Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang

Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kerosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis”

Wa alaikum mus salam.

Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.

Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Tubuh mudah letih

-Mudah penat dan semput apabila membuat kerja lasak

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.

-Darah keluar bersama-sama air kencing.

-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.

-Sakit belakang.

-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.

-Bengkak pada pergelangan kaki dan mata.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan darah iaitu pemeriksaan fungsi ginjal (renal function test). Pemeriksaan ini murah dan boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta untuk mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang atau ginjal.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!