Bolehkah wanita hamil makan sushi?

“Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya tentang wanita hamil yg suka makan sushi. sy diberitahu, bahawa wanita hamil tidak boleh makan ikan mentah. sejak kebelakangan ini saya yg hamil 6 bulan suka makan sushi. adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kesihatan? saya terfikir bagaimana pula dgn org jepun, adakah wanita mereka tidak makan sushi ketika hamil? selalunya saya akan ke restaurant jepun yg halal atau ke ISETAN utk membeli sushi dimana sy rasa mereka menyediakan makanan yg bersih dan halal. Harap doc dapt memberi pencerahan dan informasi. terima kasih.”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Susah saya hendak menyatakan sama ada makanan Jepun Sushi itu berbahaya atau tidak. Ini bergantung kepada bagaimana makanan ini disediakan.

Jika sushi ini disediakan dari ikan yang disejukbekukan, mungkin ia tidak mendatangkan bahaya.

Jika tidak, ia mungkin dijangkiti oleh parasite yang dinamakan cacing anisakis yang menyebabkan wanita dan bayi dalam rahem akan mengalami kekurangan nutrient.

Jangkitan cacing ini dinamakan “anisakiasis” yang menyebabkan seorang wanita yang hamil itu mengalami muntah dan lemah badan, sakit perut yang kuat, dan ceret-beret.

Di Jepun sushi disediakan menggunakan daging yang telah disejukbeku kerana proses sejukbeku akan membunuh cacing ini dan menyebabkannya selamat untuk dimakan.

Selalunya ikan yang hendak disediakan sebagai makanan sushi akan disimpan dalam petisejuk beku yang bersuhu -20 degre C selama sekurang-kurangnya 24 jam supaya cacing ini dapat dibunuh.

Jika makanan ini disediakan dengan betul, keseluruhan menu makanan seperti ikan, ketam dan udang selamat dimakan oleh wanita yang hamil.

Walau bagaimana pun saya mencadangkan agar wanita yang hamil mengambil makanan yang dimasak sempurna bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan parasite.

WA ALLAHU A’LAM

Leave a Reply

error: Content is protected !!