Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

herb

 

 

“Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet.

 

Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor.

 

Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan doctor dan hanya bergantung pada suplemen atau herba ini.

 

Bagitu juga dengan wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi. Pastikan produk yang mereka ambil selamat untuk diri dan anak dalam rahem.

 

Seperti ubat-ubatan doctor, produk herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan kesan sampingan , mencetuskan tindak balas alahan, atau berinteraksi dengan ubat-ubat doctor atau dengan produk herba dan makanan tambahan yang lain.

 

Kesan sampingan atau interaksi dengan ubat lain atau makanan tambahan boleh membuat keadaan kesihatan puan menjadi yang lebih teruk .

 

Cara makanan tambahan yang dihasilkan mungkin dikeluarkan oleh pengeluar yang berbeza. Oleh kerana itu, pastikan pengeluar produk itu mengamalkan amalan pengilangan yang baik dan menjaga kebersihan dan keselamatan produk yang dikeluarkan.

 

Selain bagi vitamin dan mineral, kesan-kesan jangka panjang bagi produk herba dan makanan tambahan tidak diketahui secara terperinci dan perlu mendapat nasihat doktor.

 

Wa allahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: