Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Merawat dan mencegah ruam lampin

Merawat dan mencegah ruam lampin

 

nappy rashes

 

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.”

 

Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.

 

 

Masalah ruam lampin biasa berlaku pada kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.

 

Antara puncanya ialah:

 

a) bayi mempunyai kulit yang sensitif terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi.

 

b) ibubapa menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai pada bayi.

 

c) Adakalanya ‘baby wipe’ tidak sesuai dengan kulit bayi terutama yang mempunyai wangian.

 

d) Bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi secara berulangan.

 

Menggunakan kream sapuan hanyalah untuk menghilangkan krim ruam yang sedia ada. Untuk mengelak masalah ini berulang, saya mencadangkan agar puan:

 

1. Menukarkan lampin bayi dengan kerap dengan memeriksa lampin mereka setiap 2-3 jam.

 

2.Gunakan air yang bersih dan lakukan dengan sempurna ketika membasuh najis bayi terutama nahagian lipatan kelengkang. Bagi bayi perempuan, mulakan basuhan daripada  ‘depan ke belakang’ bagi mengelakkan daripada kuman dari kemaluan belakang menjangkiti vagina.

 

3. Pastikan kulit bayi menjadi kering selepas membasuh kawasan itu dengan mengelap atau memberikan pengudaraan.

 

4. Jika bayi mengalami luka lecetan, boleh gunakan sapuan krim seperti zinc oxide bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman.

 

Puan tidak perlu menyapu  kream pada bayi puan. Dengan mengikuti tip-tips yang diberikan itu,  puan dapat masalah mencegah ruam lampin pada anak puan. Jika ia berlaku berulang kali secara kerap walaupun telah mengamalkan langkah pencegahan ini, saya cadangkan puan membawa anak puan berjumpa doctor.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: