Demam Campak boleh berulang?

chicken pox

Sebelum ini ramai doktor dan ibubapa yang menganggap bahawa jangkitan virus varicella yang menyebabkan penyakit chickenpox hanya akan berlaku sekali seumur hidup.

Jika seorang kanak-kanak telah dijangkitan virus ini semasa kanak-kanak, bermakna beliau telah mempunyai daya tahan penyakit yang mampu mengelakkan jangkitan virus yang sama untuk kali kedua.

Namun baru-baru ini, banyak kes di mana kanak-kanak dijangkiti oleh penyakit chickenpox beberapa kali.

Adakah ini bermakna tanggapan para doctor selama ini bahawa jangkitan chickenpox hanya berlaku sekali saja seumur hidup tidak boleh digunakan lagi?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya, kenapa demam campak boleh berulang-ulang? Anak saya berumur 3 tahun dan sudah 3 kali dijangkiti demam campak. Adakah saya tidak memberikan apa-apa suntikan vaksin yang diwajibkan kepada kanak-kanak?”

Baru-baru ini dalam jornal Pediatric, 2002 baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang mendapati bahawa beberapa pesakit yang pernah dijangkiti Chickenpox, boleh dijangkiti oleh virus itu semula.

Kajian yang dilakukan oleh Dr Susan Hall dari University of North Carolina di Amerika Syarikat mendapati 13% kes chickenpox yang dilaporkan dalam tahun 1999 berlaku jangkitan semula kepada pesakit yang pernah dijangkiti virus yang sama.

“Doktor, bagaimana jangkitan kali kedua boleh berlaku? Agaknya sebab lepuhan pada kulit tidak habis keluarkah”

Mulanya saya sendiri sebagai doctor tidak percaya bahawa jangkitan ini boleh berulang. Mungkin ada kesilapan semasa doctor memeriksa pesakit buat kali pertama.

Selalunya diperhatikan bahawa kes-kes yang melibatkan jangkitan kedua ini biasanya berlaku pada pesakit yang dijangkiti chickenpox kali pertama ketika masih bayi atau kanak-kanak dan jangkitan ini tidak terlalu teruk.
Chickenpox biasanya didiagnosa secara klinikal, dan tidak dibuktikan secara pemeriksaan darah. Jika doctor yang pertama tidak memeriksa dengan teliti, berkemungkinan bahawa doctor itu tersilap dengan penyakit yang serupa dengan penyakit chickenpox.

Penyakit Chickenpox disebabkan oleh virus varicella dikumpulkan bersama virus herpes dan virus-virus yang lain. Oleh itu jangkitan virus-virus yang lain dalam kumpulan yang sama mampu memberikan bertindakbalas yang serupa seperti virus varicella. Simptom dan tanda yang sama pada kulit dialami oleh pesakit.

Selain itu, berkemungkinan juga semasa jangkitan virus varicella yang pertama tidak dapat melengkapkan daya tahan pesakit sepenuhnya.

Ini bermakna tubuh pesakit tidak mendapat rangsangan yang cukup dari serangan virus varicella buat kali pertama. Maka ia tidak membentuk kadar antibodi yang cukup tinggi untuk mengelakkan jangkitan kedua.

Dalam satu laporan lain pula, kanak-kanak yang telah disuntik dengan vaksin chicken pox juga mempunyai kebrangkalian untuk diserang untuk kali kedua, bergantung kepada keberkesaan suntikan vaksin yang digunakan. Suntikan vaksin itu mungkin tidak lagu berkesan jika melepasi tarikh luput, atau vaksin itu rosak.

Wallahu a’lam.

SOURCE: Pediatrics 2002;109:1068-1073.

Leave a Reply

error: Content is protected !!