Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.
Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini.
Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan prestasi akademik.
Kanak-kanak juga harus dielakkan dari memberikan makanan ringan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, pada tahun 2009, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.
Wallahu a’lam.