

Dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang setiap hari bekerja menulis laporan-laporan syarikat. Jari dan tangannya mengalami kesakitan dan mengganggu tidurnya.

Doktor, mengapa saya mengalami rasa kebas, seperti menyucuk-nyucuk pada tangan saya. Saya tidak boleh tidur kerana ia sungguh tidak selesa.”

Saya kasihan mendengarkan ceritanya. Sudahlah terpaksa bekerja membantu suami mendapatkan rezeki, hamil pula dan kini mengalami kesakitan di pergelangan kedua-dua belah tangannya. Bagaimana dia harus bekerja?

Keadaan ini dinamakan ‘carpal tunnel syndrome’. Ia sering berlaku pada pekerja yang menggunakan pergerakan tangan yang berulang-ulang seperti eksekutif pemprosesan data, programmer komputer, dan pekerja kilang di bahagian produksi.

Ia juga boleh berlaku pada wanita hamil terutama pada pertengahan usia kehamilan.  Ini kerana mereka mengalami pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan. Selalunya bagi wanita yang hamil, ia melibatkan kedua-dua belah tangan. Sementara bagi yang tidak hamil, selalunya melibatkan tangan yang kerap digunakan.

Bayangkan jika wanita hamil kerap menggunakan tangannya ketika bekerja, kebarangkaliannya untuk mengalami kebas di tangan adalah tinggi.

Saya rasa saya tidak mengalami kebas, tapi rasa macam terbakar..”

Sebenarnya istilah kebas (numbness) tidak berapa sesuai untuk mengambarkan keadaan ini. Dalam bahasa Inggeris, ia dinamakan tingling sensation. Rasa kebas sebenarnya lebih kepada menggambarkan ’tidak ada rasa’, sementara tingling sensation menggambarkan rasa seperti mencucuk-cucuk.

Selain itu ada wanita yang mengambarkan rasa seperti terbakar dan ada kalanya  rasa sakit di bahagian jari, tangan, pergelangan tangan dan hingga ke lengan dan bahu.

Saya pernah berjumpa dengan pesakit yang merasakan tangannya seperti lumpuh. Beliau berasa kebas dan tidak mempunyai kekuatan untuk menggenggam. Segala yang dipegangnya akan jatuh terlepas.

Adakah ia merbahaya dan akan kekal?” tanya seorang rakan FB ketika berchatting.

Keadaan ini akan berakhir setelah melahirkan anak atau mungkin berpanjangan sehingga tempoh nifas. Namun jika masih lagi mengalami keadaan ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar orthopaedik.

Dalam keadaan ini, pada keadaan normal, struktur pada tulang dan ligament  di pergelangan tangan akan membentuk sebuah tunnel (terowong). Apabila air dikumpulkan di bahagian ini, ini menyebabkan kawasan itu menjadi sempit, tekanan bertambah dan menekan saraf median.

Saraf Median (median nerve) ini mengawal deria perasa dan pergerakan pada bahagian ibujari, jari telunjuk, jari tengah dan separuh jari manis.

Setelah dixray, jika tiada masalah dengan srtuktur tulang di pergelangan tangan, satu ujian yang dinamakan nerve conduction velocity test akan dilakukan untuk mengesan fungsi saraf median. Ujian ini akan menentukan sama ada fungsi saraf median ini terjejas atau tidak.

“Bagaimana dengan ubat penahan sakit? Perlukah saya memakannya?”

Pada pendapat saya ubat penahan sakit hanya diperlukan jika pesakit tidak dapat menahan rasa sakit yang melampau. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti yang menggunakan kekuatan tangan dan pergerakannya yang berulang-ulang. Tangan yang sakit perlu direhatkan, jika tidak ia akan menyebabkan kesakitan bertambah teruk.

Jika pekerjaan memerlukan pergerakan tangan, saya nasihatkan agar menggunakan  wrist/ hand braces ketika bekerja.

Wrist brace boleh digunakan pada waktu malam. Ia boleh dibuka ketika mandi atau mahu mengambil wudhu’. Ia akan meletakkan posisi pergelangan tangan dalam keadaan rehat, tidak bengkok. Ini akan mengurangkan tekanan di kawasan itu. Ia boleh digunakan semasa tidur.

Ada pesakit yang mengadu mengalami kesakitan tangan di waktu malam. Saya menasihati agar cuba tukar posisi tidur. Alaskan tangan dengan bantal. Elakkan tidur beralaskan tangan. Jika terbangun akibat kesakitan melampau, gerak-gerakkan atau kipas-kipaskan tangan sehingga sakit itu hilang.

Di siang hari, banyakkanlah senaman regangan. Ketika melakukan toma’ninah dalam solat, gunakanlah masa yang lebih lama, ini akan membantu peredaran darah  dan mengurangkan kesakitan. Jika mahukan supplemen, bolehlah cuba mengamalkan  vitamin B6.

Pesakit dinasihatkan agar mengelakkan pergerakan tangan yang berulang-ulang, menggenggam benda yang berat, atau perkakas yang bergetar. Mereka juga dinasihatkan untuk hentikan merokok dan  kurangkan minum kaffeine. Mengurangkan berat berat badan juga boleh membantu mengurangkan kesakitan ini.

”Jadi ia tidak merbahaya kah doktor? Saya mengalami sakit ini walaupun anak saya sudah berumur 3 bulan. Saya telah cuba pelbagai ubat, tetapi masih mengganggu saya tidur. Bila agaknya ia menjadi bahaya?”

Jika sakit yang keterlaluan, pesakit haruslah berjumpa doktor. Sekali lagi saya ingin memberitahu bahawa keadaan ini akan berakhir apabila telah melahirkan bayi. Adakalanya ia berpanjangan sehingga tempuh nifas. Untuk sementara waktu bolehlah gunakan wrist splint atau hand brace.

Jika kesakitan itu berterusan selepas melahirkan bayi dan tempuh nifas, ia menandakan terdapat masalah yang serius di kawasan pergelangan tangan yang berkaitan dengan saraf.

Pakar orthopaedik mungkin mencadangkan suntikan cortisone untuk merawat Carpal Tunnel Syndrome setelah melakukan pemeriksaan x ray dan nerve conduction velocity test. Cara lain ialah pembedahan untuk mengurangkan tekanan di pergelangan tangan.

Rawatan fisioterapi juga boleh mengurangkan bengkakan. Namun rawatan ini mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu.

Wallahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (140311)

16 comments

  1. Assalamualaikum doctor..
    Saya sedang hamil minggu ke 13. Tangan saya berasa sgt sakit dari siku ke bahagian jari.. Ke empat2 jari saya sakit.. Kecuali kelinking.. Di bahagian bahu juga tears sakit tp tak la teruk sgt… Yg serious di bahagian siku ke bwh smpaikan tak boleh tidur malam doctor… Setaleh seharian sakit esoknya saya tgk Ada lebam di pelipat siku.. Utk makluman dr 3 hari sblm bermula sakit tangan ni.. Pihak hospital Ada ambik Darah utk proses cek kehamilan saya… Mula2 saya ingat ini mungkin sbb proses ambil darah tu.. Tp setelah saya belek betol2 tangan saya ni tempt cucuk ambk darah tu lebih kurang 5cm dr tempt lebam tu… Jd saya bingung Dan risau doctor… FYI doc saya cuma jd tgn sblh kiri.. Pada pendapat doc perlu ke sya mendapatkan rawatan pakar orthopedic?

    • Assalamualaikum.. Saya juga mngalami masalah sama seperti aida, sy hamil 31 minggu ketika ini, minggu lalu sy menerima suntikan campak dan telah di ambil darah di pelipat siku kiri dan kanan.. Nurse itu bpesan akan rasa kebas sehari dua, namun semakin hari sy merasa semakin sakit.. Kedua belah Tgn tidak dpt bfungsi dgn betol..dan kerap menjatuhkan barang yg dipegang.. Saya sgt panik, sya rasa seperti akan kehilangan kedua belah tgn saya..

  2. sabariah binti hj mokkeri

    assalamualikum doktor,
    saya ingin bertanyakan kepada doktor,saya ada periksa air kencing pd bla ptg dan saya dapati tdapat 2 line.memandangkan saya ragu2 saya buat pmeriksaan lagi pada bla awal pagi.bila dah dpt kputusan terdapat 1 line sahaja pada urine test saya.sikap saya yang selalu sakit pada ari2 dan kebas2 pada tangan.apa pandangan dari doktor.

  3. Assalamualaikum doktor…
    alhamdulillah setakat saya hamil 7 bulan ni saya tidak mengalami kebas tangan. tetapi saya mengalami kebas pada rusuk kanan yang paling bawah.seperti pesakit doktor, kesakitan ini bukan kebas tetapi terasa seperti terbakar dan ada kalanya rasa seperti lebam selepas kene tumbuk. saya pernah rujuk kepada doktor dan dia beri krim sapu (sakit urat) tetapi kadangkala kurang membantu. minta doktor cadangkan apa yang perlu saya lakukan. terima kasih.

  4. As-salam doktor…

    saya mempunyai masalah kesakitan berkaitan tangan pada minggu lepas (baru perasan) kesakitan seakan-akan kebas,menucuk-nucuk dari bahu hinga pergelangan tangan hinggakan untuk menggemgam tak berasa kuat..siang ia akan hilang…malam akan berasa kesakitan lalu saya akan mengurut menggunakan minya gamat untuk menghilangkan kesakitan dan saya akan balut tangan saya…adakan kesakitan tu akaan berlarutan?sebab sebelum sebelum ini tak pernah terjadi kesakitan tangan pada saya…bagaimana ia boleh terjadi..diharap doktor dapat membantu saya kerana tido saya tergangu disebabkan sakit tangan ini pada minggu lalu ia terjadi pada kedua-dua belah tangan…pastu ia berlarutan pada sebelah kanan tangan saya…

    diharap dr.dapat membantu

  5. slmt pagi doc. saya hamil minggu ke-31. baru-baru kedua-dua jari rasa kebas terutama waktu pagi dan malam. untuk mencengkam pun terasa sakit. akhir kehamilan ini saya didapati kencing manis namun doc ckp jangkamasa mengandung saja. adakh ia bahaya pd si ibu & bayinya? sertakan cara pencegahan… trima kasih…

  6. Assalamualaikum doktor…

    Saya tidak mengandung…tetapi saya mengalami sakit dan kebas pada tangan. keadaan ini telah saya alami lebih kurang 3 minggu..adakah saya mengidap penyakit sindrom capal tunnel? apabila tidur tangan saya akan terasa kebas dan sukar untuk saya melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat kerana tangan saya terasa sakit dan kadang2 nak menggenggam pun susah…apa pandangan doktor

  7. Assalamualaikum doktor…

    Saya adalah seorang pesakit CTS. Rawatan yang saya jalani adalah terapi cara kerja, yang mana terapi ini hanya memberi kesan yang sedikit pada saya. Apa pandangan doktor dan cara rawatan yang sesuai dan berkesan untuk saya.

    • Wa alaikum mus salam…Puan boleh berbincang dgn doktor. Jika terlalu sakit dan mengganggu tidur dan rutin seharian, puan boleh mendapatkan suntikan seperti mana saya terangkan dalam penulisan di atas.

  8. siti julianawati

    as’kum doktor,saya nak bertanya pada doktor ada tak ubat yg boleh mengurangkan rasa kebas tangan..semasa mengandung……terima kasih

  9. As-salam doktor,

    Untuk makluman doktor, saya kini sedang hamil 30 minggu.

    Mengikut bacaan dari penerangan doktor di atas, saya juga mengalami keadaan yang sama tetapi ia berlaku di kawasan sendi antara peha dan punggung. Ia berlaku beberapa hari yang lepas di mana apabila saya berdiri agak lama ketika memasak atau berjalan, kawasan tersebut terasa bagai terbakar (pijar seperti kena lada, kebas dan menyucuk-nyucuk. Pernah sekali ketika saya berjalan di Kompleks membeli belah, tiba-tiba kali saya terasa keadaan tersebut dan merasakan seperti lumpuh.

    mohon nasihat dari doktor jua.

  10. Assalam doktor..sya mengalami kebas jari jemari sejak hamil tahun 2007.. dan skarang anak sya sudh brumur 5th dan dihujung jari2 saya msih terasa kebas2 apabila memegang sesuatu benda.. sungguh tdak selesa dan mnyakitkan… adakah sya perlu bertemu dgn pakar orthopaedik?

  11. assalammualaikum doktor.adik saya mengalami kebas pada jari tangan kanan sahaja.pd minggu pertama kebas bermula pada hujung jari.apabila berjumpa doktor di pusat kesihatan kerajaan,beliau mengatakan adik saya berkemungkinan menghidap kencing manis.doktor tersebut hanya beri ubat tahan sakit dan menyuruh jaga permakanan.1 minggu berlalu,tapi tiada perubahan.adik saya merujuk kembali kepada doktor di pusat kesihatan yang sama tetapi merujuk pada doktor yang berlainan.beliau mengatakan adik saya berkemungkinan keretakan tulang.sedangkan adik saya seorang pelajar dan tidak pernah mengalami kemalangan tangan atau jari.beliau menberi ubat menguatkan tulang.selama seminggu adik saya makan ubat yang diberi doktor tersebut tetapi masih tiada perubahan.malah kini ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu adik saya mengalami kebas yang mencucuk-cucuk sakit dan yang lebih membimbangkan saya jari tangan adik saya membengkak.apakah pendapat doktor tentang situasi ini?adakah ia ada kene mengena dengan urat yang tersepit di celah tulang?apakah rawatan yang terbaik untuk mengesan punca sebenar situasi ini?

  12. assalamualaikum dr,
    utk makluman dr sy kini hamil 21 minggu.

    sy baru merasakan ‘tingling sensation’ ni 2-3 hari.
    tidur sy agak terganggu. sy sapu yoko2 untuk mengurangkan kesakitan. namun ia tidak banyak membantu.
    rasa sakit ini ketara di tgn kiri sy sedangkan sy byk menggunakan tgn kanan.
    sakit ini sy rasai siang dan malam.
    bolehkah sy mengurut untuk menghilangkan rasa sakit ini?

  13. Assalam Dr..sy selalu kebas tangan kiri,sebelum sy mengandung lagi.Tangan memang tak boleh nak pegang barang dengan kemas. Bila tangan kebas..jari jemari sy bergerak dengan sendiri seperti menggigil..agak laju seperti orang kelaparan..ia akan menggigil dalam masa lebih kurang 5 min setiap kali..sehari lebih kurang 5kali akan berlaku..minta penerangan Dr..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top