Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

 

inhaler2

 

“Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.

 

Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.

 

inhaler ventolin

 

Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.

 

Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ketika bermain di kolam renang, ada baiknya jika diberikan ubat inhaler ini dulu. Ia selamat dan sangat kurang risiko mendapat kesan sampingan.

 

Ventolin yang berada dalam inhaler akan merenggangkan otot-ototsaluran  pernafasan dan membesarkan lubang saluran pernafasan. Ini akan memberikan kelegaan segera jika diserang asthma.

 

Kedua, inhaler yang berwarna coklat. Ia hanya digunakan untuk mengawal serangan asthma. Maknanya ia akan mengurangkan kekerapan serangan asthma pada pesakit. Ia mengandungi steroid seperti  Budesonide dan Fluticasone.

 

inhaler 4

 

Ini bermakna jika seorang pesakit terlalu kerap kali diserang asthma, misalnya seminggu tiga kali diserang asthma, maka inhaler warna coklat ini sangat baik pesakit gunakan sebagai ‘maintainance’ sehingga pesakit benar-benar sembuh dari risiko serangan.

 

Inhaler ini berfungsi dengan mengurangkan radang dan lender dalam saluran pernafasan. Secara tidak langsung akan mencegah serangan asthma.

 

Jadi ia harus digunakan setiap hari dengan kadar dos yang ditetapkan oleh doctor. Setelah serangan asthma telah berkurang dan menjadi terkawal, penggunaan inhaler wrana coklat ini akan dikurangkan secara beransur-ansur dan berkala, sebelum doctor mencadangkan penggunaannya dihentikan.

 

Inhaler  warna coklat ini tidak memberikan kelegaan dengan cepat. Jadi jika seorang pesakit sedang diserang asthma, gunakan inhaler warna biru.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: