Ovarian Cyst Ketika Hamil

Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan.

Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan.

Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil.

“Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. Walaubagaimanapun doktor meminta saya datang semula pada umur kehamilan saya memasuki umur 20 minggu untuk memeriksa semula perkembangan saiz ovarian cyst saya. Hati saya sangat risau kerana saya baru hamil 11 minggu. Kehamilan pertama pada 2008, saya keguguran ketika berusia 13 minggu. Pada kehamilan kedua 2009 saya mengalami keguguran lagi, juga ketika kehamilan berusia 13 minggu. Ini adalah kehamilan ketiga setelah berkahwin 5 tahun dan kami belum mempunyai anak lagi.

Saya ingin bertanya, adakah ovarian cyst merbahaya kepada kehamilan saya  dan bila pembedahan perlu dilakukan? Sekian. Terima kasih.”

Sebelum ini saya ada menulis tentang kekeliruan setengah wanita tentang kaitan ovarian cyst dengan masalah ketidaksuburan mereka. Mereka menganggap bahawa ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Ini adalah anggapan yang salah.

Rujuk : “ Apakah kaitan ovarian cyst dan ketidaksuburan” http://drzubaidi.com/blog/?p=2058

Ramai juga wanita yang hamil dan didiagnosa sebagai ovarian cyst bertanyakan kepada saya, apakah cyst mereka perlu dibuang. Sekali lagi, ia bergantung kepada jenis dan saiz ovarian cyst itu.

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja,  kemungkinan ia adalah tidak merbahaya (bukan kanser). Namun ini gambaran kasar. Pemeriksaan lebih detail harus dilakukan.

Pemeriksaan darah untuk mengetahui kepekatan CA-125 dan pemeriksaan CT scan abdomen membantu doktor memastikan jenis ovarian cyst yang berada di abdomen seorang wanita.

Jika ovarian cyst adalah jenis yang tidak merbahaya dan saiznya kecil (kurang 5cm) selalunya doctor tidak melakukan apa-apa kerana ia tidak mendatangkan mudharat kepada wanita hamil dan bayi dalam rahemnya. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound secara berkala untuk mengetahui perkembangan saiz ovarian cyst itu.

Tetapi jika saiznya sudah membesar melebihi 5cm, dikhuatiri cyst itu akan pecah, berdarah atau berpintal. Ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius ketika hamil. Selain menyebabkan ketidakselesaan dalam abdomen, ovarian cyst yang besar boleh memberikan tekanan secara fizikal pada punci kencing dan rahem, seterusnya menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Untuk saiz ovarian cyst yang kecil, pembedahan hanya dilakukan jika doktor mengesyaki ovarian cyst itu adalah jenis kanser.

Apa yang berlaku jika wanita hamil tidak mahu melakukan pembedahan walaupun ovarian cyst telah besar melebihi 5cm, sedangkan beliau tidak mengalami apa-apa masalah ketika hamil?

Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk melakukan pembedahan membuang cyst. Pesakit harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya dan doktor perlu menasihatkan dan memberikan penjelasan lengkap kepada pesakit mengenai risiko-risiko pembedahan dan risiko-risiko jika tidak dibedah. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika umur kehamilan memasuki fasa trimester kedua (selepas 16-20 minggu).

Antara risiko jika tidak dibedah ialah dikhuatiri ovarian cyst yang besar dan tidak dibuang, akan pecah, berdarah atau berpintal (twist). Jika ini berlaku, pembedahan emergency harus dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst pada ovari tetapi berkemungkinan juga terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.

Pembedahan emergency juga mengundang risiko dan komplikasi yang lebih besar. Antaranya ialah reaksi alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan pada organ sekitar rahem.

Antara organ yang mungkin tercedera ialah pundi kencing, usus dan saluran darah. Kerosakan pada saluran fallopian dan rahem juga boleh berlaku.

Selain itu risiko jangkitan kuman selepas pembedahan emergency adalah lebih besar dari pembedahan biasa.  Jangkitan kuman boleh disyaki jika pesakit mengalami rasa bengkak dan sakit pada abdomen, demam yang tinggi, keluar lendiran gelap dan berbau busuk dari faraj atau keluar nanah atau lendiran busuk dari tempat jahitan pembedahan.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan risiko komplikasi yang memberikan kemudharatan yang lebih teruk, selalunya doktor akan mencadang membuang ovarian cyst jika ianya dianggap terlalu besar walaupun ketika sedang hamil.

Namun walau bagaimana pun , nasihat saya berbincanglah dengan doktor yang merawat kerana setiap pesakit tidak mempunyai masalah yang serupa.

Wallahu a’lam..

Rujukan:

  1. Schorge JO, et al. Surgeries for Benign Gynecologic Conditions. In: Schorge JO, et al. Williams Gynecology. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2008.
  2. Mikio N, et al. Perioperative consideration in gynecologic surgery. DeCherney AH, et al. Current Diagnosis & Treatment Obstetrics & Gynecology. 10th ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2007.
  3. Laparoscopy and ovarian cancer: A paradigm change in the management of ovarian cancer? Journal of Minimally Invasive Gynecology. 2009;16:250.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (120911)

Pengalaman pembaca: Saya menjalani pmbedahan laparoscomy dan oophorectomy utk membuang cyst seberat 1.8kg dan ovary kiri yg rosak ketika hamil 22 minggu. Alhamdulillah baby selamat dan kemudian dilahirkan secara cesarean ketika hamil 37 minggu.

  15 comments for “Ovarian Cyst Ketika Hamil

  1. wa teh
    12/09/2011 at 9:29 pm

    ovarian cyst.. Aku pernah mengalami semasa mengandung anakku yg terakhir.. Ovarian cyst dkt dgn appendix.. Dab fibroid dkt dgn pintu rahim.. Alhamdulilah semasa melahirkan anak melalui pembedahan fibroid dan cyst hilang.. (mungkin kecut) dr yg melakukan pembedahan ckp semuanya “miracle” termasuk my bby jua.. Kerana bbyku lahir pra matang tnpa ada masalah.. Alhamdulilah dgn izin Allah jua..

  2. linda
    03/10/2011 at 5:40 pm

    makaseh atas penerangan dr doc……saya ade soalan brp peratus kemunkinan utk mengandung jika ada ovari sebelah kiri?

  3. ros
    17/01/2012 at 11:29 am

    Salam Doktor,
    Saya sekarang hamil 14 minggu. Sebelum hamil saya telah disahkan mempunyai cyst. Kini, cyst tersebut berukuran 6x8cm dan 3x3cm. Dari awal kehamilan, saya mendapat rawatan dari doktor pakar dan temujanji setiap 2 minggu untuk memantau saiz cyst tersebut dan kandungan. Sejak awal kehamilan sehingga kini, saya kerap keluar darah coklat seperti hujung2 period. Kadang2 cecair warna kuning. Doktor tidak pasti sebab pendarahan tersebut dan jika keluar darah merah, doktor sarankan saya segera ke hospital. Pada pendapat doktor, apakah sebab pendarahan tersebut dan risiko kehamilan dengan cyst yang saya alami? Perlukah saya membuang cyst tersebut semasa hamil? Terima kasih.

  4. 19/03/2012 at 11:28 am

    saya sekarang umur 36 tahun .saya ada cyst kiri 5.4cm x 7.1 cm ,kanan 2.2 x 2.8cm. saya akan bedah buang cyst tu pada 10/4/2012. tapi suami saya kata x payah bedah sbb gunakan cara kampung. tapi ekarang saya keluar haid tapi haid saya dah msk 17 hari. tapi yang hairan kan period saya ini keluar sekali dengan ketulan daran mcm jeli. adalah itu cyst yang dah pecah atau mengecil.apakan perlu saya membuang cyst ini atau membiarkan saja.? sekian terima kasih.

  5. alyn
    04/04/2012 at 6:00 pm

    salam…DR,saya pregnt 5 minggu.sye telah mlakukn UPT sebnyk 5x & cek darah untk HCG sekali,sumer +ve..tp sms DR bwt scan x nmpak lg…just DR bg thu lining wall uterus sya menebal..dlm mase yg same bile bwt scan,DR dpt mengesan yg saya mempunyai cyst(4x3x3.8cm).skrng ni saye mengalami pain,ngilu di kwasan tersebut & mengalami pendrahan seperti period tp lbih heavy bersama2 dgn blood clot..bile jmpe DR,DR kate tu normal & dr ckap 50/50 sma ada keguguran @ x…adkah saye mngalami kegugurn DR?ape yg patut saye buat?

  6. rina
    19/04/2012 at 3:15 pm

    Assalam doc. Sejak April 2011, period sy menjadi tidak teratur..bermula dr lewat 3 ke 4 hari skrg kitar haid sy menjadi 62 hari…setiap bulan sy terpaksa ke klinik untuk mengambil ubat untuk period. Period terakhir sy pada 22 feb hingga skrg sy masih belum period. Minggu lepas ada pendarahan yg sedikit berlaku (setitik dua) selama 3 ari beturut2..diikuti dgn rasa mual. Sy sudah ke klinik untuk membuat ujian air kencing dan keputusannye negative. Setelah melalukan ultrasound, doc ada ternampak kantung..kata doc kantung tu lebih kurang usia 5 minggu sekiranya saya hamil. Sy mengalami rs nyilu di bahagian rahim n mual yg teruk.. Persoalannye, adakah sy hamil ataupun kantung itu adalah cyst? sekiranya sy hamil, mengapa ujian UPT negative? boleh kan itu berlaku?

  7. om
    13/06/2012 at 4:06 pm

    As salam doktor saya baru menjalani pembedahan membuang cyst dan sebelah ovari saya juga telah dubuang. Cyst itu yg besarnya dlm 7cm. Sebelum itu lebih kurang 1 tahun yg lalu sya pernah keguguran yg mana hanya keluar darah sahaja dan diada yg lain. Pertanyaan saya adakah keguguran saya di sebabkan oleh cyst itu? Bagaiman cyst ini boleh terjadi dan adakah ianya akan tumbuh balik dan adakah ianya merbahaya? Dan utk pengetahuan doktor cyst saya itu hanya mengadungi air dan terjumpa apabila CT scan dilakukan semasa saya megalami gastrik yg teruk

  8. aishah
    10/07/2012 at 9:42 am

    salam DR…pd thn 2009 sy tlh mnjalani pmbuangn csyt di luar dinding rahim belah kiri ketika itu sy hamil 12 minggu,pd ms itu ukuran cyst sy 7cmx7cm…alhamdulillah pbedahan brjaya dan sy pn slmt bersalin ank pertama..pd bln 11,2011 sy tlh mngandung skali lg ttp semasa DR mbuat ultrasound di dapati cyst sy tumbuh kmbali,kali ni sy mgalami keguguran usia kehamilan 2 bln….pd bln 05,2012 sy telah mngandung semula,cme kali ni sy risau krn cyst saya masih ada lg,mungkin ia mbesar…perlu kah sy mnjalani pembedahan lg utk mbuang cyst? sekrng usia kehamilan sy 2 bulan.

  9. ivy
    06/09/2012 at 11:08 am

    salam dr,..saya hamil baru dalam 3 mggu,pergi scan pun x nampak lagi tapi saya ada cyst yang sebesar 5cm dan doktor kata perlu operate segera cyst saya cepat besar,.adakah kehamilan saya akan gugur semasa operate sbb masih baru sangat lagi,..

  10. mas ayu
    08/10/2012 at 11:33 am

    doktor,adakah cyst boleh mengganggu perkembangan tumbesaran janin?cthnya kandungan 9 minggu dan terdapat cyst berukuran 1.4cm;cyst makin membesar dan didapati degupan jantung bayi semakin lemah dan tumbesarannya susut.apa kesannya terhadap ibu dan bayi jika diteruskan kandungan.mohon pencerahan doktor.tq..

  11. GeeShahAin
    06/12/2012 at 9:41 pm

    Salam doc,sy tak pasti samada positif preggy ke tidak coz bila 3x chexk upt hasilnya positif tapi bila pergi scan doc klinik,kata doc hanya nampak dot tapi kantung baby takde,tapi klu dikira last period ialah pd 08/10/12 & after that hanya keluar cairan berwarna coklat start dr 24/11/12 hingga sekrg…tu yg pelik tu ? Ikut perkiraan doc dan upt yg positif tu sy dh preggy 7 weeks plus tapi yg peliknya takde kantung baby,camner tu doc,adakah sy preggy @pun tidak coz dah 4thn lebih kawin masih belum dikurniakan baby…adakah jln penyelesaian utk sy hamil wlwpun ada fibroid berukuran 2.8cm dan tiup folefion sebelah kanan tersumbat setelah buat ujian HSG di hospital. Harap doc boleh bantu saya.Thanks.

    • 07/12/2012 at 7:34 am

      “Salam doc,sy tak pasti samada positif preggy ke tidak coz bila 3x chexk upt hasilnya positif tapi bila pergi scan doc klinik,kata doc hanya nampak dot tapi kantung baby takde,tapi klu dikira last period ialah pd 08/10/12 & after that hanya keluar cairan berwarna coklat start dr 24/11/12 hingga sekrg…tu yg pelik tu ? Ikut perkiraan doc dan upt yg positif tu sy dh preggy 7 weeks plus tapi yg peliknya takde kantung baby,camner tu doc,adakah sy preggy @pun tidak coz dah 4thn lebih kawin masih belum dikurniakan baby…adakah jln penyelesaian utk sy hamil wlwpun ada fibroid berukuran 2.8cm dan tiup folefion sebelah kanan tersumbat setelah buat ujian HSG di hospital. Harap doc boleh bantu saya.Thanks.”

      DrZubaidi: Wa alaikum mus salam. Agak sukar saya mahu memberikan pandangan dalam hal ini namun saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan darah untuk b-hCG. Jika pemeriksaan darah menunjukkan puan mengalami peningkatan b-hCG yang berganda bermakna puan memang hamil, dan lakukanlah pemeriksaan ultrasound tranvaginal (melalui faraj) yang lebih tepat.

  12. Wahidah
    11/12/2012 at 11:25 pm

    Salam doktor
    Untuk makluman saya mempunyai sejarah keguguran sebanyak 2 kali. Dan kali ini saya hamil 6minggu. Setelah hamil doktor ada memberi injection dan ubt kuatkan rahim ‘duphoston’ sbg langkah untuk mengelak berlaku keguguran kali 3. Masalah saya sekarang ini, saya mendapati ada lendir coklat cair keluar dgn sedikit dan hilang dan selepas itu ia dtg lagi. Saya risau adakah lendir ini adalah petanda sesuatu yg tidak elok atau normal. Kerana saya amat fobia dgn kehamilan yg ketiga ini.. Harap doktor dapat memberi sedikit nasihat dan langkah utk seterusnya..
    Sekian.. Assalamualaikum

    • 12/12/2012 at 8:20 am

      Salam doktor. Untuk makluman saya mempunyai sejarah keguguran sebanyak 2 kali. Dan kali ini saya hamil 6minggu. Setelah hamil doktor ada memberi injection dan ubt kuatkan rahim ‘duphoston’ sbg langkah untuk mengelak berlaku keguguran kali 3. Masalah saya sekarang ini, saya mendapati ada lendir coklat cair keluar dgn sedikit dan hilang dan selepas itu ia dtg lagi. Saya risau adakah lendir ini adalah petanda sesuatu yg tidak elok atau normal. Kerana saya amat fobia dgn kehamilan yg ketiga ini.. Harap doktor dapat memberi sedikit nasihat dan langkah utk seterusnya.. Sekian.. Assalamualaikum

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Keguguran yang berulang haruslah diberikan perhatian oleh doktor untuk mencari puncanya, terutama berkenaan dengan masalah genetik. Lendiran coklat boleh saja disebabkan kehamilan puan atau tanda-tanda mahu gugur. Jadi puan kena jaga pemakanan, rehat yang cukup dan minum air secukupnya.

  13. mas
    30/01/2013 at 9:36 am

    salam Dr. saya lewat dtg haid.
    sy dah ke klinik untuk buat scan sama ada
    sy mengandung atau tak.
    Bila doktor scan, dr. gtau sy ada
    1 kantung yg menandakan sy hamil 7 minggu.
    ada 1 ketul cyst yang kecil dan 1 ketul ketulan yang
    besar bersaiz 9cm. Dr. klinik tersebut telah refer kan sy ke hospital. sy amat risau dan sentiasa fikir apakah ketulan yg besar itu. tolong sy Dr…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *