Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Bolehkah bayi gunakan bedak?

Bolehkah bayi gunakan bedak?

 

baby powder

 

“Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat , selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati.

 

Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma.

 

Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak.

 

Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun  banyak kajian telah mengkaji hal ini dan mendapati ia tidak benar.

 

Tuala lembut yang kering dapat mengeringkan bayi selepas mandi. Serbuk bedak juga tidak melindungi bayi terhadap ruam lampin.

 

 

Saya lebih mencadangkan agar para ibu tidak menggunakan serbuk bedak ini jika mereka mengalami asthma kerana bimbang ia juga menjadi punca anak mereka mendapat asthma.

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!