Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

ubat 2

 

“Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan puan.

 

Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.

 

Keputihan yang berlaku boleh jadi disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin pada saluran fallopian puan sehingga menyebabkannya tersumbat.

 

Jadi kesukaran puan untuk hamil mungkin disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat akibat jangkitan kuman penyakit kelamin yang mungkin dikesan apabila puan mengalami keputihan.

 

Oleh itu, saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan lengkap. Jika puan agak tidak berpuas hati dengan penjelasan seorang doctor, puan boleh mendapatkan penjelasan dan pemeriksaan dengan doctor yang lain.

 

Antara pemeriksaan yang membantu mencari punca keputihan ini ialah pemeriksaan Pap’s smear dan pemeriksaan darah bagi mengesan punca jangkitan kuman penyakit kelamin itu.

 

Dengan melakukan pemeriksaan pap smear, doctor dapat mengenal pasti jangkitan kuman dan ubat yang sesuai diberikan.

 

Jika keputihan disebabkan oleh jangkitan kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syphilis,  atau gonorrhoea, akan menyebabkan saluran peranakan puan rosak dan mengalami kesukaran untuk hamil.

 

Jangkitan kuman ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin akibat suami atau isteri yang melakukan hubungan seksual lebih dari satu pasangan.

 

Wanita yang mengalami jangkitan kuman ini juga boleh mengalami rasa demam, sakit perut berserta keputihan yang busuk, berwarna kuning atau hijau dan sangat gatal.

 

Selain itu punca keputihan yang biasa berlaku ialah candidiasis, vaginosis bacterial atau trikomoniasis. Ia dapat dirawat dengan mudah berbanding dengan jangkitan penyakit kelamin itu.

 

Selain menyebabkan sukar hamil, jika tidak dirawat dengan betul ini, masalah keputihan yang teruk ini akan menjejaskan hubungan suami dan isteri. Suami biasanya tidak selesa apabila mengalami kegatalan pada zakar apabila selesai mengadakan hubungan seksual dengan isteri. Lendiran faraj juga berbau busuk.

 

Ada kalanya penyakit ini sukar dirawat kerana punca jangkitan penyakit dari suami yang tidak mahu dirawat, masing melakukan hubungan seksual rambang, dan tidak memakan ubat seperti yang dijadualkan,

 

Rawatan masalah keputihan ini boleh diberikan sama ada berbentuk kapsul antibiotik atau ubat-ubatan berbentuk pessary yang dimasukkan ke dalam faraj.

 

Saya juga mencadangkan puan mengamalkan suplemen vitamin C dan E serta ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi membantu merawat keputihan dan kecederaan pada saluran peranakan puan akibat jangkitan kuman itu.

 

Untuk info lanjut boleh didiapati di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top