Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

 

ObeseKids

 

Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular.

 

Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan.

 

Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

 

Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal.

 

Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi kalori.

Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu, natrium, dan tinggi kolesterol manakala vitamin pula lebih rendah daripada makanan lain.

 

Kita seharusnya mengelak memberikan makanan segera ini kepada anak-anak kita.

 

Tidak hairan sekarang ini remaja dan orang dewasa bermusia 20an mula menghidap penyakit diabetis, hypertension dan sakit jantung kerana sejak kecil lagi ibubapa telah menjamu anak mereka dengan makanan segera sebegini.

 

Jika kita sayangkan pada anak-anak kita, bawalah makan ke restoran yang lebih sihat atau masak sendiri hidangan yang lazat.

 

Jika tidak, penderitaan anak kita kelak adalah berpunca dari sikap kecuaian kita memberikan makanan terbaik untuk mereka.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: