Clomid: Bukan Ubat Ajaib untuk Kesuburan

Baru-baru ini saya melayari internet untuk mengetahui berapa banyak artikel-artikel tentang kesuburan di dalam Bahasa Melayu, di samping melihat berapa ramai pelayar yang lain sudi membaca artikel saya.

Apa yang saya jumpa adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi saya kerana saya terjumpa satu forum ringkas yang membincangkan kesuburan dan clomid.

Topik kesuburan bukanlah topik eksklusif doktor perubatan. Ramai pengamal alternatif lain yang membincangkannya. Sehingga ada juga bomoh-bomoh yang menawarkan ‘mandi bunga’ agar mudah untuk “melekat” di halaman sesawang mereka.

Namun bila berbicara tentang clomid, satu ubat di dalam perubatan moden, saya minta puan-puan berhati-hati. Walaupun ianya dikira agak selamat dan mempunyai kesan sampingan yang sangat kurang, namun apabila pengambilannya tidak dimonitor oleh para doktor, bimbang berlaku kesan sampingan yang puan-puan tidak sedari.

Kesan sampingan bagi setengah wanita tidaklah teruk. Ia biasanya menyebabkan rasa panas, payudara membengkak dan sakit, loya dan mood swings. Ianya akan hilang apabila clomid berhenti diambil.

Namun begitu terdapat 10% kemungkinan untuk mendapat lebih dari seorang anak akibat rangsangan berlebihan pada ovari menghasilkan beberapa follicle yang mengandungi ovum.

Satu yang perlu saya tekankan ialah Clomid digunakan hanya apabila terdapat masalah ovulasi, tetapi tidak akan berkesan jika ada masalah lain seperti saluran fallopian yang tersumbat. Ini kerana telur yang keluar dari ovari tidak dapat disenyawakan oleh sperma.

Clomid hanya sesuai jika wanita itu mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, atau kitaran haids yang anovulatori. Clomid akan merangsangkan ovari untuk menghasilkan follicle yang mengandungi ovum. Apabila tiba masa yang sesuai, follicle itu akan pecah dan mengeluarkan ovum.

Ianya juga digunakan untuk merawat penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS) berkaitan dengan ketidaksuburan.

Oleh itu jalan sebaiknya ialah pastikan saluran fallopian itu tidak tersumbat kemudian barulah menggunakan clomid dengan pemerhatian dan nasihat doktor.

Clomid seharusnya tidak dijual di farmasi tanpa preskripsi doktor. Namun cara menggunakannya haruslah mengikut arahan doktor. Ini memudahkan doktor yang dipertanggungjawabkan ini meneliti semula kesan yang diberikan kepada pesakit.

Berbalik kepada laman sesawang yang saya jumpa tadi. Oleh kerana forum itu terlalu terbuka dan perbincangan detail mengenai clomid dikongsikan oleh ramai pembaca, elok juga saya sebutkan dos ubat ini, untuk membetulkan kesalahan mereka.

Biasanya Clomid 50 mg, diambil selama lima hari, dari hari ke 3 hingga hari ke 7. Namun ada yang mengambilnya selama seminggu dan ada yang mengambilnya selama dua minggu. Ini adalah kekeliruan apabila cuba mengubati diri sendiri.

Jika dos 50 mg tidak berkesan, bolehlah tingkatkan dos atas arahan doktor . Namun jika dos diberikan itu mencapai 150mg atau lebih selalunya ianya tidak berkesan lagi.

Berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan, Clomid menyebabkan 80% wanita mengalami ovulasi dan 45% dari mereka hamil dalam masa enam kitaran haids.

Namun begitu jika telah berusaha lebih dari enam kitaran haids, dan masih tidak hamil, perlu cari alternatif lain. Ini disebabkan kerana berlaku “Clomid Resistance” .

Clomid Resistance berlaku kepada masalah anovulasi atau tidak mengalami ovulasi ini adalah berkaitan dengan masalah PCOS atau kegemukan atau Hyperprolactinaemia. Oleh itu masalah-masalah ini haruslah diperbetulkan dan dirawat dulu sebelum clomid diberikan.

Selain mengalami masalah PCOS yang kompleks, wanita itu juga mengalami insulin-resistance diabetes mellitus dan hyperandrogenic (tahap hormon DHEA dan hormone testosterone yang tinggi) , kegemukan BMI > 25, dan hyperprolactinemia.

Bagi wanita yang mengalami PCOS, rawatan dengan Metformin yang biasa diberikan kepada pesakit kencing manis, membantu untuk selama 3-6 bulan sebelum mencuba Clomid semula. Metformin akan membantu mengurangkan insulin-resistance dan ianya juga membantu dalam masalah clomid-resistance secara tidak langsung.

Masalah kegemukan juga antara penyebab clomid tidak berkesan. Jika seorang wanita mempunyai BMI melebihi 25, disamping masalah ovulasi, doktor  akan menasihatkan agar mengurangkan berat badan. Penurunan berat badan sebanyak 10% akan menyebabkan wanita itu mudah untuk hamil tanpa mengambil mana-mana ubat. Bagi yang mengalami hyperprolectinemia pula, ianya dirawat dengan ubat Bromocriptine.

Terdapat juga kes di mana clomid tidak memberikan kesan yang dikehendaki. Ianya bukan disebabkan clomid-resistance, tetapi disebabkan pemberian ubat clomid tidak memberikan cukup kesan bagi follicle untuk mengeluarkan (menetaskan) ovum.

Ujian ultrasound menunjukkan perkembangan follicle yang baik dan mengandungi ovum namun tiada LH surge yang tinggi yang menyebabkan ovulasi. Doktor akan memberikan suntikan ubat hCG yang akan menyebabkan follicle itu pecah dan mengeluarkan ovum.

Terdapat juga cara lain iaitu dengan memberikan suntikan yang mengandungi hormone gonadotropin sama ada diikuti dengan teknik IUI. Ianya mahal tetapi lebih berkesan dari clomid.

Jadi kesimpulannya clomid bukanlah ubat ajaib bagi semua masalah kesuburan. Jika seorang wanita itu gagal hamil setelah dua tahun berkahwin, dia tidak boleh terus mendapatkan clomid di farmasi tanpa berjumpa doctor dan mengetahui masalah ketidaksuburan mereka.

Ada juga yang menyangka bahawa clomid tidak berkesan pada mereka, pada hal keadaan clomid-resistance itu perlu dirawat dahulu. Begitu juga adakalanya clomid tidak memberikan kesan yang secukupnya. Dalam keadaan itu clomid telah merangsangkan perkembangan follicle tetapi gagal menetaskannya (mengeluarkan ovum dari ovari).

Wa allahu a’lam.

 

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (050910)

http://www.facebook.com/drzubaidi

  58 comments for “Clomid: Bukan Ubat Ajaib untuk Kesuburan

  1. julina
    30/10/2010 at 4:58 pm

    terima kasih utk maklumatnya…saya dah ada 2 anak tapi ingin nak anak lagi…anak yg bongsu 6 thn lebih..kitaran haid luarbiasa sejak belum kahwin lagi(kadang2 2,3 ,5 @ 1 thn sekali)anak 1 ambil pil subur ,anak ke 2 biasa…soalannya boleh ke saya terus ambil clomid tanpa jumpa pakar….thanks

  2. yuki Lan
    26/11/2010 at 1:54 pm

    Macmana untuk meningkatkan kesuburan memandangkan saya da 2 tahun kahwin tetapi masih blum dikurniakan cahaya mata. sebagai makluman saya belum pernah mengambil sebarang ubat kesuburan..mohon cadangan puan

  3. kaede
    03/12/2010 at 11:31 pm

    Sya telah mengambil ubat subur Ova-mit 50mg atas nasihat doktor. scan yg prtama (pd hr ke11 kitaran haid)telur sya cuma ada 1 dan saiz telur cuma brsaiz 12. slps 3hr, scan ke2 menunjukkan saiz telur masih kekal sama.
    sya mempunyai kitaran haid teratur selama 31-33hr. Sya tlh mnjalani smua ujian kesuburan kecuali HSG, hasil ujian sya x mmpunyai mslh. Suami jg tlh mmbuat ujian dan kptsnnya jg bagus. Doktor telah menasihatkan sya utk mengambil ubat subur melalui suntikan utk period yg akan dtg ttapi x nyatakan namanya. Doktor jg akan mengambil darah sya utk diuji smula.. Mengapa telur sya x mmbesar sedangkan hormon sya x mmpunyai mslh??.. Apakah sbnrnya mslh yg sya hadapi..

  4. fara
    29/12/2010 at 9:52 pm

    saya sudah berumahtangga selam 3 tahun tapi masih belum mendapat anak, kitaran haid saya sekitar 29, 30 dan 31 hari. saya sering mengalami senggugut tahap sederhana. apakah ubat yang sesuai untuk saya hamil?

  5. Suria
    19/01/2011 at 12:32 pm

    Salam, baru-baru ni saya ada terbaca dlm suratkhabar ttng kesan pengambilan ubat Clomid belah menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut,dan org yg paling berisiko adalah wanita yg mengambil ubat tersebut dan yang menjalani rawatan iui. Kalau tak salah saya nama sakit tu css,maaf saya cuba cari balik suratkhabar yang saya baca ari tu tp x jumpa,klu tak salah saya paper ari isnin 17hb jan 2011. Harap dapat bg info tentang perkara/penyakit tersebut.

  6. 28/02/2011 at 12:06 pm

    dalam pernikahan… yg normal dalam berapa bulan baru boleh hamill…

  7. 16/03/2011 at 7:22 pm

    Salam doc,

    Saya mengalami masalah PCOS yang setiap bulan mengeluarkan telur/ folicle tetapi tidak menetas. Setiap bulan saya akan haid tepat cycle 28 hari tetapi hanya 3 hari sahaja. Saya ingin tahu sekiranya ada ubat lain yang dapat meransang untuk folicle fractured dan keluar ke salur filopian? Saya tahu suntikan hcg atau gonadotrophine dapat membantu tetapi suntikan tersebut tidak boleh dilakukan oleh mana-mana klinik tanpa rawatan kesuburan samada dalam proses membuat iui, ivf, atau icsi. Jadi, adakah ubat yang lain yang boleh meransang LH surge suoaya follicle boleh fracture?

  8. farida
    12/04/2011 at 12:02 pm

    saya berumur 46 tahun, telah pun mempunyai anak 4 orang dengan suami pertama. telah berkahwin kali kedua masih tidak mempunyai anak. Kewajarannya saya telah berusia amat sukar untuk mendapat anak lagi kerana faktor usia.
    Tapi saya benar2 beharap doktor dapat membantu saya atau memberi pandangan cara bagaimana untuk memperolehi anak lagi. Suami saya inginkn zuriatnya.

    • admin
      18/04/2011 at 10:40 pm

      Oleh kerana soalan puan bersifat khusus dan peribadi, saya cadangkan puan pergi ke ruangan Tanya Doktor. Puan digalakkan memberikan komitmen kepada Dr Zubaidi untuk mendapatkan sesi konsultasi. Soalan puan bakal dijawab oleh beliau dgn secepat yang boleh sbg membalas komitmen puan. Terima kasih.

  9. salbyah
    04/05/2011 at 4:11 pm

    Assalammualaikum doc,

    saya dah b’kahwin selama hampir 5 tahun..bru 4 bulan lepas buat lapo utk buang cysts, kemudian baru 2minggu lepas menjalani IUI..sy suka baca artikel2 doc, dan sy harap doc boleh terangkan secara t’perinci segala yg b’kaitan IUI..terima kasih..

  10. ming-ming
    28/05/2011 at 7:02 pm

    saya dah kawen 3 thn.3bln pertama kawen saya ambil suntikan depoprovera.tetapi tak sesuai kerana membuatkan saya period setiap hari.jadi saya bertukar kepada pil regividon.sekarang dah masuk setahun saya berhenti pengambilan pil perancang kerana bercadang untuk hamil tetapi gagal hamil.apa tindakan yang harus saya lakukan.

  11. anis
    07/06/2011 at 2:54 pm

    Dr, sy telah mempunyai 2 org yang berusia 14 thn dan 10 thn. kini saya telah berkawin untuk kali kedua. saya lebih tua dr suami sy 5 tahun. kami telah kawin 1 thn lebih. sy masih belum mengandung lg.. adakah sbb faktor umur atau kesuburan. Buat pengetahuan dr. sy tidak mempunyai masalah tentang segugut atau sebagainya.. ‘period’ saya dtg tepat pd harinya antara hari ke 25-30. Dr. boleh ke sy makan ubat kesuburan untuk membantu sy mengandung. harap dr. dpt membantu sy. terima kasih dr.

  12. tiez
    15/06/2011 at 10:11 am

    saya dah mempunyai 2 org anak lelaki, yg sulung umur 9 tahun dan yang kecik berumur 5 tahun. saya ingin mempunyai anak lagi. baru-baru ni doktor pakar bagi saya ubat clomid…bila saya makan..ada kesan la..seperti pening dan badan rasa letih sangat2…saya nak tanya doktor…kenapa saya jadi macam tu ye ?

    • admin
      17/06/2011 at 10:20 am

      Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan saudari. Saya cadangkan saudari pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu saudari juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

  13. aida..
    16/06/2011 at 10:08 am

    sy dh kwin sethun lbh tp tdk ada tanda2 lg nk hamil.haid sy xtentu.kdg2 2,3bln x period.test tdk lekat pun.sy tringin sgt nk ank.mcmane doctor bleh selesai kan masalah sy?

    • admin
      17/06/2011 at 10:09 am

      Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan puan. Semoga puan tabah menghadapi dugaan. Masalah puan sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan puan pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu puan juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

  14. alin
    16/06/2011 at 5:45 pm

    saya ada masalah kesuburan.. baru2 ni buat rawatan HCG dan doktor bagi clomid. tapi masih tidak hamil dan tidak datang haid… saya susah hati.. jadi apakahrawatan yang berlu saya lakukan lg?

    • admin
      17/06/2011 at 10:06 am

      Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan puan. Sudahkah puan berbincang dengan doktor yang merawat puan? Sekiranya puan inginkan pendapat Dr Zubaidi, saya cadangkan puan pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus memberi komitmen dalam menguruskan blog ini. Selain itu puan juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

  15. syamsiah amirullah
    27/06/2011 at 1:52 pm

    salam,dr.saya tlah berkawin slma 2tahun,blum di kurniakan cahaya mata.saya keliru apa itu ubat clomid?

    • tiez
      08/07/2011 at 4:11 pm

      Syamsiah, maaf la mencelah…ubat clomid tu ubat subur. tujuan untuk mematangkan telur dalam ovari kita. Saya dah makan tp bila doktor check, tgk telur tu tak matang gak. Saya memg tak tahan makan ubat tu..jadi pening.

      • nur amiroh
        07/02/2012 at 10:47 pm

        maaf mencelah..sy pon dulu mkn clomide tp telur tak matang.kemudian doktor suruh mkn letrozole..alhamdulillah telur itu matang.skrg tgh tggu sma ada sy berjaya hamil atau tidak

  16. sue
    06/07/2011 at 12:53 pm

    salam dr.sy ada seorg anak berusia 7 thn.selama 5 thn sy cuba utk hamil kali kedua ttp gagal.period regular kitaran 25-30 hari.kdg2 ada senggugut teruk.dah buat pemeriksaan kesuburan dan didpti tiada mslah kesuburan, tiub fallopian clear kecuali sy ada cyst size 3 cm (sjk hamil pertama).tp smpi skrg sy msih gagal hamil.kenapa ye dr?terima kasih.

  17. Fisa
    04/08/2011 at 12:55 pm

    Saya sudah lebih 3 tahun berkahwin masih belum dikurniakan anak dan disini saya ingin berkongsi tips yg membuatkan saya mengandung dalam masa sebulan (14hari) saya mengamalkan memakan kapsul royal jelly sebiji sehari dr hari pertama period hingga waktu ovulasi. Kemudian saya minum segelas besar jus grapefruit slps mkn mlm. Dan selepas waktu ovulasi bolehlah memakan kapsul wild yam ia menghasilkan prostregon yg membantu telur yg disenyawakan melekat pd dinding rahim. Lelaki pula blh mengamalkn vit c, zink tablet dan meminum jus buah delima.. Cubalah insyaallah berkesan.

  18. mis tres hermanas
    04/08/2011 at 5:19 pm

    assalamualaikum doktor,

    Saya mmpunyai seorg cahayamata (stlh hmpir 2 thn mncuba). Selepas mndpt anak yg pertama saya x prnh mngambil pil perancang krn inginkan cahayamata ke-2 tp hgga skrg, anak saya sudah berumur 4 thn saya masih blm boleh hamil. Period sy mmg slalu x menentu & sy prnh mncuba mkn Gingko Biloba bg melancarkan darah dlm bdn ttp masalah lain pula tmbul bila period saya dtg tnpa henti (dlm kuantiti byk & berketul2)-period sy dtg seminggu kmdian berhenti seminggu & dtg semula sehingga 2-3 mggu. Slps period saya brhnti masih ada 2-3 titis darah bercmpur lendir yg keluar & berlanjutan setiap hari.
    Saya pnh brjmpa pakar sakit puan, tp tiada apa2 masalah. Skrg saya trpaksa mgmbil ubat menahan period (Norcutin) bg menghentikan seketika period (utk mnjalankan ibadat puasa). Doktor ada brkata kpd saya yg mgkin akan mngganggu sekiranya saya ingin mndapatkan anak selepas ini. Betulkah dgn mngambil pil tersebut saya akan sukar mengandung? Apa kesan2 lain yg bakal saya hadapi?

  19. Ashah
    16/09/2011 at 9:41 am

    Assalamualaikum doktor,
    Saya sudah 9 tahun berkahwin…tapi masih blum ada rezeki menimang cahaya mata…2 thn perkahwinan sy mengandung tetapi kandungan gugur pada usia 2 bln setengah…lps itu sy buat IUI 4 kali…semasa rawatan itu saya ada diberi clomid…tp semua rawatan itu tidak berhasil…pd 2010 saya buat ICSI…2 embrio dah dimasukkan…tidak berhasil jugak….2011 sy masukkan lag 2 freez embrio..tp tiada rezeki jgk….semasa rawatan ICSI, selepas masukkan embrio doktor ada bagi hormon…doktor tanya sama ada sy rasa meloya atau pening kesan hormon itu….saya tidak rasa loya atau pening…adakah saya alami resist kepada ubat hormon?

  20. hidayah
    23/09/2011 at 3:51 pm

    Salam…sy dah kawen 2 tahun tp blum dikurniakan cahaya mata….sy dah membuat ujian darah dan mendapati tahap progestron sy tinggi hampir menyerupai orang hamil…tp sy masih belum hamil ketika itu…harap doc. dapat membantu sy ape yg perlu sy lakukan..

  21. Siti
    27/09/2011 at 10:47 am

    salam,
    saya ada 1 org anak yg berumur 6 tahun dan pernah menlahirkan anak ke 2 dgn normal tetapi anak saya meninggal kerana sakit kuning yg teruk,2 thun kemudian mgandung ank ke 3,bersalin dengan memasukkn ubt induce atas arahan doc & masa tu kandungan bru masuk 6 bulan ini kerana anak saya ada maslah kepala yg di penuhi air dan jantung terlalu kecil..selepas bersalin anak saya meninggal sejam kemudian.
    sekarang masuk 1 tahun tak mengandung saya minta nasihat doc,lgpun kitaran haid saya tidak menentu..doc memberikan saya ubat clomid iaitu dengan memakan hari kedua haid selama 5 hari saja..boleh ke doc bgtau kebarangkalian saya hendak dapat anak kembar boleh ke?sy memang teringin nak anak memandangkan saya sudah kehilangan 2 wira..

  22. Diana Renee
    12/10/2011 at 12:36 am

    Ass….doctor SAYA Ada mempunyai 3 org Anak. Yang pertama berumur 15 tahun Dan kedua 8 tahun kembar semua lelaki. Boleh SAYA bertanya doctor SAYA teringin sang at Anak perempuan….boleh tak SAYA terus makan ubat clomid tu SEPERTI biasa. Dahulu SAYA makan ubat tersebut 2 hari Haid selama 5 hari, ubat itu berkesan bagi SAYA UNTUK Kali pertama mendapat Anak Dan yang kedua, tetapi kedua SAYA mendapat kembar. SAYA ingin makan semula Tampa berjumpa doctor adakah boleh???

  23. Atiq3587
    18/11/2011 at 12:52 pm

    Salam doctor, sudah 5 tahun saya berkahwin, saya memang susah untuk mengandung, saya dapat sorang anak dalam masa 1 1/2 tahun, kini anak saya sudah berusia 3 tahun 1 bulan, selepas saya melahirkan anak, saya terpaksa buat rawatan DNC kerana saya mengalami pendarahan yang banyak selepas seminggu melahirkan disebabkan seketul uri kecil tertinggal didalam, doktor juga tidak memberi tahu saya mengapa ia terjadi, mungkin disebabkan kecuaian @ sebaliknya. Masaalah sekarang setelah 3 tahun berlalu saya tidak dapat mengandung lagi hingga kini, saya sudah berusaha berkali~kali tapi gagal, hingga hari ini saya terbaca artikel doctor mengenai clomid, bolehkah saya mengambilnya?
    Saya juga suka minum kopi kacip fatimah (power root), adakah ini juga mengganggu untuk saya mengandung?Kitaran haid saya juga tidak teratur,setiap bulan mungkin berlaku pada awal bulan, tengah bulan & akhir bulan. Bagaimana untuk saya mengetahui kesuburan saya & pada waktu bila…saya buntu & rasa tertekan sekarang…

  24. zarin
    18/11/2011 at 1:42 pm

    Sy sudah mpunyai anak 3 org..last bsalin 13 thn lps.
    ini pkawinan sy yg ke-2 dan ingin penpunyai cahaya mata
    lagi..skrg berumur 43 thn..haid sy kdng lwat 5-7 ari..
    sy baru mgambil pil subur-clomid..
    sblom ini tak pernah mgambil pil subur..adakah bole?

  25. azura
    18/11/2011 at 1:53 pm

    salam…doc, saya pernah mengambil clomid atas arahan doktor,sampai 6 cycles sy dah stop pengambilan clomid, last bulan 8, tp skrg sy mengalami dimana payudara sy mengeluarkan air jernih, adakah itu salah satu kesan dr clomid?

  26. walid-ummi
    05/12/2011 at 11:10 am

    salam, doktor.. perkahwinan kami telah masuk tahun ketiga dan masih belum dikurniakan anak. kami telah bersetuju utk menjalani rawatan kesuburan di LPPKN memandangkan kos rawatan pusat swasta adalah lebih mahal. masalahnya skrg, sy telah menjalani semua ujian. hanya tinggal satu sahaja lagi ujian iaitu bg pihak suami. namun sehingga kini, masih belum nmpak tanda2 yg suami saya bersetuju utk meneruskan ujian tersebut setelah cubaan pertama pada jun tempohari gagal dilaksanakan. sy masih berharap agar suami mahu teruskan ujian tersebut kerana di LPPKN, consultation bersama doktor tidak akan diteruskan selagi semua ujian tidak complete. apa saranan doktor? terima kasih..

    • drzubaidi
      05/12/2011 at 8:18 pm

      Wsalam. Saya tertanya-tanya adakah langkah yang puan ambil untuk ke LPPKN adalah langkah bersama suami-isteri. Saya mengharapkan agar puan bertanyakan kepada pihak suami apakah dia sudah bersedia atau belum. Pemeriksaan di pihak suami tidak sukar, hanya pemeriksaan air mani. Jika suami tidak mahu berbincang secara orang dewasa, saya rasa usaha puan menjadi sia-sia. Apatah lagi kesuburan wanita semakin berkurang dengan penambahan umur.

      Banyaklah berdoa semoga Allah membuka hatinya untuk bersama-sama menghadapi dugaan yang diberikan.

  27. az
    06/12/2011 at 11:36 am

    salam..sy dh berkahwin bln 11 thn lepas.sy mgalami mslh period xstabil..2 3 bln br period.so sy g jumpe doc,n doc bg pil clomid.so mkn obt tu 5 hari dh period..cukup2 kitaran period 28 hari sy kluar period blk..tu tanda xmengandung.doc pesan jumpe dia if period.then sy g jumpe n doc bg pil clomid lg..last period sy adlh 2/11/11,so sampai skrg xperiod lg dh lebih dr 28 hari kitaran.g cek2 upt,ada 2 line.n g jumpe doc..doc kate mgandung..tp mcm kompius..mkn ubt clomid ni blh mgandung ke?ada kesan pape x?

  28. hani
    12/12/2011 at 5:20 pm

    Assalamualaikum Dr.
    Saya dah 4 Tahun berkahwin, pada tahun 2011 saya disahkan mengidap cyst… Pada bulan 5, saya membuat pembedahan bagi membuang cyst.. Namun sehingga kini saya masih belum ada tanda-tanda untuk hamil.. kitaran haid saya baik dan saya juga tidak mengalami senggugut yang teruk seperti sebelum pembedahan… Saya sangat tertekan, dan saya tak tau ape langkah yang perlu yang lakukan.. Adakah saya masih ade peluang untuk hamil??

  29. waniey
    10/01/2012 at 1:30 pm

    salam doc,sy telah mengambil colmids utk 3 cycle tp masih juga blm pregnant,sy ingin tahu adakh clomid yg sy mkn ini ada kesan smpingan kerana sejk sy mengambilnya sy mengalami sakit kepala yg berpanjangan,bolhkh doc membntu sy,sy juga telh 3 thn berkhwin,umur sy sekrg 31 thn mnakala suami 49 thn,suami sy juga ada mengambil ubat utk mengawal tekanan darah tggi (perinace) adakh ubat yg diambil oleh suami sy itu memberi kesan terhadap kesuburanya,jika ia apakh cr yg harus kami lakukan utk mendptkn zuriat kami sendiri..

  30. akmar
    11/01/2012 at 7:36 pm

    salam dc…bru2 ni sy telah disahkan oleh dc yg sya penghidap pcos…dc bg sy metformin n ubat perancang YAZ…utk pengetahuan dc,sy sudah mempunyai seorg anak yg berusia 11 bulan…sy juga mengambil masa 11 bulan untuk mengandungkan anak pertama…masalah utama sya ialah period sy tidak teratur…berat badan saya juga bertambah dengan mendadak selepas berkahwin..soalan sy,adakah metformin berbahaya utk sy?apakah fungsi ubat perancang YAZ yg dc berikan kepada sy?
    dc,tolong la sy kerana sy masih buntu samasada mahu mkn ubt metformin dan YAz

  31. ielana
    13/01/2012 at 3:22 pm

    slm sy nk tya akhir tahun lps sy ada m’gambil ubat hormon & kesuburan ada kah sy perlu tuk menerus kn nya?tuk p’getahuansy dah b’kahwin hampir 7 tahun…
    saya pernah melaku kn rawatan IUI tetapi tak b’hasil…
    ingin kan pendaoat doc sama ada saya perlu tetus kn pengambilan pil horman & kesuburan

  32. Mas
    24/01/2012 at 1:04 pm

    Salam doktor.saya da brumah tangga slama 5thn,umo sy 28thn.stelah sy bc info dr doktor.sy da buat checkup dhospital slama 2thn(2008-2010)kputusnnye doktor suggest sy buat IVF.cz da 6cycle sy lalui,tp ovum ttp xbesar.klu di ikutkn BMI sy 23.5..apa pendapat doktor?

  33. myra
    22/03/2012 at 12:56 pm

    salam doktor…sya baru berumur 19 thun…..sya ada mslah datang haid x teratur…..sya jarang sekali datang haid…..dalam tahun ni sya belom datang haid lagi…..last sya dtang haid pada hujung bulan september 2011……nk ckap sya ni bebas x pulak…….sya risau sngat2……dah la hujung tahun ni sya akn berkhawin…..apa yg ptot sya lakukan agr kitaran haid sya mula teratur….

  34. Teh
    01/04/2012 at 4:31 pm

    As Salam doc…
    sy dh kawen 3 thn..sy skarang tgh buat rawatan kt pakar.sy ada masalah period yg tidk teratur,obesiti,pcos,hormon lelaki telebe dlm bdn & sel telur tidak matang yg banyak…saluran fallopian sy Alhamdulillah tidak tersumbat….skarang doktor bg sy mkn metformin & diane…sy tgh usaha nk turun berat bdn..bleh ke sy tidak perlu mnjalani operation buang telur yg tdk matang..sbb sy takut nk operate…adakah peluang untuk sy hamil kalau tidak mnjalani operation trsebut?….. Tolong bg pendapat ye dok…thanks!

  35. syan
    13/04/2012 at 10:13 am

    salam dr.

    saya menghidap hyperprolaktin, dan ada gangguan period…
    saya nak tau berapa paras prolaktin yang normal? dan ubat apa yang perlu saya ambil?
    adakah paras prolaktin yg tinggi akan menyebabkan mandul?

  36. 18/04/2012 at 9:36 am

    salam doktor,sy telah pun berkahwin selama 3 thun dan masih belum dikurniakan cahaya mata.untuk pngetahuan doktor, sy ader berjumpa dengan pakar sakit puan. dan doktor tersebut akan bekalkan sy ubat metformin. sy nak tanye, apa fungsinya ubat tersebut untuk hamil?

  37. nujnan
    10/05/2012 at 12:48 pm

    Salam….saya menghadapi masalah kitaran haid yang tak tetap. Saya mempunyai seorang anak yang telah berusia 11 tahun. Saya pernah mengalami keguguran sebanyak 3 kali…apakah yang saya harus lakukan untuk mendapatkan anak lagi.

  38. atie
    25/05/2012 at 9:57 am

    Salam. Saya ingin tahu apakah risiko yang berlaku jika seseorang itu disahkan oleh doktor terdapat simple cyst pada breast dan mengambil ubat kesuburan (herba)demi untuk mendapatkan zuriat? Terima kasih.

  39. Nurul
    11/06/2012 at 2:17 pm

    Salam doc, saya telah berkhawin hampir 7tahun namun belum dikurniakan zuriat. At list dc telah mengesahkan saya menghidap Pcos, namun bila doc chek BMI saya bawah 25. Dc bg metmofin, namun saya makan makin bertambah berat badan saya. Sy stop makan ubat tu dan saya berdiet mengikut kesesuaian, dan ada penurunan. Yang terbaru nie doc ada memberi saya clomid dan asid folik tu serta metmofin tu doc menyarankan untuk meneruskan. Saya kuathir bila saya mengambil semula metmofin tu akan menjadikan berat badan saya meningkat semula, tp atas arahan doc saya perlu mengawal pemakanan. Perlu ke sy meneruskan metmofin tu doc?

  40. sue
    24/06/2012 at 11:38 pm

    salam doktor saya dah mendirikan umahtangga nie dah8 tahun teringin sangat nk mempunyai anak , tapi masalah sya tentang peroid saya yang tidak teratur dan juga masalah obesiti…saya ada juga baca etika -etika tentang clomid nie …boleh ke kalo saya mkn clomid nie tanpa datang period ? adakala nye period saya x kuar selama 6-7 bln .dan terpaksa mkn ubat untuk keluar kan period, tu yang masalah saya sekarang ….kalo wat rawatan kat hospital nie dah merata saya berubat.kadang2 dah malas nk layan tentang period nie .saya harap sangat doc dapat bantu saya …..

    • 25/06/2012 at 12:50 am

      Wsalam. Sudah puan membuat pemeriksaan lengkap terhadap kesuburan puan suami dan isteri. Cara terbaik ialah melakukan pemeriksaan yang betul. Memang clomid tanpa dipantau oleh doktor sangat merbahaya.

  41. Iza
    29/07/2012 at 1:51 pm

    Slm doctor,
    Saya berumur 25 tahun, belum berkahwin.Saya mempunyai sindrom PCOS haid tak teratur, paling lame pun 2 hari je….keadaan ni dah berlaku 2 tahun sejak saya mengalami kenaikan berat badan 10kg dari berat yg asal, terdapat bulu roma lebat ditangan, kaki, 2 helai rambut di dagu….Buat mase sekarang saya ambil EPO…tetapi keaadaan masih macam biasa…Berapakah kos rawatn untuk kembalikan ke aras normal?Apakah jenis rawatan yang perlu diambil…Terima kasih

    • 29/07/2012 at 3:05 pm

      Slm doctor,
      Saya berumur 25 tahun, belum berkahwin.Saya mempunyai sindrom PCOS haid tak teratur, paling lame pun 2 hari je….keadaan ni dah berlaku 2 tahun sejak saya mengalami kenaikan berat badan 10kg dari berat yg asal, terdapat bulu roma lebat ditangan, kaki, 2 helai rambut di dagu….Buat mase sekarang saya ambil EPO…tetapi keaadaan masih macam biasa…Berapakah kos rawatn untuk kembalikan ke aras normal?Apakah jenis rawatan yang perlu diambil…Terima kasih

      Wa alaikum mus salam… PCOS haruslah didiagnosakan oleh doktor dan selalunya tidak mengganggu kesihatan seseorang, kecuali kitaran haids yang tidak teratur dan masalah kesuburan. rawatan dapat dilakukan di klinik pakar sakit puan.

  42. kirana
    29/07/2012 at 8:49 pm

    Saya nak mengunakan clomid di manakah harus says mendapatkanya

    • 02/09/2012 at 6:59 pm

      Saya nak mengunakan clomid di manakah harus says mendapatkanya

      DrZubaidi: ubat ini harus diambil dengan preskripsi doktor.

  43. aien
    01/08/2012 at 8:24 pm

    Assalamualaikum..doc

    sy bru je tahu tentang clomid ni dan bru sje m’baca atikel2 ttg clomid..sy bru 1thn 4bln kawen..sy x pnh jmpe mner2 doc utk check kesuburan lg..sy xtau apa masalah sy.. Kitaran haid sy teratur..tetapi selepas 6 ke 8 bulan kitaran haid sy akn berubah tarikh..misalnye sblum ni kitaran haid sy pada setiap 9hb, ia akan teratur shinggalah smpai 1 thp ia akn berubah tarikh pda 25hb pada bulan depannya di situ sy lewat 16hari dan ia akan teratur setiap bulan pd 25hb dn seterusnye..adakah ia teratur atau pun ada masa2 tertentu kitaran haid mmg akan berubah tp dalam jarak yg jauh sperti 8 ke 9 bln.. Seperkara lagi..bolehkah sy mengambil clomid ni tanpa nasihat doc.. Saya risaukan ada kesan sampingan yg sy tidak ketahui….

    • 02/08/2012 at 3:34 pm

      Assalamualaikum..doc sy bru je tahu tentang clomid ni dan bru sje m’baca atikel2 ttg clomid..sy bru 1thn 4bln kawen..sy x pnh jmpe mner2 doc utk check kesuburan lg..sy xtau apa masalah sy.. Kitaran haid sy teratur..tetapi selepas 6 ke 8 bulan kitaran haid sy akn berubah tarikh..misalnye sblum ni kitaran haid sy pada setiap 9hb, ia akan teratur shinggalah smpai 1 thp ia akn berubah tarikh pda 25hb pula..dan seterusnye..adakah ia teratur atau pun ada masa2 tertentu kitaran haid mmg akan berubah tp dalam jarak yg jauh sperti 8 ke 9 bln.. Seperkara lagi..bolehkah sy mengambil clomid ni tanpa nasihat doc.. Saya risaukan ada kesan sampingan yg sy tidak ketahui….

      DrZubaidi: saya keliru dgn penerangan puan mengenai kitaran haids. Saya cadangkan puan berjumpa doktor untuk menerangkannya. Mengenai clomid, memang ada kesan sampingan yang bahaya jika diambil tanpa nasihat doktor.

  44. ila
    01/09/2012 at 6:05 pm

    salam…doc sy dah berkahwin 2 thn lebih..saya telah alamai 2 kali keguguran..keguguran yang pertama sy tidak mengetahui yg sy mengandung..selepas 3 bulan sy mengandung kali kedua tetapi selepas usia kandungan 3 bulan sy perlu DNC kerana kandungan tidak berkembang..setelah DNC sehingga sekarang sy belum mengandung dan telah setahun lebih..ubat clomid pun sy makan lebih dari 4 bulan tp belum ada lg hasilnya..

    • 02/09/2012 at 6:49 pm

      salam…doc sy dah berkahwin 2 thn lebih..saya telah alamai 2 kali keguguran..keguguran yang pertama sy tidak mengetahui yg sy mengandung..selepas 3 bulan sy mengandung kali kedua tetapi selepas usia kandungan 3 bulan sy perlu DNC kerana kandungan tidak berkembang..setelah DNC sehingga sekarang sy belum mengandung dan telah setahun lebih..ubat clomid pun sy makan lebih dari 4 bulan tp belum ada lg hasilnya.

      Wsalam. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan. Insya ALLAH usaha yang betul dan doa akan membuahkan hasil..

  45. nur
    22/11/2012 at 10:18 pm

    Assalamualaikum dok..saya dah berkahwin hampir 4 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi..saya & suami dah buat check up..saya mengalami masalah telur tak matang..saya pernah makan clomid kali pertama pada tahun 2010 & kali kedua pada feb 2012..tapi saya msh tak berjaya jgk utk mengandung..saya kecewa sgt2 & buntu..ada apa2 kaedah @ penyelesaian lain yg dpt membantu saya?perlu ke saya utk berjmpa doktor pakar yg sama & ambik clomid lg?

    • 23/11/2012 at 10:34 am

      Assalamualaikum dok..saya dah berkahwin hampir 4 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi..saya & suami dah buat check up..saya mengalami masalah telur tak matang..saya pernah makan clomid kali pertama pada tahun 2010 & kali kedua pada feb 2012..tapi saya msh tak berjaya jgk utk mengandung..saya kecewa sgt2 & buntu..ada apa2 kaedah @ penyelesaian lain yg dpt membantu saya?perlu ke saya utk berjmpa doktor pakar yg sama & ambik clomid lg?

      Wa alaikum mus salam. Saya mencadangkan puan mengira hari subur puan berdasarkan kitaran haids puan dulu. Beri tempuh selama tiga bulan. Jika tidak Berjaya puan boleh menjalani pemeriksaan hormone. Mohon berikan nama penuh, umur, bandar kediaman, dan kitaran haids puan semenjak Jan 2012 hingga sekarang untuk saya kira hari subur puan. Boleh hantar ke email saya drzubaidiahmad@gmail.com Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *