Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Hampir kesemua makanan mengandungi histamine. Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asthma diserang asthma, pesakit yang mempunyai kulit yang sensitive akan mengalami dermatitis, urticaria, eczema dan psoriasis.

 

Jadi berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan. Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut, telur, kekacang dan coklat.

 

Tetapi ada beberapa makanan yang sering kita makanan juga mengandungi histamine, tetapi kadarnya terlalu sedikit.

 

Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa memakanan makanan itu sebelum ini.

 

Bagaimana ia boleh terjadi?

 

Sebenarnya kadar histamine dalam sesuatu makanan boleh meningkat apabila sesuatu makanan apabila ia disimpan lama di dalam stor atau peti sejuk.

 

Sebagai contoh, buah-buahan yang belum masak disimpan didalam stor untuk menantikan ia masak, akan mengalami penambahan histamine dalam buah itu. Begitu juga makanan yang telah diproses akan mengalami penambahan histamine jika ia disimpan lama dalam peti sejuk.

 

Semakin lama sesuatu makanan yang diproses disimpan menghampiri tarikh luput, dikhuatiri kandungan histaminenya semakin meningkat. Oleh itu orang yang sensitive terhadap histamine harus meninggalkan makanan seperti ini.

 

Daging lembu dan seumpamanya yang segar mengandungi kandungan histamine yang sangat rendah. Namun apabila ia diproses, kandungan histamine menjadi lebih tinggi akibat pengumpulan biogenic amines dalam daging itu. Apabila ia disimpan di dalam peti sejuk, kandungan histamine semakin bertambah tinggi.

 

 

Begitu juga daging ikan. Ikan yang segar mempunyai kadar histamine yang rendah, tetapi daging yang tidak segar dan mulai busuk akan mempunyai kandungan histamine yang tinggi akibat kehadiran bakteria.

 

Begitu juga dengan ikan yang dimasinkan, dipanggang dan diperam akan mempunyai kadar histamine yang tinggi. Semakin lama ia disimpan, semakin tinggi kadar histamine dalam daging ikan itu.

 

Alahan ini akan menyebabkan seseorang individu akan mengalami masalah penghadaman seperti ceret beret, sakit kepala dan ruam kulit.

 

Antara makanan-makanan yang mungkin mempunyai kandungan histamine yang semakin tinggi ialah:

 

  1. Alcohol, terutamanya red wine,  white wine, beer dan champagne.
  2. Ikan yang diperam dan disalai termasuk kicap yang berasakan ikan. Antara ikan-ikan itu ialah ikan tuna, ikan sardine, ikan mackerel, ikan bilis, ikan keli dan ikan salmon.
  3. Pizza yang mengandungi daging sosej yang dibakar.
  4. Daging yang diproses dan disalai seperti salami, ham, bratwurst dan bacon
  5. Sayur-sayuran yang diperam
  6. Sayur-sayuranyang ditinkan seperti tomato, , avocado dan cendawan.
  7. Beberapa jenis buah-buahan: strawberries, pisang, batik, kiwi, nenas, mangga, anggur, prunes merah
  8. Kacang pea, cashews, walnuts
  9. Kicap soya, tomato dan cili
  10. Cheese/Keju
  11. Mustard
  12. Coklat/cocoa
  13. Coffee, black tea
  14. Ubat-ubat tertentu seperti N-Acetyl Cysteine (untuk melegakan lendiran di tekak), Cimetidine (untuk peptic ulser disease-gastrik), Amino guanidine (untuk diabetic neuropathy), Isoniazid (untuk rawatan TB)

 

Alahan tidak berlaku kepada semua orang dan bergantung kepada individu. Nasihat saya bagi pesakit yang biasa mengalami alahan, tidak kira asthma, eczema, allergic rhinitis, harus berhati-hati dengan makanan-makanan yang disebutkan itu.

 

Wallahu a’lam.

 

2 comments

  1. assalammualaikum doktor, apakah perbezaan ekzema dengan alergik sesuatu makanan. tq

  2. zaidatul husni

    salam dr terima kasih diatas penerangan ni….. cuma saya nak tahu bila dalam cuaca yang sejuk @ tempat yang berhabuk boleh menyebabkan alergik juga ke….selain dari pemakaaan ade kah cara lain…..

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: