“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.”
Wa alaikum mus salam.
Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya percaya ketulan pada payudara kiri saudari hanya ketulan fibroadenoma yang tidak berbahaya dan menyebabkan kanser payudara.
Jika kanser payudara, selalunya dalam masa enam bulan saja, berlaku kerosakan pada payudara kerana kanser bersifat sangat agresif dan memusnahkan dalam jangka masa kurang enam bulan.
Menurut saudari, ketulan itu mula disedari sejak dari sekolah menengah lagi. Ini mengesahkan bahawa ketulan itu hanya ketulan fibroadenoma dan bukannya ketulan kanser yang berbahaya.
Ketulan fibroadenoma adalah ketulan pada tisu payudara. Ia tidak menyebabkan kesakitan walaupun jika dipegang. Bilangannya boleh melebihi satu dalam satu masa.
Sebagai contoh, bilangan ketulan fibroadenoma boleh berada pada belah payudara dan pada masa yang sama terdapat satu lagi ketulan fibroadenoma pada pada belah yang satu lagi.
Ketulan fibroadenoma biasa terjadi pada wanita yang berusia 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. Doktor mungkin akan mengambil sedikit tisu dari ketulan payudara itu, bagi mengesahkan diagnosis.
Walau bagaimana pun, pengambilan tisu pada payudara adalah satu prosedur yang menyakitkan dan memberikan bekas parut pada kulit payu dara.
Jadi selalunya doctor akan mencadangkan ketulan ini dibuang jika terlalu besar, lebih kurang 5cm atau ketulan payudara ini menyakitkan. Tisu ketulan fibrodenoma yang telah dibuang akan dihantar ke makmal untuk pengesahan diagnosa.
Setelah dibuang, ketulan fibroadenoma boleh berulang. Ini bermakna walaupun seorang wanita itu telah membuang ketulan fibroadenoma dengan cara pembedahan, ia boleh muncul semula pada payudara belah yang sama atau pada belah yang satu lagi.
Selalunya doctor tidak memberikan apa-apa ubat untuk merawat atau mencegah kehadiran ketulan fibroadenoma.
Jika merasa sakit dan tidak selesa, doctor akan menasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit jika benar-benar perlu kerana ketulan fibroadenoma jarang menyebabkan kesakitan.
Ketulan fibroadenoma selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.
Saya mencadangkan agar menggunakan suplemen herba Ekstrak Kacip Fatimah bagi mengelakkan kehadiran semulan ketulan ini atau mengecutkan saiz ketulan ini, terutama jika ketulan ini kurang dari 3cm.
https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah
Namun begitu, jika ketulan ini berlaku pada wanita yang berusia 40an, pemeriksaan yang lebih teliti harus dilakukan. Ini kerana dibimbangi ketulan tersebut bukannya ketulan fibroadenoma tetapi ketulan yang disebabkan oleh kanser payudara.
Jadi saudari tidak perlu risau. Saya hanya mencadangkan pembedahan pembungan ketulan fibroadenoma itu jika ia mengganggu rutin hidup saudari atau menyebabkan rasa sakit.
Nota: Artikel ini tidak boleh dikongsi/diulangsiar untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran dari pihak kami.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz