Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Darah Nifas

Darah Nifas


Definisi

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Tempoh Nifas

Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .

Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:

  • 1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata:“Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
  • 2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  • 3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
  • 4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.

Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Bersalin Caesar

Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keguguran

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.

Tiada nifas

Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.

Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).

Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.

Darah yang Keluar sebelum melahirkan

Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keadaan-keadaan Nifas

  • 1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • 2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
  • 3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.

Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)

Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.

sumber: SOLUSI

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ektrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim dan faraj.

 

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

6 comments

  1. saya mgalami drh nifas agak lama sehingga hpir 40 hari wlaupun kadang stop 2 hari kmudian ada semula.Mungkin sebab anak ke 5 atau sebab saya push baby secara kuat semasa bersalin kerana rahim saya tinggi dan kepala baby tak spai ke pintu rahim masa nak bersalin wlaupun bukaan dah sepenuhnya.Anak2 sebelum ini tidak pernah mgalami masalah sperti ini..

    • saya mgalami drh nifas agak lama sehingga hpir 40 hari wlaupun kadang stop 2 hari kmudian ada semula.Mungkin sebab anak ke 5 atau sebab saya push baby secara kuat semasa bersalin kerana rahim saya tinggi dan kepala baby tak spai ke pintu rahim masa nak bersalin wlaupun bukaan dah sepenuhnya.Anak2 sebelum ini tidak pernah mgalami masalah sperti ini..

      Dr Zubaidi: Alhamdulillah, puan dikurniakan anak yg ramai.

  2. salam..dr..saya ada beberapa soalan..saya berumur 24tahun..bersalin normal..kelahiran pertama..sekarang saya berpantang pada hari ke 39..jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32..pada tempoh awal berpantang saya sembelit namun dapat buang air besar selepas hari ke 20..darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat..pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan..dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana kemari(kereta dipandu suami) namun saya masih berjalan dengan tertib dan tidak terkena hujan mungkin tempias sahaja..keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah..(2jam tuala wanita dah penuh)..dan terasa sedikit sengal-sengal dibahagian pinggang..ketika ini sya mula terfikir tentang BENTAN yang sering dikatakan..adakah rahim saya jatuh dan berlakunya pendarahan?harap doktor dapat bantu memberikan pendapat..terima kasih..

    • salam..dr..saya ada beberapa soalan..saya berumur 24tahun..bersalin normal..kelahiran pertama..sekarang saya berpantang pada hari ke 39..jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32..pada tempoh awal berpantang saya sembelit namun dapat buang air besar selepas hari ke 20..darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat..pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan..dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana kemari(kereta dipandu suami) namun saya masih berjalan dengan tertib dan tidak terkena hujan mungkin tempias sahaja..keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah..(2jam tuala wanita dah penuh)..dan terasa sedikit sengal-sengal dibahagian pinggang..ketika ini sya mula terfikir tentang BENTAN yang sering dikatakan..adakah rahim saya jatuh dan berlakunya pendarahan?harap doktor dapat bantu memberikan pendapat..terima kasih..

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat bahawa darah nifas puan semakin banyak akibat puan melakukan pergerakan. Sebab itu saya tidak menggalakkan seorang wanita yang baru bersalin untuk berbaring saja di atas katil. Beliau harus melakukan sedikit pergerakan dengan berjalan-jalan di sekitar bilik, setakat yang mampu. Ia sangat bagus untuk mengeluarkan darah yang berbaki.

      Walau bagaimana pun, pendarahan yang berbahaya selalunya berlaku dalam masa 24-48 selepas melahirkan bayi kerana rahm tidk mengecut dengan baik selepas bayi dikeluarkan. Tandanya ialah darah merah bersama dengan darah beku yang berketul-ketul yang sangat banyak. Keadaan ini mungkin mengancamnya.

      Pendarahan seperti yang diceritakan oleh puan selepas sebulan melahirkan anak, bukanlah suatu yang merunsingkan. Darah itu akan berkurangan kerana ia adalah darah baki berada dalam rahem. Jika ia berterusan beberapa hari, puan boleh ke klinik berhampiran untuk melakukan pemeriksaan.

  3. assalmualaikum dr..
    sy ada kemuskilan tentng drh nifas ni… sy bersalin normal baru2 ni… ank pertama pd 14 mac 2013… adakah normal drh nifas berhenti selepas dua minggu bersalin? apa yg sy tau.. drh nifas ni keluar sehingga hbs berpntng… pling tidkpn sebuln… adakh norml tu dktr?

    • assalmualaikum dr..sy ada kemuskilan tentng drh nifas ni… sy bersalin normal baru2 ni… ank pertama pd 14 mac 2013… adakah normal drh nifas berhenti selepas dua minggu bersalin? apa yg sy tau.. drh nifas ni keluar sehingga hbs berpntng… pling tidkpn sebuln… adakh norml tu dktr?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Darah nifas yang minima ialah satu hari dan yang panjang (mengikut ulama Syafie) adalah 60 hari. Jadi darah nifas boleh berhanti selepas dua minggu. Jika selepas 15 hari, darah keluar itu dinamakan darah haid. Sementara jika belum cukup 15 hari masih lagi dinamakan darah nifas.

      menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas. (USTAZ AHMAD ADNAN FADZI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!