Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

baby and father

 

Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.

 

Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.

 

Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”

 

Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah itu bagi menggambarkan struktur morfologi spermanya tidak normal. Bentuknya berbeza, tidak serupa dengan sperma yang normal.

 

Sebenarnya istilah yang biasa dalam dunia perubatan digunakan ialah “teratospermia” atau “teratozoospermia”. Ini terjadi apabila pemeriksaan airmani mendapati sebanyak lebih 40 % sperma dalam air mani mempunyai bentuk yang tidak normal.

 

Teratozoospermia

 

Sperma yang normal mempunyai kepala yang berbentuk lonjong dan ekor yang panjang. Kepala yang berbentuk lonjong membantu sperma bergerak ke hadapan menuju ovum dan menembusi lapisan luar telur  ovum apabila telah sampai ke ovum. Sementara ekor yang panjang membantu pergerakan sperma yang laju menuju ke  hadapan mendapatkan ovum.

 

Bayang jika terdapat kecacatan pada kepala dan ekor sperma. Ini akan menggagalkan usaha sperma untuk bergerak laju menuju ke ovum dan sperma gagal menembusi lapisan luar ovum. Akhirnya menyebabkan sperma dan ovum tidak dapat dipersenyawakan dan kehamilan tidak berlaku.

 

Para saintis tidak mengetahui dengan tepat punca berlakunya teratospermia, tetapi banyak kajian mendapati lelaki yang mempunyai penyakit Hodgkin’s disease, coeliac disease, dan Crohn’s disease mempunyai kaitan rapat dengan masalah teratospermia.

 

“Jadi maknanya lelaki yang mempunyai sperma yang cacat atau teratospermia tidak boleh mendapat zuriat kerana sperma dan ovum tidak disenyawakan?”

 

Kehamilan sebenarnya boleh berlaku, tetapi dengan bantuan. Ini kerana banyak kajian yang mendapati bahawa lelaki teratospermia hanya mempunyai masalah struktur sehingga menyebabkan sperma tidak mampu bergerak ke hadapan dan menembusi lapisan luar ovum. Persenyawaan akan berlaku jika sperma yang ‘çacat’ itu dapat sampai ke ovum dan menembusi lapisan itu.

 

Ada dua cara untuk mengatasi masalah ini.

 

Pertama dengan menggunakan teknik “intracytoplasmic sperm injection” (ICSI), iaitu menyuntikkan sperma terus ke dalam ovum menggunakan jarum khas. Ini bermakna doctor akan membantu sperma masuk ke dalam ovum bagi proses persenyawaan berlaku.

 

ICSI

 

Apabila persenyawaan telah berlaku, maka janin kecil yang dinamakan “blastocyst” akan terbentuk tanpa masalah.

 

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam satu jornal perubatan, menunjukkan persenyawaan yang menggunakan teknik ICSI bagi membantu lelaki yang mempunyai masalah sperma yang cacat, telah Berjaya menghasilkan kehamilan yang tinggi.

(rujuk: Does severe teratozoospermia affect blastocyst formation, live birth rate, and other clinical outcome parameters in ICSI cycles? Dan B. French, M.D., Edmund S. Sabanegh Jr., M.D., James Goldfarb, M.D., Nina Desai, Ph.D., H.C.L.D. Fertility and Sterility, Volume 93, Issue 4 , Pages 1097-1103, 1 March 2010.)

 

Ini bermakna lelaki yang mempunyai sperma yang cacat masih berpeluang menghamilkan isteri mereka dan mendapatkan cahaya mata mereka sendiri.

 

Walau bagaimana pun teknik ICSI adalah teknik yang hanya dapat dilakukan oleh pakar embryologist yang mahir dan kos sangat tinggi.

 

Cara kedua ialah dengan mengamalkan suplemen-suplemen seperti yang menghasilkan sperma-sperma yang sihat dan berkualiti.

 

Antara suplemen yang diperlukan ialah:

  1. Vitamin C: yang mempunyai sifat antioxidant yang menghalang kecacatan sperma.
  2. L- Carnitine: yang meningkatkan metabolism sperma yang menyebabkan sperma mampu bergerak dengan lebih laju. Ia juga meningkatkan kepekatan sperma dan bilangan sperma.
  3. Selenium: yang memperbaiki pergerakan sperma dan membantu pembentukan sperma yang normal.
  4. Zinc: yang sangat penting bagi pembentukan sperma yang normal. Kebanyakan kecacatan sperma disebabkan oleh kekurangan elemen zink dalam tubuh lelaki.

 

proxeed plus

 

Suplemen-suplemen ini boleh didapati dalam Proxeed Plus. Pertanyaan dan pesanan boleh dibuat di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: