Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bayi Jatuh Dari Katil

Bayi Jatuh Dari Katil

baby

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi.

Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil.

Namun begitu tidak semua keadaan menyebabkan bahaya yang serius. Selalunya hanya terdapat lebam dan bengkak saja pada kepala atau anggota lain pada bayi.

Namun jika ada tanda-tanda berikut, perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antara tanda-tanda itu ialah:

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Mengalami sawan
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota badan seperti tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda-tanda ini memerlukan pengesahan doktor bagi memastikan bayi puan mengalami masalah akibat terjatuh dari katil.

WALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: