Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Berhati-hati menggunakan PONSTAN.

Berhati-hati menggunakan PONSTAN.

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami.

 

Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’.

 

Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya.

 

Ponstan mempunyai bahan aktif  yang bernama ‘mefenamic acid’. Ia yang berada dalam kumpulan Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Ponstan dipasarkan dengan dua jenis: Ponstan 250mg yang biasanya dalam bentuk kapsul berwarna biru kehijauan muda dan kuning keputihan sementara Ponstan 500mg berwarna kuning dan berbentuk lonjong.

Ponstan diberikan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan dan bengkakan akibat radang (inflammation) yang disebabkan oleh :

  1. Sakit otot dan sendi eg terseliuh, sakit pinggang, rheumatism
  2. Untuk mengurangkan sakit akibat patah tulang atau tulang beralih (dislocation)
  3. Sakit gigi
  4. Sakit kepala
  5. Senggugut

 

Ponstan d apat digunakan dengan selamat kerana ia tidak menyebabkan ketagihan, tetapi ia harus diambil secara berhati-hati kerana boleh menyebabkan alahan (allergy), terutama pada pesakit yang pernah mengalami alahan pada aspirin atau ubat penahan sakit (NSAID) yang lain.

 

Tanda-tanda alahan yang biasa dialami ialah kesukaran bernafas dan menyebabkan asthma, bengkakan pada muka bibir dan lidah sehingga menyebabkan kesukaran untuk menelan, mengalami ruam dan kegatalan pada kulit yang teruk  dan boleh menyebabkan pengsan.

 

Bagi wanita yang hamil, Ponstan tidak harus digunakan kerana ia boleh memberikan kesan mudarat kepada bayi dalam rahem. NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah.

 

Antaranya kesan sampingan pada bayi ialah menghalang penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), menyebabkan masalah ginjal, darah menjadi cair pada bayi, dan berkemungkinan akan mengalami proses melahirkan anak yang lebih lama. Oleh itu Ponstan tidak boleh diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

 

Begitu juga untuk wanita yang sedang menyusukan bayi kerana ponstan boleh masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi.

 

Bagi mereka yang pernah mengalami ceret-beret selepas mengambil Ponstan, penggunaan Ponstan harus dielakkan kerena Ponstan boleh menyebabkan ceret-beret ini berulang. Begitu juga dengan pesakit peptic ulcer dan penyakit luka pada  usus seperti penyakit Crohn’s disease dan ulcerative colitis. Mereka dilarang menggunakan Ponstan.

 

Begitu juga dengan pesakit kronik seperti pesakit ginjal, lemah jantung, kegagalan organ hati (liver), pesakit serangan jantung  yang akan menjalankan pembedahan jantung bypass.

 

Ponstan tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah. Ini kerana belum banyak kajian yang dilakukan bagi membuktikan Ponstan selamat untuk kanak-kanak.

 

Selain itu pesakit harus memberi tahu doktor jika ada mengambil ubat-ubat lain atau herba  yang dibeli dari farmasi atau yang dipreskripsi oleh doktor. Ini kerana Ponstan memberikan tindakbalas yang merbahaya jika dicampurkan dengan ubatan/herba yang lain.

Antara ubat yang boleh bertindakbalas dan memberikan kemudaratan ialah:

  1. aspirin atau salicylates acid
  2. ubat penahan sakit (NSAID) yang lain seperti Synflex, Brufen
  3. ubat pencair darah seperti warfarin
  4. ubat untuk penyakit darah tinggi (hypertension)
  5. ubat steroid untuk penyakit SLE
  6. ubat untuk penyakit diabetes
  7. ubat lithium untuk penyakit kemurungan
  8. ubat-ubatan seperti cyclosporine, tacrolimus, methotrexate

 

 

Ponstan haruslah diambil dengan cara yang betul, seperti mana arahan doctor atau ahli farmasi. Pesakit harus bertanyakan kepada mereka untuk mengelakkan salah faham. Dos yang biasa diberikan ialah  500mg tiga kali sehari selepas makan dengan segelas air. Jangan cuba mengunyah tablet atau kapsul ponstan.

 

Ponstan tidak harus diambil secara berterus. Ia boleh diambil untuk beberapa hari sehingga beberapa minggu, asalkan mengikut arahan yang ditetapkan oleh doktor. Sebagai contoh bagi masalah senggugut (period pain), Ponstan hanya diambil apabila pesakit mula merasakan senggugut dan berterus sehingga beberapa hari sehingga hilang sakitnya.

 

Tetapi bagi pesakit yang mengalami keretakan atau patah tulang, Ponstan boleh digunakan untuk beberapa minggu, atas nasihat doktor.

 

Ini mengelakkan dari pengambilan Ponstan melebihi dos yang telah ditetapkan. Nasihat saya ialah jangan mengambil Ponstan dengan dos yang berlebihan walaupun mungkin terlupa memakan Ponstan pada waktu sebelumnya kerana ini akan meningkatkan risiko mendapat kesan sampingannya.

 

Pengambilan Ponstan juga mungkin mengganggu keputusan pemeriksaan darah pesakit. Oleh itu sebelum mengambil darah untuk pemeriksaan, harus memberitahu dulu doctor. Ponstan tidak harus diteruskan jika ia tidak lagi memberikan kesan mengurangkan sakit. Ponstan juga tidak boleh diberikan kepada orang lain sembarangan.

 

Jika seseorang pesakit dengan tidak sengaja telah mengambil Ponstan pada dos yang berlebihan, dinasihatkan agar mendapat pemeriksaan doctor walaupun mungkin tiada tanda-tanda keracunan atau overdose.

 

Antara tanda-tanda keracunan Ponstan akibat memakan Ponstan pada dos yang berlebihan ialah mengalami rasa tidak selesa pada abdomen, ceret-beret, rasa otot bergerak-gerak (muscle twitches), sawan, rasa pening dan hallucination.

 

 

Ponstan jarang menyebabkan mengantuk tetapi ada kalanya pada sesetengah pesakit ia boleh menyebabkan pening (dizziness). Oleh itu harus berhati-hati jika mengendalikan mesin, memandu, atau melakukan pekerja yang agak merbahaya seperti memanjat bangunan tinggi.

 

Bagi orang yang meminum arak, ponstan boleh menyebabkan rasa pening yang teruk. Bagi warga tua berumur 65 tahun ke atas, harus menggunakan Ponstan dengan berhati-hati.

 

Pesakit harus berhenti memakan Ponstan dan terus ke Jabatan Kecemasan apabila mengalami tanda-tanda seperti:

  1. muntah darah atau muntah berwarna perang kehitaman
  2. pendarahan dari dubur atau najis berwarna seperti tar
  3. bengkak pada muka sehingga sukar menelan atau bernafas
  4. mengalami asthma
  5. mengalami alahan kulit seperti rasa gatal, ruam merah
  6. pengsan dan sawan
  7. rasa demam, loya dan muntah
  8. rasa sakit ada dan ketat di bahagian dada
  9. rasa sakit kepala, sakit tengkuk atau silau yang melampau terhadap cahaya

Kesan sampingan yang teruk begini jarang berlaku tetapi harus mendapat perhatian doctor secepat yang mungkin.

 

Wallahu a’lam.

 

 

14 comments

  1. dr…sya nk tya….sy blum berkhwin…2 bln lpas..sy di masuukn ke hsptl…time sy msuk hsptl…sy tgh period….but….pda bln lpas…sy xperiod…sy risau laaa…boley tau knpe??? period sy selalu dtg 22hb..but…smpai skrg xperiod2 lg…tlg jwab pertnyaan sy ni

    • dr…sya nk tya….sy blum berkhwin…2 bln lpas..sy di masuukn ke hsptl…time sy msuk hsptl…sy tgh period….but….pda bln lpas…sy xperiod…sy risau laaa…boley tau knpe??? period sy selalu dtg 22hb..but…smpai skrg xperiod2 lg…tlg jwab pertnyaan sy ni

      Penerangan tentang masalah puan terlalu sedikit, saya mencadangkan puan menyertai Program TANYA DOKTOR di link berikut

      http://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008

  2. doktor..selain ponstan, pain killer apa yang lebih sesuai?

    • doktor..selain ponstan, pain killer apa yang lebih sesuai?

      semua ubat penahan sakit memberikan manfaat dan kesan sampingan yang hampir serupa.

  3. Dr… ubt name PONTALON jugasama jenis dgn PONSTAN ke? saya selalu telan ubat ni time sakit gigi dan sakit kepala… Tapi setakat ini tak ada apa2 alahan… Terima Kasih dgn info ini,saya akan lebih berjaga-jaga supaya tak mengambil ubat ini berlebihan

    • Dr… ubt name PONTALON jugasama jenis dgn PONSTAN ke? saya selalu telan ubat ni time sakit gigi dan sakit kepala… Tapi setakat ini tak ada apa2 alahan… Terima Kasih dgn info ini,saya akan lebih berjaga-jaga supaya tak mengambil ubat ini berlebihan

      Ya ponstan dam Pontalon adalah ubat yang sama dari dua pengeluar yang berlainan.

  4. Assalam dr…
    Sy nk tanya pasal ubt yg sy mkn setiap kali sengugut…
    Utk pengetahaun dr, sy salu sengugut setiapkali haid…
    Tiada cr utk melegakan sakit sy melainkan makan ubt named Disclofemac Sodium dn disusuli dgn ubt magnesium…adakah ubt dis. Sodium itu dikategorikan sbg ponstan….cz dor pernah bg ponstan kt sy….amat tidak berhssil…malah sya akan mengalami sakit perut or sengugut yg berpanjangan…..ttp bila sy makan dis.sodium nie…. Bru ok….tetapi mesti mkn ngn magnesium skali…
    Doktor, tlg bg penjelasan sedikit. Mgenai ubt yg sy mkn…..sy takut akan memberi efek di kemudian hari…

  5. boleh Dr. terangkan apa kesan sampingan untuk bayi bila ibu makan ponstan dan menyusukan bayi. sebab penerangan di atas tiada penjelasan untuk kesan pada bayi.

    *Saya sakit gigi, Dr. bg ponstan+antibiotik 2 jenis. makan bagi habis kata’y.

  6. doktor saya ingin bertanya mengenai HYALURONIC ACID..dimanakah sya boleh mendapatkan suntikan berkenaan dan berapa kos yang diperlukan untuk satu suntikan..terima kasih..

  7. salam,doktor saya ingin bertanya mengenai HYALURONIC ACID..
    dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan tersebut ? saya tinggal di sebelah utara (KEDAH)..berapakah kos yang diperlukan untuk satu suntikan? terima kasih..harap doktor dapat membantu saya

  8. Salam..doktor,saya mengalami masalah senggugut yg sgt teruk,sampaikan 1-2 hari sy mc & terbaring kt umah..tp setiap kali saya period memang saya ambil ubat ponston,cume bila sakit sgt je saya makan..adakah ponston ni boleh menyebabkan kesan sampingan buah pinggang atau rahim?sebab saya risau masalah senggugut saya ni boleh menyebabkan saya lambat hamil..

    • Salam..doktor,saya mengalami masalah senggugut yg sgt teruk,sampaikan 1-2 hari sy mc & terbaring kt umah..tp setiap kali saya period memang saya ambil ubat ponston,cume bila sakit sgt je saya makan..adakah ponston ni boleh menyebabkan kesan sampingan buah pinggang atau rahim?sebab saya risau masalah senggugut saya ni boleh menyebabkan saya lambat hamil..

      Dr Zubaidi: Wsalam, boleh saya tahu umur, berat dan tinggi puan? Sudahkah puan berkahwin dan hamil? Bolleh senaraikan hari pertama haid puan?

  9. Assalamualaikum wbt Dr,

    Sy mengalami masalah sakit dada berdekatan bahagian jantung (rasa mencucuk) dan bertemu dgn doktor untuk pemeriksaan.
    Tekanan darah saya tinggi. Adakah kerana tekanan darah yg agak tinggi ini menyebabkan masalah pada jantung saya? Mohon penjelasan darpd dr. Terima kasiih..

    • Assalamualaikum wbt Dr, Sy mengalami masalah sakit dada berdekatan bahagian jantung (rasa mencucuk) dan bertemu dgn doktor untuk pemeriksaan.
      Tekanan darah saya tinggi. Adakah kerana tekanan darah yg agak tinggi ini menyebabkan masalah pada jantung saya? Mohon penjelasan darpd dr. Terima kasiih..

      Dr Zubaidi: Ya tekanan darah yang tinggi akan menjadi beban kepada jantung dan kebiasaannya pesakit yang tidak mendapat rawatan tekanan akan mengalami kegagalan fungsi jantung (penyakit lemah jantung).

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: