Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Dos Vitamin C yang dibenarkan?

Dos Vitamin C yang dibenarkan?

Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat  label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru

Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg.

Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia.

“Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004.

Walau bagaimana pun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan yang ialah 100 milligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2,000 milligrams) sehari bagi orang dewasa yang sihat.

Bagi manusia yang sihat, pemakanan yang seimbangkan selalunya mengandungi vitamin C yang mencukupi, sementara wanita hamil, lelaki perokok, dan individu yang bekerja dalam keadaan yang lebih stress memerlukan dos yang lebih tinggi sedikit.

(Milton, K (2003). “Micronutrient intakes of wild primates: are humans different?”. Comparative Biochemistry and Physiology – Part A: Molecular & Integrative Physiology 136 (1): 47–59).

Jika mengambil dos yang tinggi, selalunya individu tersebut akan mengalami ceret-beret akibat kesan osmotic yang ada pada vitamin C. Oleh jika seseorang itu mengalami ceret beret setelah mengambil vitamin C 100mg, maka dos yang lebih rendah dicadangkan.

Saya mencadangkan bagi sessiapa yang ingin mengambil vitamin C sebagai suplemen agar mengikut dos yang dicadangkan dicadangkan di Amerika Syarikat.

Individu Dos yang dicadangkan (mg/hari)
Lelaki dewasa (lelaki) 90
Lelaki sewasa (wanita) 75
Had maksima yang dibenarkan (lelaki dan wanita) 2000

Bagi perokok, dos yang dicadangkan ialah penambahan 45mg dari dos yang dicadangkan.  Kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun, tidak dibenarkan untuk mengambil dos melebihi 400mg. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun pula tidak harus mengambil vitamin C tidak melebihi 650mg. Kanak-kanak berumur 9 hingga 13 tahun tidak harus mengambil vitamin C melebihi 1200mg,

Bagi wanita hamil dan menyusukan anak pula, dos yang dicadangkan ialah 85mg sehari dan tidak harus mengambil 1000mg sehari.

Wallahu a’lam.

3 comments

  1. Assalam Dr,

    Sy sdg menggunakan Vit C organic 500mg. Pengambilan yg di cdngkan adalah 2 biji sehari, tetapi sy hanya ambil 1 biji sebelah pagi shj. ade perubahan dr mslah resdung dan hidung tersumbat sy berkurangan. Pertanyaan sy adakah ini akan mendatangkan mslh pd msa akan dtg? kerana sy juga menjual pd rakan2. Dan ade mendgr mitos yg mngatakan pengambilan vit c tidak bolh mkn udang dlm qty yg berlebihan kerana ada fakta kematian, hidung dn telinga berdarah, adakah itu betul DR?

    Terima kasih, harap dr dpt membalas email sy di lilaatan@yahoo.com.my

    Rungsing
    Pn.Lila

  2. untuk wanita awal 20an bole x amik vit c 500mg sehari?

  3. Assalam Doc,

    Saya juga sedang menggunakan vit c organic 500mg. Umur saya 54 tahun. Saya ambil 1 biji sehari. Apa kah dos ini sesuai untuk saya. Atau bolih kah saya ambil selang sehari. Saya mengambil vit ini kerana saya ada mengidap resdung. Gatal2 kulit. Kulit kusam dan berjeragat. Saya kurang ambil buahan cuma beberapa jenis sayuran.

    Harap Doc dapat memberi penjelasan atau email saja kepada saya.

    Terima kasih.

    Pn Nora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!