Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Makan Durian Ketika Hamil

Makan Durian Ketika Hamil

As salam mu alaikum  doktor..

Saya sedang hamil 5 bulan. Saya mahu bertanya boleh ke wanita hamil makan durian? Nampak macam kelakar je soalan ini, tetapi saya hendak tahu sebab ramai orang kata kalau sedang hamil tidak elok makan durian sebab durian itu panas..

Terima kasih

 

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian ini.

 

Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

 

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

 

 

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

Durian juga boleh mengahasilkan banyak gas dalam perut dan usus. Ini boleh menyebabkan wanita yang hamil mengalami kembung perut dan loya.

Jadi kesimpulannya, boleh makan 2 ulas durian sehari dan berhati-hati jika ada kesan tidak elok, segera berjumpa doktor.

 

2 comments

  1. kalau maggi mcmana? :)

  2. terima kasih menjawab soalan saya :)

    -julie-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top