Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Wanita Hamil

Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Wanita Hamil

“Doktor, boleh saya minta MC hari ini?”

“Apa masalah puan, puan sakit ke?” tanya saya kepada seorang wanita yang sedang hamil.

“Tidak. Saya tak cukup tidur semalam. Perut saya semakin membesar, saya tidak selesa untuk tidur. Saya pusing ke kanan dan ke kiri, tetapi masih tidak boleh melelapkan mata

Saya berfikir sejenak. Berat juga ujian wanita yang hamil.

Seorang rakan FB bertanya,

“Salam, doktor. Saya mahu bertanyakan sesuatu. Untuk ibu hamil, seeloknya posisi tidur bagaimana yang sesuai? Untuk pengetahuan doktor, apabila saya mengiring belah kanan saya mempunyai perasaan bimbang kalau-kalau kepala bayi berada di sebelah kanan dan terhempap pula. Saya diberitahu orang, tidur terlentang tidak sesuai untuk wanita hamil”.

Ketika hamil, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukan setakat keselesaan untuk tidur, tetapi juga keselamatan bayi dalam rahem. Ramai para ibu tidak menyedari bahawa posisi mereka tidur boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahem.

Apabila rahem semakin membesar, ia mengambil ruang abdomen yang akan mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar dan air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah.

Bayangkan seorang wanita berbaring terlentang. Saya selalu mengibaratkan seguni beras yang mempunyai berat 2-3 kg diletakkan di bahagian abdomen. Tentu rasa senak dan sukar bernafas jika tidur dalam posisi telentang.

Posisi terlentang juga akan menyebabkan rahem memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrient pada bayi dalam rahem.

Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa posisi terbaik untuk seorang wanita hamil tidur ialah posisi mengiring (sleep on side). Seorang wanita boleh mengiring ke sebelah kanak atau kiri tetapi saya lebih suka jika wanita tidur mengiring ke sebelah kanan kerana ia lebih menepati sunnah yang Rasulullah s.a.w ditunjukkan.

Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah, dan akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahem. Selain dari mengiring, lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua peha.

Bagi wanita yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat reflux gastritis, bolehlah meninggikan bahagian dada dengan meletakkan bantal di bahagian dada.

Wanita yang biasa tidur menelentang, tentu posisi ini tidak selesa. Boleh tukarkan posisi ke kanan dan kiri untuk mengurangkan ketidakselesaan. Berbaring mengiring sebelah kanan di awal tidur adalah sunnah, tetapi mengekalkannya tidaklah sunnah. Cuma kita ditegah untuk tidur tertiarap, lebih-lebih lagi ketika hamil.

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sudah tentu apabila semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar, sukar untuk tidur meniarap. Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika di awal kehamilan.

Dalam banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahem (stillbirth) bagi wanita hamil yang tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yang tidur dalam posisi yang lain.

Kesan posisi meniarap atau terlentang menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrient tidak sampai kepada bayi dalam rahem dan menyebabkan kematian dalam rahem.

Jadi berhati-hatilah ketika memilih posisi untuk tidur ketika hamil. Semoga Allah mempermudahkan kehamilan wanita yang sabar menghadapi dugaan dalam kehamilan mereka.

Wallahu a’lam.

Klik sini untuk memudahkan proses bersalin dan mengelak induksi

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (240911)

Rujukan:

  1. “Association between maternal sleep practices and risk of late stillbirth: a case-control study”BMJ 2011; 342. Published 14 June 2011
  2. “Rapid Responses to maternal sleep practices and risk of late stillbirth”. Stacey T, Thompson JMD, Ekeroma AJ, Zuccollo JM, McCowan LME BMJ 27 June 2011

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

4 comments

  1. salam, dokter.saya ingin b’tanya.. apabila wanita m’galami keguguran kandungan pd usia kndungan 3 bulan dan “b’cuci”. ada masalah kah utk wanita itu hamil kembali secepat mungkin… terima kasih…

  2. As-salam doktor,

    terima kasih dengan info yang diberi. kini terjawab pertanyaan yang selalu bermain-main di fikiran saya.

    😀

  3. Salam Doc. Saya nk tau mcm mana blh blakunya pdarahan pd kehamilan sekitar 5-6 bln kandungan? Apa sbnrnya dimaksudkn dgn pangkal rahim luka? Dan sekiranya bayi dlahirkan scr normal, meninggal 2 jam kemudian, ada xrisiko utk seorg wanita utk hamil lg @ adakah pngalaman kandungan ptama blh mjejaskan kandungan sterusnya? Bagaimana pula dgn istilah rahim xkuat?

  4. Salam dr,adakah bahaya jika seorang yg hamil 5 bln dan keatas duduk di kerusi dan menundukkan bdn seolah2 nk mengambil brg di lantai sehingga perutnya tertekan atau terlipat? adakah keadaan ini bahaya @ mendatangkan kecederaan kepada bayi dlm kandungan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!