Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?

Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?

 

Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak.

 

Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.

 

 

Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini.  Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat  kanser payudara.

 

Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain ia tidak memberikan apa-apa keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.

 

Satu laporan dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang dieprolehi dari seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih tidak disahkan lagi.

 

Sebagai kesimpulannya, ramai saintis yang beranggapan bahawa pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser payudara. Banyak kajian perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser payudara.

 

Saya berpendapat bahawa kanser payudara ini lebih kepada penyakit genetic yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana wanita. Ia bukanlah “penyakit yang dicari atau diminta”. Hanya kekuasaan ALLAH SWT saja yang dapat menjauhkan kita dari musibah ini dan hanya kepadaNYA saja kita memohon.

 

Wallahu a’lam.

2 comments

  1. salam doktor, bagaimana pula pengambilan soya ketika hamil?saya pernah terbaca artikel yang mengatakan bahawa pengambilan soya ketika hamil adalah tidak bagus….mohon pencerahan doktor.terima kasih…

  2. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul… atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top