Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

 

saraf

 

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad.

 

Wa alaikum mus salam. Semoga saudara diberikan ketabahan dan dipermudahkan untuk menghadapi ujian ALLAH Ini.

 

Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap masalah berkaitan saraf tunjang di dalam tulang belakang.

 

Dalam istilah perubatan, kebas dikenali sebagai paresthesia. Ia  merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa sebarang rangsangan atau mungkin rasa seperti dicucuk bila bersentuhan dengan sesuatu. Keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

 

Masalah pada terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

 

Ia juga menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis.

 

Rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

 

Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat masalah pada saraf ini. Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

 

Saudara perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

 

Selain itu, saudara pemeriksaan perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

 

Jika keputusannya normal, mungkin saudara perlu menjalani pemeriksaan MRI untuk otak pula.

 

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang saudara.

 

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!