Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Benjolan di Payudara Bayi

Benjolan di Payudara Bayi

 

nipple

 

Assalam mu alaikum. Doktor, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. Adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih

 

Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam.

 

Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami bengkakan atau benjolan pada putting atau tisu di bawah puting mereka.

 

Bengkakan atau benjolan ini tidak bahaya kerana ia terbentuk apabila bayi itu terdedah kepada hormone ibu mereka ketika berada dalam rahem. Hormon yang menyebabkan payudara seorang ibu mengalami bengkakan untuk membekalkan susu, hormone yang sama menyebabkan bengkakan pada payudara atau puting bayi mereka.

 

Bengkakan ini adakalanya dapat diperhatikan semenjak lahir lagi. Ia boleh semakin membesar selepas lahir untuk beberapa waktu.

 

Ad kalanya jika seorang ibu itu menekan atau memicit payudara yang membengkak itu, mungkin akan mengeluarkan cecair seperti susu.

 

Selepas beberapa minggu atau bulan apabila kepekatan hormone menjadi kurang, tisu payudara itu akan mengecil dan lama kelamaan akan menghilang.

 

Jangan ganggu bahagian tersebut, kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila terdapat jangkitan kuman, payudara itu menjadi lebih bengkak, merah dan menyebabkan rasa sakit. Bayi itu pula mungkin akan mengalami demam.

 

Jika jangkitan kuman berlaku, bawalah bayi berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut dan mungkin perlukan ubat antibiotic mengelakkan terjadinya nanah.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: