Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak.

Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst.

Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.

 

Bertanyalah sehingga faham

Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ditanya:

  1. adakah ovarian cyst itu adalah ketumbuhan cyst yang tidak merbahaya (benign) atau pun ovarian cancer?
  2. berapa bilangan cyst yang terdapat di situ?
  3. adakah ianya melibatkan kedua-dua belah ovari?
  4. adakah masalah-masalah lain berkaitan dengan sakit puan yang mungkin dihadapi oleh pesakit itu?
  5. bagaimana dengan peluang untuk hamil?

Jika soalan ini masih tidak dijawab kerana masih dalam ’kawasan kelabu’, iaitu doktor tidak dapat memastikan keadaan pesakit yang diperiksa, maka bincanglah tentang apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh doktor untuk mengetahui dengan jelas dan tepat apa yang berada di abdomen wanita itu.

Adakalanya ovarian cyst itu hanya diketahui dengan cara tidak sengaja kerana pesakit mungkin tidak mengalami apa-apa sakit perut atau masalah lain. Ovarian cyst hanya diketahui apabila melakukan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvic secara rutin.

Semasa bekerja di hospital juga, saya selalu berjumpa dengan kes di mana pesakit wanita disangkakan menghidap acute appendicitis tetapi apabila dilakukan pembedahan didapati ianya ovarian cyst yang telah pecah.

Ovarian cyst bukan bersifat penyakit

Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian follikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian follikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst.

95% daripada ovarian cysts adalah benign, iaitu tidak merbahaya. Ia adalah  ‘bukan penyakit’, iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Ovarian cyst terdapat pada hampir semua wanita yang mempunyai ovari terutama pada usia subur. Namun kadang kala ia menyebabkan kemudaratan pada pesakit seperti pesakit megalami sakit di bahagian bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.

Selain dari ovarian cyst yang normal ini, terdapat juga beberapa jenis lagi yang saya tidak bincangkan, antaranya dermoid cyst, cholate cyst of ovary dan polycystic ovarian cyst. Oleh itu pesakit haruslah bertanya kepada doktor yang merawat sama ada ovarian cyst itu adalah ovarian cyst yang biasa (yang dinamakan physiological cyst) atau ianya cyst yang tidak biasa (abnormal).

Bilakah pembedahan itu perlu ?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan, pertama untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan; kedua untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain, dan ketiga untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika:

  1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • pesakit adalah gadis remaja.
  • pesakit telah menopause.
  • menggunakan pil perancang kehamilan

Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika puan mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, puan harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan

  1. imej CT scan abdomen, dan
  2. laporan pathology tisu yang diambil, atau
  3. jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  4. wanita itu sudah mengalami menopause atau
  5. saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.

Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.

Ia boleh berulang

Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal.

Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).

Saya berharap wanita yang mengalami ovarian cyst mendapat faedah dari artikel ringkas ini. Apa yang saya tulis adalah sebagai panduan untuk memahami sama ada pembedahan perlu dilakukan atau tidak. Ianya bukannya ‘rules of thumb’ bagi seorang doktor dalam membuat keputusan. Jika masih tidak jelas, bolehlah berhubung dengan doktor yang menjaga puan.

Wa allahu a’lam.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (191010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog

52 comments

  1. Salam Dr,
    Saya ingin bertanya….saya sedang mengandung nk masuk 4 bulan….dan doktor menesahkan saya mempunyai cyst yg berukuran 6cm lebih….jadi doktor nak tunggu dan lihat keadaan cyst saya apabila saya sudah memasuki 4 bulan…jika cyst saya tidak mengecut , doktor menasihati saya utk menjalani pembedahan cyst…apakah risiko saya menjalani pembedahan cyct dimasa sama saya mengandung? apakah kesan terhadap bayi dlm kandungan saya?

    Terima kasih.

    • saya pernah mengalami nasib yang sama dan saya juga telah pun menjalani pembedahan membuang cyst itu,waktu itu kandungan saya berusia 3 bulan. tapi kerana cyst itu terlalu besar dan mungkin membahayakan nyawa saya dan baby ,saya terpaksa jalani pembedahan membuangnya walaupun hati gusarkan kandungan , namun pembedahan itu tidak menganggu kandungan dan baby saya selamat sekarang . sekarang kandungan saya telah masuk usia 4 bulan setengah dan sihat sepenuhnya.apa yang penting adalah kita perlu berdoa kepadaNYA dan saya harap pembedahan anda selamat , insyaallah….

  2. salam..dr, sy sdg mengandung 7weeks.nie fisrt baby. bila scan di klinik kesihatan doc ckp sy ada ovarian cyst. tp fetal belum nmpk. doc suspect mgkn sy ni ectopic pregnancy tp xsure. sebulan lg sy kena jalani repeat scan.kiranya tggu kandungan masuk 11 minggu cmtu. katanya mgkin perlu dirujuk ke hosp. Apa nasihat dr utk kes mcm sy nie? perlu ker just tggu tarikh tu @ sy perlu rujuk pakar? bilakah selang masa scan yg baik, adakah scan yg terlalu kerap boleh effect pd kandungan?

  3. salam…dr, sy sudah berkahwin 2tahun…sy dah hampir 4 bulan tidak datang period… sebelum ni sy xpernah miss period… adakah sy mengalami PCO? sy telah membuat pemeriksaan di klinik biasa dan dr telah beri saya ubat datang period.. tp dah hampir 2 minggu tp period tak datang juga… dari apa yang sy baca, simpton2 PCO tu ada.. contohnya ada bulu roma di atas bibir.. sy belum mempunyai zuriat… adakah PCO boleh menyebabkan kemandulan..

  4. salam…dr, saya last period 27/3/2011 so saya dah terlewat period dan juga saya ada membuat prenancy test, ia adalah positif tapi ia tidak beberapa clear sgt hanya samar2 aje. bila saya pergi hospital pun dapat keputusan yang sama. bila scan tak nampak fetal malah mereka nampak saya ada ovarian cyst. Adakah ia memerbahaya. Adakah saya mengandung dan megapa ia tak nampak…..

  5. khairul amizad

    asalammualaikum Doktor…pada mula bila isteri saya tidak dtg haid saya membawa dia untuk periksaa status kehamilan di klinik dan ternyata mengandung..kami semua juga terkejut apabila diberi tahu pada masa yg sama janin saya berkongsi dgn cyst yg besaiz 8cm pada awal mengandung..saya dan isteri di rujuk ke hospital pakar dan sakit puan..apa yg membimbangkan saya isteri dan doktor..pembedahan hanya boleh dilakukan sekitar 14 minggu usia janin itu sedangkan sekrang baru menjangkau 9 minggu shj tetapi cyst telah membesar dr 8 cm..pembedahan awal tidak menjanjikan 100% untuk kandungan itu terus hidup.Selama ini dr awal hingga sekarg isteri saya tidak mengalami apa2 simtom atau sakit yg berpunca dari cyst itu.Jika lewat melakukan pembedahan saya dan isteri kuatir cyst akan pecah..jika cepat pula kuatir terjadinya keguguran..ini adalah anak saya yg ke 2…kami bingung..sila beri tunjuk ajar dari Doktor Zubaidi…
    Sekian,Terima kasih…
    Wasalam..

  6. askum…
    saya nor waheeda sy br saje buang cyst sy pada bulan 01/01/2011..sy br kawen bln 04/12/2010.. doc sy ckp sy kena cyst di sbb kn haid sy..period sy dtg selalu setiap bulan tp selalu segugut…sy nk tye selepas operat ni ada kh sy bleh m;gangung atau susah…

  7. salam. adik saya berumur 24 tahun, belum berkahwin. sekarang dia ditahan diwad kerana mucoid ovarian cyst sebesar 5cm. doktor mahu menjalankan ct scan pada 3.06.2011 dan jika masih tidak mengecil, operation akan dijalankan. bagaimana pandangan doktor? bukankah patut tunggu 2-3 kali period baru jalankan pembedahan..?

  8. Siza 5 cm sudah dianggap besar.

    • slm sjahtera dr, sy telah disahkan ada ovarian cyst pd sbelah kiri ovari, saiznya 8c. saya baru mempunyai seorang anak yg berusia 2thn 6 bln.sy jg mengalami simpton pendarahan haid yang panjang (>2minggu) dan banyak.Soalan saya ialah sudah berapa lama saya mengidap ovarian cyst ini?adakah cyst ini akan membesar lagi?

  9. Salam Doc..
    Sy berumur 32thn, dan baru 2 bln menjalani pembedahan membuang 12cm ovarian cyst.

    Jadi sy ingin bertanya… Jika ada makanan atau minuman yg perlu sy elakan? Sbb Doc ada mengatakan bahawa Cyst ini akn berulang kembali.. Dan ini amat merisaukan sy.

  10. Salam. Saya baru je menjalani ultra siund dan mendapati terdapat at least 5 fibroid dan 3 cyst yang berukiran 3cm. jadi doc cadangkan saya membuang fibroid dan pada masa yang masa buang sekali cysts. jadi saya ingin tau adakah ovari dan rahim akan dibuang sekali.
    / tq

  11. salam..
    Sya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin hampir setahun setengah… sya belum ade anak lg.. period sya sudah tdk dtg hampir 8bln.. bile g chek, doc kate ade cyst dan saiz nye 3.5cm.. adakah sbb cyst ni period sya x dtg??? perlu operate atau mkn ubat je??? boleh ke sya mengandung klu ade cyst ni???

    • Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan puan. Soalan puan sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan puan pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu puan juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

  12. rita mastura talib

    askom dr zubaidi,saye ingin bertanye apakah tanda2 awal utk kita kesan sebelum ia melarat?

  13. zarihan bt zakaria

    salam, saya masuk kali kedua menjalani pembedahan cyst,sy cadangkn dktr cek tiub sya semasa operate,doc mndapati ovari sebelah kiri saya dah block,jadi doktor akan menjalani ujian iui kpd sy.saya mahu pandgan doc adakah ujian iui ini akan berhasil bg saya mendapatkan zuriat?

  14. salam..doc sya mengalami kerap buang air kecil sejak akhir2 ini..hri ini doc telah scan dan mendapati sya ade ovarian cysts 12cm..di sini sya ingin tahu jika pembedahan di buat ada kan ovari sya akan di buang sekali ??thnx

  15. salam dr,,saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur sejak mula- mula period lagi. boleh dikatakan dalam setahun 5 atau 6 kali sahaja saya period. adakah faktor ketidak suburan ini boleh menyebabkan saya menghidap cyst? dan apakah tanda- tanda cyst terjadi? boleh ke wanita yang mengalami haid yang tidak teratur mengandung tanpa mendapatkan rawatan kesuburan?

  16. Assalamualaikum doktor,

    Saya nak tanya, kalau ibu saya yang berumur 56 tahun disyaki mempunyai cyst sebesar 12 cm. Adakah mmg patut dia menjalani pembedahan pembuangan cyst tersebut. Kalau makan ubat sajer, tak bole ke doktor? dan apakah risiko pembedahan kerana ibu saya telah berusia 56 tahun?

  17. salam. dr, saya baru kesan yg sy mengalami cyst ovari nie.. tapi dah tahap 16cm.. sy takut sekiranya ianya boleh pecah atau tidak…

  18. salam…dr, saya baru saja mejalani pembedahan cyst & fibroid. saya ingin tahu pandangan dr mengenai cara pemakanan selepas pembedahan. adakah kita perlu memilih makana tertentu saja?

  19. saya baru 7bln berkahwin, tpi suami yg kedua,, perkahwinan pertama sya dikurniakan anak lelaki tpi bersalin melalui pemedahan,, baru2 nie, saya mengalami sakit perut dan pinggang yg teramat, sya buat pemeriksaan doc, dan dia mengesahkan saya ada cyst,, adakah sy berpeluang untuk mengandung lagi,, sya buntu dan tetekan sangat,,, harap doc dapat membatu,,,

  20. salam…. sy nk tnya smthg, adakah slps melakukan pmbedahan ovarian cyst kita akan mdpt mslh lain ???
    sy pena mengalami mslh ovarian cyst dn telah melakukn pbedahan 2 thun y lepas. mslh y hadapi skrg ni berat bdn sy makin menurun dan tulang belakang sakit selalu sakit…. adakah ini kesan drpd pmbedahan tersebut ???

  21. adriana comell

    salam….

    nk tnya dr adakah ovarian cyst ni boleh berlaku kepada wanita yang belum berkhawin

  22. Salam doktor. Saya mengalami kitaran haid yg tidak teratur. mengikut kiraan sudah melebihi 6 bulan. perut saya semakin hari semakin membuncit. Apakah yg perlu saya lakukan, kerana saya tidak mempunyai alahan lain kecuali tidak datang haid.

  23. asasalam…sya berumur 29 thn dan sudah berkahwin. Saya pernah mengandung dan gugur. Doc mengesahkan keguguran saya adalah berpunca daripada cyst. setelah 3tahun gugur saya menjalani pembedahan cyst pada bln julai 2011,period saya pada bln 8 adalah seperti biasa, namun pada bln september 2011 period saya cuma 5hari tetapi darah period tu kuar brownies sahaja…iaitu pada 17 september..saya tidak pernah mengalami masalh seperti ini.adakah saya mengandung ataupun ini adalah kesan selepas pembedahan?

  24. salam…doc,saya ingin bertanya mengapa adik saya
    yang baru berumur 17thn,tp disahkan ada ketumbuhan
    dalam ovari?ada 3,salah satu nya sudah membesar sehingga
    16cm..apa kah penyebab kepada permasalhan beliau?

    sekian terima kasih..

  25. Salam doc,
    sy prnh menjalani pbedahan pd thn 2008 dulu.umur sy 29thn pd waktu itu..berat cyst tu 6.4kg..semua org igt sy pegnant..sedangkan sy blm bkahwin lg..sy sgt tkejut dan tidak percaya doc..
    kdatangan haid sy normal..tiap2 bln ok..tp sy prnh mengalami sakit perut yg teramat sgt..shingga sy telan pil penahan sakit 2 papan..ms pbedahan doc telah buang ovari kanan sy..mmg terasa kekurangan ditambahkan pula sy blm bkahwin.

    soalan sy doc ,
    apakah faktor2 yg menyebabkan tjadi nyer cyct tu doc???
    adakah faktor makanan or kebersihan???

  26. salam doc,
    hari ini saya telah mengatahui,yg saya disahkan ada cyst. Disini saya nak tanya apakah yang menyebabkan ovarian cyst ini?

  27. salam dr…pd bln 3/2010 sy ada buat pembedahan buang ovari belah kanan sbb ada cyst 9cm .dh dkt 2thn berlalu sy nk mengandung tp blm ada rezeki.blh tak sy ambil pil kesuburan.period sy ok xde masalah.

  28. Salam Dr…

    saya disahkan pregnant sebulan lebih..saya juga mempunyai dermoid cyst besar 3 cm..utk pengetahuan doc..sy telah pun merujuk kepada doc pakar..tapi doc bg keputusan..seandainya cyst sy besar..barulah sy kena operat..dan kena tggu usia kandungan saya 3 bulan..apa yg merisaukan sy disini adalah risikonya..apakah saya akan keguguran baby yg saya kandung??lago satu doc..betul kah??zat yg sy makan..tidak akan dapat pada baby yg saya kandung..sebaliknya kepada cyst..

    sy mohon penjelasan dari doc..saya semakin buntu dan stress..

  29. salam…Dr.sy sgt bimbang akn kesihatan ibu sya..beliau telah mgalami ovarian cyst hampir setahun lebih…dhulu saiznye 4.8cm tapi sekarang sudah kurang kpd 2cm….yg sy sgt hairan kenapa ibu sya dtg period dgn byk dan xhenti2…sudah masuk 15>hari period tersebut…period beliau juga idak teratur…sy bimbang keadaan beliau akn brtambah buruk pd umur skrg 49thun…adakah ini tanda untuk menapouse?atau sebaliknye….adakah pnyakit ini berpunca dr makanan?…
    trime ksh sbb Dr. sudi baca komen ni…
    say sgt berharap Dr. blh mmbantu sya…

  30. hi.apa jenis pmakanan yg perlu dijaga stelah pembedahan left ovarian cyst pd 14 dec lalu? sy berasa takut krn ada kawan yg kembali mdpt cyst pd kedua-dua belah ovari dlm ms 3 thn dgn 2 kali pmbelahan,sebelah kiri dibuang. kini ia tumbuh utk kali 3,apa yg perlu dilakukan oleh beliau yg berumur 33thn n blm mpunyai ank serta mgamalkan gaya hidup yg lebih sihat drp sy. cyst dia skrg sudah berukuran 4cm yg mbesar dlm tempoh kurang dr setahun. tq

    • Foods for treatment of Ovarian Cysts

      The food that we eat also plays an important role in the development of ovarian cysts. Some foods may worsen the condition while some may be beneficial in controlling the recurrence of the cysts. Foods that are beneficial include:

      Green leafy vegetables
      Raw fruits
      Whole grains
      Legumes
      Garlic

  31. salam dktr.. Sy sudah 7 thn berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Pd tahun 2004 pembedahan membuang cyst endometrosis tahap 4.. Pada 2008 pembedahan cyst dan membuang ovari sebelah kanan.. Dan skrg cyst sy 10×6 pd ovari kiri.. Jika ovari kiri juga akan dibuang adakah sy spt monopous slps itu. Umur sy 34 thn..

  32. salam.. doc saya ada anak perempuan sekarang berumur 14 tahun kitaran haid tidak teratur kali terakhir pada akhir bln 7 2011..saya telah pg ( 17.1.2012 ) ke pakar dan didapati anak saya ada ketumbuhan sekitar 5 cm… dari ultarsound didapati ketumbahan itu tiada ciri kanser dan sekarang telah tunggu ujian darah …doc telah memberi anak saya ubat hormon dan haid telah ada semula, pertanyaan saya adakah ketumbuhan tersebut surut jika haid nya kembali..dan apa yg patut kami lakukan sekarang…terima kasih

  33. Assalamualaikum Dr. Saya berumur 29thn. Pernah menjalani pembedahan ovarian cyst 5 thn lalu. Cyst saya melebihi 5cm dan berat nya 2kg.dan pernah disyak cancer. Tapi alhamdulillah ianya bukan cancer. So Dr terpaksa buang sebelah. Dan yg sebelah lagi Dr kata ovary saya pun ada cyst tapi dia tak buang kerna saya masih single. Dr ckp lagi saya tak kn ada perluang untuk mengandung. Pertanyaan saya ada tak cara lain utk membaiki ovary yg telah rosak?

  34. Assalamualaikum Dr. Saya berumur 29thn. Pernah menjalani pembedahan ovarian cyst 5 thn lalu. Cyst saya melebihi 5cm dan berat nya 2kg.dan pernah disyak cancer. Tapi alhamdulillah ianya bukan cancer. So Dr terpaksa buang sebelah. Dan yg sebelah lagi Dr kata ovary saya pun ada cyst tapi dia tak buang kerna saya masih single. Dr ckp lagi saya tak kn ada peluang untuk mengandung. Pertanyaan saya ada tak cara lain utk membaiki ovary yg telah rosak?

  35. sy baru lepas 1 mg pembendahan ovarian cyst dan appendic. kesakitan yg teruk di bahagian kanan perut yg di sangkakan appendic rupanya ovarian cyst yg telah pecah. dan ini pembedahan sy yg kelima pd bhgn perut. apakah yg harus sy lakukan utk elakkan ianya berulang lg.

  36. doktor,

    saya pernah buat pemeriksaan dan setelah buat ultrasound, adalah didapati saya menghidap cyst dgn saiz 8cm, saya ade ambil ubat Yasmin dan setelah saya ambil, saya period mcm biasa dan pernah keluar darah haid berketul-ketul sebesar saiz 10cm, dan simptom yang sy alami sekarang, sy cepat letih, perut di bahagian rahim selalu sakit,dan saya tak dpt lawas dengan baik. apa yang saya perlu buat doktor?

  37. saya dah hampir 2 tahun berkahwin dan masih tidak mempunyai anak..2 bulan yang lalu saya period selama sebulan… pada mulanya sy pergi ke klinik biasa dan dok ckp tiada apa-apa cuma hormon. selapas itu saya p pergi 2 kali klinik kshatan dan dok xde cakap pape.. cma bg ubat berhenti darah.. sya dan suami tidak puas ati n terus p rujuk pakar wanita.. dok sah kan sy ada cyst dgn saiz 5cm.saya makan ubat utk kecilkan cyst.. dan dok suh dtag selepas 2 bulan.. dalam masa 2 bulan period sy tidak menentu… sebulan 2 kali period dan period bwarna coklat gelap.. period hanya kuar selama 2- 3 hari.. adakah itu effect dari ubat atau sbb cyst.. kalo wat pembedahan di hsptal swasta kos berapa ek…

  38. saya dah hampir 2 tahun berkahwin dan masih tidak mempunyai anak,2 bulan yang lalu saya period selama sebulan… pada mulanye sy pergi ke klinik biasa dan dok ckp tiada apa-apa cuma hormon. selepas itu saya pergi 2 kali klinik kesihatan dah dok ckp xde pape, amik darah dan sahkan platelet saya rendah dan hanya bg ubat berhenti darah.. saya dan suami tidak puas ati sebab sy sakit di bahagian ari2,nyilu dibahagian perut n sakit pingang..selepas makan ubat beberapa ari period benti dalm masa 2 ari sy period lg.. tp sedikit, hjg bln 3 saya period, ttpi period saya berwrna coklat gelap dan hanya keluar selama 2 ari, selepas 2 minggu period saya keluar balik tetapi hanya 3 ari… adakah itu effect drpd sya mkn ubt kecilkan cyst atau bpunca drpd mslah cyst tu..

  39. doc saya baru mlkukn operation….cyst ddua-dua blah bhagian….bhagian knan brukuran 6cm lbih dan kiri kcil sahaja…doc tlah mbuang kdua-duanye…adakah cyst akan datang kembali?makanan apa yg perlu saya hindari?Kenapa perut saya membuncit walaupun sudah menjalin operation pada bulan 5 yang lalu.

  40. doktor, saya nk bertanya.benda nih terjadi pada kakak saye…die dah kawen 2 taon la.tp blom dikurniakan cahaya mate. so, now die decide nk buat bayi tabung uji/ rawatan IVF. n ble checkup die didapati ade cyst.tp sye x pasti samada di perut atau ovari. dan bru 4 cm laa..adakah kalo bejaye kakak saye pregnant, cyst itu akn membahayakan kndgn n kakak sye?

  41. salam,sy nk tnya.sy bru 4 bulan telah mejlani pmbdahn cyst saiz 2cm yg tlhpecah.sblum itu sya x tau lau sya ada pykit tu sb sya hnya brasa sakit perut yg kuat dsblah kanan sj kmdn sy pengsan.ttp sblum itu sya slalu ngalami sakit2 pd anggota badan tutamnya d bhgn bahu,pinggang.tapak kaki. kaki,betis.payudara n bhgn intim smasa dgn suami. dan yg pling teruk semasa haid.yg mana sminggu sblm haid n ketika haid sya akn mgalami sakit yg teruk pd bhgn belakang pinggang,bwh perut,kaki n shingga myukarkn sya bgerak n mlakukn krja2 rumah.dan yg pling truk smsa haid bhgn vagina trasa spt nak tkoyak.
    utk pgtahuan sya da bkwin n mpunyai 1org ank llaki bumur 5thun.sya dsahkkn ada cyst pd usia 30 thun.sblum ini (bujng) sy x pena ada sggugut ktika dtg haid shinggalh sy bsalin anak sya scara ceasern.dr c2 stiap kali dtg buln:sakit tu dtg sblum n smsa haid.
    sya jg x pena mgambil sbrg pil@alat2 utk mrncang khamilan.
    soaln saya,tanda2 sakit itu dtg kmbli stlah hmpir 3buln mjlni pmbdhn mbuang cyst yg da pecah 2,adakh cyst 2 tmbuh lg n mcm mana pluang sy utk hamil n adkah sya bole bsalin scra normal slps 2kali mjlani pmbdahn d bhgn perut n luka d tmpt yg sama

  42. salam,sy nk tnya.sy bru 4 bulan telah mejlani pmbdahn cyst saiz 2cm yg tlhpecah.sblum itu sya x tau lau sya ada pykit tu sb sya hnya brasa sakit perut yg kuat dsblah kanan sj kmdn sy pengsan.ttp sblum itu sya slalu ngalami sakit2 pd anggota badan tutamnya d bhgn bahu,pinggang.tapak kaki. kaki,betis.payudara n bhgn intim smasa dgn suami. dan yg pling teruk semasa haid.yg mana sminggu sblm haid n ketika haid sya akn mgalami sakit yg teruk pd bhgn belakang pinggang,bwh perut,kaki n shingga myukarkn sya bgerak n mlakukn krja2 rumah.dan yg pling truk smsa haid bhgn vagina trasa spt nak tkoyak.
    utk pgtahuan sya da bkwin n mpunyai 1org ank llaki bumur 5thun.sya dsahkkn ada cyst pd usia 30 thun.sblum ini (bujng) sy x pena ada sggugut ktika dtg haid shinggalh sy bsalin anak sya scara ceasern.dr c2 stiap kali dtg buln:sakit tu dtg sblum n smsa haid.sb itu jgk haid sy x tatur.skjp awl buln,ptghn buln n kdang2 hujung bulan.tapi tiap2 buln darh keluar nomal dr dulu smpi skg iaitu slama 5hri.tp darh yg kuar hitam n pekat n kdgkala bketul2
    sya jg x pena mgambil sbrg pil@alat2 utk mrncang khamilan. dbole bsalin scra normal slps 2kali mjlani pmbdahn d bhgn perut n luka d tmpt yg sama

  43. Bulan 5 lps saya keguguran,Dr kata saya ada ovari cyst 2.3 cm. Dr x ada suruh saya buat rwtan susulan. Saya nk tanya adakah ia berlaku disbbkn saya mengandung n keguguran. Sehingga skrg haid saya dtgteratur..x ada mslh skt perut dan berkaitan dgn nye..perlukah saya wat ultrasound?

  44. mohd haffiz mat nor

    isteri mempunyai cyst entrometroma,pada 27hb.8.2012 isteri saya telah mengalami keguguran,usia kandungan 5-6 minggu,boleh kah isteri saya mengandung lagi

  45. slm doc. sy nk tanye, semsa hamil anak sulung sy disahkan menghidap ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pd Usia kandungan 32 minggu. kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya. selepas it sy masih gagal hamil utk anak kedua? apakah sukar untuk says hamil dengan hanya mempunyai 1 ovari sahaja.. t.q

    • As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya. Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH ganjaran yang terbaik.
      Tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa puan tidak boleh hamil lagi setelah pembedahan itu. Bagi masalah puan yang mengalami kesukaran untuk hamil semula, saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan kesuburan semula.

      Secara amnya, apabila seseorang itu semakin meningkat umur, tidak kira lelaki atau wanita tahap kesuburannya semakin menurun, dan ia tidak berkaitan dengan pembedahan yang puan telah lalui.

      Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top