Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Menjaga Luka Episiotomi

Menjaga Luka Episiotomi

Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?”

“Maksud puan, episiotomi kah?”

“Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?”

“Puan rasa sakitkah?”

“Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?”

Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj.

Di kebanyakan negara maju, episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat  tidak lagi mengamalkan episiotomy secara rutin dan hanya melakukannya sebagai pilihan terakhir.

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1973, seramai 31% wanita yang melahirkan anak di hospital di sana tidak menerima episiotomi dan bilangannya menjadi 56% pada tahun 1979. Ini bermakna episiotomy semakin kurang dilakukan.

Saya bersetuju dengan penerangan rakan FB ini. Kemudaratan harus dielakkan. Apatah lagi luka episiotomi sukar dijaga. Namun melakukan episiotomi dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.

Kemudaratan yang lebih besar boleh berlaku ketika bayi mula keluar dari faraj, regangan pada bahagian ini menyebabkan koyakan dan luka berlaku tanpa kawalan. Ini dinamakan perineal tear.

Jika luka ini melibatkan saluran darah, ia menyebabkan pendarahan yang banyak. Luka yang berlaku akibatan koyakan yang tidak dikawal boleh berpanjangan sehingga ke lubang dubur, menyebabkan luka yang besar dari faraj ke lubang dubur.

Oleh itu koyakan yang besar dan pendarahan yang banyak cuba dielakkan dengan menggunting bahagian perineum agar luka ini lebih kecil dan terkawal. Inilah tujuan melakukan episiotomy. Bayi juga dapat  dikeluarkan secara cepat dan selamat.

Sesetengah doktor yang berpengalaman cuba mengelak dari melakukan episiotomi kerana luka ini menyakitkan, boleh menyebabkan rasa sukar membuang air besar dan kencing, serta lukanya lambat sembuh. Ia adalah pilihan terakhir bagi mengeluarkan bayi yang besar, dan sukar dikeluarkan.

Episiotomi boleh dielakkan jika doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi melakukan renggangan pada bahagian faraj. Teknik ini dinamakan ‘vaginal swap’ atau ‘perineal massage’ di mana doktor akan memasukkan dua jari ke dalam faraj dan merenggangkannya. Ini membantu otot faraj menjadi lebih relaks sebelum kepala bayi keluar melaluinya.

Luka episiotomi selalunya akan dijahit bagi merapatkan semua tisu yang telah terkoyak dan ini mempercepatkan penyembuhan luka. Jika wanita yang melahirkan bayi tadi tidak diberikan epidural analgesia, maka doktor akan memberikan suntikan bius pada luka tersebut sebelum menjahitnya. Jika bius yang diberikan tidak mencukupi, beritahulah doktor agar lebih banyak suntikan bius dapat diberikan.

Namun begitu, proses penyembuhan luka episiotomi yang selalunya lebih sukar untuk sembuh kerana kawasan luka itu basah dan ‘lebih kotor’.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan penyembuhan ialah:

  1. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak.
  2. Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.
  3. Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah keringkan. Untuk itu pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.
  4. Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
  5. Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  6. Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak.
  7. Luka episiotomy dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Jika tidak pasti sama ada luka telah sembuh atau tidak, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan setelah habis waktu pantang atau selepas enam minggu dari waktu melahirkan anak.

Apabila telah sembuh dan darah nifas telah kering, maka bolehlah menjalankan hubungan intim bersama suami. Berteruslah terang pada suami jika tidak merasa selesa atau sakit.

Rasa tidak selesa dan rasa kekeringan adalah antara rungutan yang selalu ditanyakan kepada saya. Saya mencadangkan gunakanlah pelincir seperti K-Y Jelly. Ini akan menyebabkan faraj lebih licin dan tidak menyakitkan.

Perasaan tidak selesa ini juga dapat dikurangkan dengan bersikap tenang ketika bersama suami. Mandilah dengan air suam sebelum bersama suami untuk melembutkan otot tubuh dan lakukan mukadimah jimak (foreplay) pada kadar yang lebih lama supaya lendiran faraj keluar secukupnya. Ubahlah kedudukan dan posisi untuk bagi mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa.

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pada faraj dan rahem, saya mencadangkan pengamalan Ekstrak Kacip Fatimah untuk ibu yang lepas melahirkan anak.

Untuk mendapatkan produk Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, boleh  ke laman https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah .

Wallahu a’lam.

Rujukan dan bacaan:

  1. Chang SR, et el. “Comparison of the effects of episiotomy and no episiotomy on pain, urinary incontinence, and sexual function 3 months postpartum: A prospective follow-up study”.
  2. Carroli G, Mignini L. Episiotomy for vaginal birth. Cochrane Database Syst Rev. 2009 Jan 21;(1)
  3. Textbook of Obstetrics by Dr. D C Dutta, 7th edition, 2011.
  4. Thacker S.B., Banta H.D. (1983). “Benefits and risks of episiotomy: An interpretative review of the English language literature, 1860-1980”. Obstet Gynecol Surv 38 (6): 322–38.
  5. Rathfisch G et al. “Effects of perineal trauma on postpartum sexual function.” J Adv Nurs. 2010 Aug 23.
  6. Weber AM, Meyn L (2002). “Episiotomy use in the United States, 1979-1997”. Obstetrics & Gynecology 100 (6): 1177–82.

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

10 comments

  1. Saya pernah ada pengalaman episiotomi ni & luka tak sembuh selama sebulan disebabkan ada lebihan daging terkeluar dari kawasan jahitan. Bayi saya disambut oleh doktor pelatih disebuah hospital kerajaan. Semasa dijahit, saya berasa terlalu sakit sebab tak rasa bius. Saya boleh rasa jarum dan benang lalu melalui isi & kulit hidup-hidup. Memang ngeri dan sakit. Bila saya tahan sakit semasa dijahit, doktor marahkan saya sebab keraskan badan, padahal saya sampai menangis2 kata kat doktor yang saya sakit. Saya ke klinik pakar utk matikan sel yang terkeluar dari tempat yang dijahit & doktor disitu tanya kenapa tidak pergi semula ke hospital tersebut? Maaflah, saya serik & tak sanggup ke sana lagi…

  2. doktor, knp sesetengah hospital kerajan tidak membius pesakit semasa menjahit luka perineum? bukankah itu perlu bg mengurangkan kesakitan dan tekanan perasaan ibu setelah melahirkan?

    • tasya, mmg hospital kerajaan x membius pesakit ke? Kalau saya tahu, tidaklah saya memilih hospital kerajaan sbb mmg tekanan perasaan juga pd saya bila fikirkan balik pngalaman tu. Bila dah ditahan sakit, kena marah pula. Bertambah pula sakit yg lain…sakit hati! Sakitnya dijahit Tuhan saja yang tahu. Lebih sakit dr melahirkan.

    • setahu saya kita akan dibius sebelum proses menjahit dilakukan..saya dah mempunyai 2 org ank dan bersalin di hospital kerajaan, dan tidak akan dibius kalau kita amik epidural semasa proses kelahiran, wallahu a’alam

      • setahu saya kita akan dibius sebelum proses menjahit dilakukan..saya dah mempunyai 2 org ank dan bersalin di hospital kerajaan, dan tidak akan dibius kalau kita amik epidural semasa proses kelahiran, wallahu a’alam

        DrZubaidi: Jika telah mendapat bius epidural, maka tiada suntikan bius di tempat yang hendak dijahit, kerana bius epidural masih berkesan ketika itu.

  3. Saya juga tidak di bius semasa nurse menjahit luka di kawasan faraj…sakit n terase setiap jarum n benang tu.. smp sy merayu.. “cukup la tu nurse….jgn la jahit lagi…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!