Aqueous Cream dan Eczema

Saya mempunyai seorang rakan yang telah lama tidak bersua. Suatu hari beliau membawa anak lelaki beliau yang mengalami eczema di pelipat siku dan peha dan lutut.

Saya mendapati eczema yang dihadapi oleh anaknya agak teruk.

“Sudah dibawa berjumpa doktor pakar kulit?”

“Sudah doktor. Ini tahun ke-lima. Tak ada perubahan. Pakai krim sapu pun tak berguna”, kata beliau seperti putus harap.

“Penyakit kulit memang lambat sembuh, kena banyak bersabar. Kalau tidak disapukan ubat tentu akan jadi lebih teruk”.

Saya ingin menambah nasihat lagi tetapi tidak sampai hati. Dahulu di sekolah dia lebih baik daripada saya, selalu mengajak saya ke surau. Sekarang masih lagi berkopiah seperti dahulu.

“Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Bersabarlah dengan ketentuan Allah dengan terus berusaha  kerana usaha itu termasuk sebahagian tawakal.” Itu nasihat yang tersekat di kerongkong saya. Lagi pula tekanan dan kemurungan akan memburukkan radang eczema.

“Entah. Sekarang ini saya dengar krim aqueous tidak boleh digunakan pula. Kenapa ya?”

Saya baru teringat tentang kajian terbaru mengenai aqueous cream. Walaupun baru satu kajian dijalankan, tetapi berita itu telah tersebar dengan lebih meluas di kalangan doktor yang merawat pesakit eczema. Ramai doktor yang mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menggunakan krim itu lagi.

Untuk sekian lama, pesakit eczema telah dinasihatkan oleh doktor untuk menggunakan krim pelembap aqueous yang agak murah untuk mengurangkan kegatalan pada kulit yang mengalami radang eczema.

Krim aqueous adalah krim yang mengandungi paraffin yang bertindak sebagai pelembap. Ia memberikan lapisan berminyak pada permukaan kulit untuk mengelakkan air tersejat dari permukaan kulit.

Oleh itu ia digunakan sebagai pelembap bagi pesakit yang mempunyai kulit yang kering dan merekah atau untuk pesakit eczema. Kadang-kala ia digunakan sebagai ’sabun’ alternatif bagi pesakit yang mempunyai alahan terhadap bahan pencuci yang lain.

Tetapi kajian oleh Dr Manda Tsang yang diterbitkan dalam Jurnal Dermatology mendapati ramai pesakit eczema merasa pedih akibat penggunaan bahan pencuci ini. Sebelum ini kebanyakan mereka menganggap kepedihan tersebut disebabkan oleh kesan bahan pelembap pada krim itu.

Rupa-rupanya krim aqueous akan menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pesakit mengalami kepedihan kerana krim ini mengandungi bahan pencuci (detergent) dinamakan sodium lauryl sulphate (SLS).

Dalam satu kajian yang dilakukan di Bath University di UK, mendapati krim aqueous mengurangkan ketebalan kulit yang sihat lebih dari sepuluh peratus selepas penggunaan selama empat minggu. Mereka mendapati sukarelawan yang menjadi ‘pesakit’ kehilangan air dalam jumlah yang agak ketara.

Prof Richard Guy, professor di Jabatan Sains Farmaseutikal di universiti itu menyatakan bahan SLS ini digunakan untuk mengadun minyak paraffin dengan baik dan berbentuk krim. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan gel mandian dan bahan kosmetik lain.

Tetapi apabila digunakan dalam masa yang lama, SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.

(rujuk: Tsang, M. & Guy, R. H. (2010) Effect of Aqueous Cream BP on human stratum corneum in vivo is published online in the British Journal of Dermatology DOI 10.1111/j.1365-2133.2010.09954.x http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1365-2133.2010.09954.x/full)

Nasihat saya pada pesakit eczema agar berhati-hati ketika memakai krim aqueous, dan tidak memakainya pada jangka masa yang lama. Ini bermakna krim ini boleh digunakan untuk seminggu dan kemudian dihentikan sementara selama seminggu juga.

Walaubagaimanapun kajian ini masih diperingkat awal. Sebagai gantian, pesakit eczema boleh menggunakan minyak zaitun (olive oil) yang kaya dengan vitamin E dan pelembap yang baik untuk kulit. Minyak zaitun tidak mudah kering , oleh itu ia pelembap yang tahan lama. Cara terbaik ialah menyapunya pada kulit setelah selesai mandi ketika kulit masih lembap.

Selain itu krim yang mengandungi Aloe Vera juga bagus untuk kulit. Ia akan mengurangkan radang dan kegatalan kulit di samping dapat mengekalkan kelembapan kulit.

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (260911)

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

20 comments

  1. salam doktor,
    bulan yang lepas anak saya mengalami kegatalan yang teruk pada lehernya dan diberikan krim aqua ini untuk dihabiskan (500gm). Dan anak saya berusia 9 bulan.. Adakah perlu saya elakkan dr menggunakan krim ini lagi?

  2. Assalamualaikum Dr,
    Kulit di pipi dan dileher sgt gatal… Bila digaru ianya menjadi sgt kering. Mujur berada disebalik tudung. Sudah dekat setahun begitu, seakan ada cycle… Bila letak ubat, reda, ttp dtg kembali…baru2 ni ada bisul di pipi, dr kata sebab alergi, jd infection , and skin abress. Sy sgt risau, sbb kekadang tak boleh tidur sbb sgt gatal. Sy takut tiada ubat, sbb difahamkan eczema tiada ubat. Umur saya 41.
    Terima kasih..

  3. pn renni miskan

    assalamu’alaikum…
    saya ada seorang puteri berumur 5thn..sejak lahir mmg ada masalah kulit..terutama di leher dan muka…jika berpeluh,panas..terus mnggaru2 leher..merah,luka dan timbul kesan sprt kulit oren yg kering…dia rasa gatal dan menangis..kdgkala jika bermain2 di luat di kwsn ada habuk ,pasir..cnth playgropund-timbul bintik2 di muka…
    dahulu saya mmg guna ubt klinik-krim mcm2 jenis,ubt makan lagi..injection je saya tk prnh ambil utk dia…
    mula thn lepas,saya dh stop ubt klinik bila ada sorng dktor beritahu jgn pakai lgi ubt sapu,nti menghakis kulit leher dia dAN menipis..SAYA TRY ubt herba-cnth krim gamat,mnyk kelapa dara,sabun lumpur dll..but-now still tk elok…
    adakah saya kena bg ubt makan,injection atau apa2…krn ubt sapu dan sabun luaran tk berkesan dln jgka masa lama(kdg nk bw ke tmpt2 awam yg sesak saya fikir beribu kali,cnth opnhpose,knduri kawen..dia akan resah dan menggaru)\tlg beri cadangan dktor..terima kasih..

    • salam.saya juga ada anak yg hidap eczema seawal usia 2 bln..puncanya kerana saya bagi susu formula.dan eczema semakin teruk sehingga menyebabkan berat bdnnya semakin susut.sekarang dah 4tahu lebih.pihak hospital mmh bekalkan kami sehingga 1kg aqueous krim.
      apa yg boleh sy kongsikan di sini,kita mmg kena berusaha lebih dan byk bersabar.sy mencuba mcm2 produk,losyen,minyak,sabun,krim,mandian.. alhamdulillah,akhirnya jumpa 1 krim yg amat berkesan dan serasi.skrg ni eczema anak saya dah jarang berlaku..

  4. salam.saya berumur 37 tahun.kini saya menghidap eczema kat bahagian kaki dan pergelangan kaki yang amat teruk.dah hampir setahun dan bermacam jenis ubat yang saya pakai tapi semua tak berkesan.pernah saya pakai zinc cream..adalah perubahan tapi tak lama lepas tu dia datang balik.sekarang saya mencuba jerslin oil.kulit kaki mengelupas dan warna kemerahan..kadang amat pedih dan menyakitkan..dah tak tahu ubat apa lagi yang perlu saya pakai..AMAT RESAH DAN BINGUNG

  5. Tuan/puan,disini saya nak dedahkan pengalaman saya.Anak sulong saya mula mengalami aczema since umo 3 bulan tetapi Alhamdulillah sekarang sudah sembuh.Boleh dikatakan sembuh la sebab pernah isteri saya menghidangkan udang goreng pun ok je dia makan. Sebab biasanya seafood ni biasanya sensitif untuk pesakit eczema. Ada 3 ‘item’ yang saya telah cuba. Saya sebut ‘item’ dan bukannya ubat sebab ketiga-tiganya bukan disyorkan oleh pegawai perubatan.Yang pertama adalah krim putih yang dibeli di sebuah kedai sinseh di kampung saya di Jengka.Ada saudara di kampung saya mencadangkan kedai tersebut setelah melihat kudis dan kegatalan anak saya.Krim tersebut tidak berlabel tetapi diisi didalam bekas krim kecil seperti yang biasa diperolehi dari farmasi.Krim tersebut memang sangat berkesan.Setelah disapu pada spot yang merah di kulit anak saya di paginya,spot tersebut menjadi rata,tompok putih dan tiada tanda kudis di waktu petangnya dan anak saya tidak bergaru di spot itu.Namun oleh kerana risaukan krim tersebut mengandungi steroid yang tinggi,kami hanya sapu jika terlalu teruk sahaja(kami telah henti guna aqueos dan hydracot sebelum mula guna krim itu).Item kedua pula adalah belut dan lendirnya.Saya mendapat satu petua dari perubatan Islam di Bangi bahawa belut dan lendirnya baik untuk masalah kulit dan asma.Lendir belut itu dilurut dan disapu dikulit anak saya dan Alhamdulillah,reda aczemanya. Dagingnya juga kami buat masak goreng,masak kicap dan sup.Petua nak lurut lendir belut ni ialah SIMPAN BELUT DALAM PETI SEJUK SAMPAI BELUT TU MATI. Bila dah mati,letak je dalam sinki dan bila badannya sudah lembut barulah lurut lendirnya. Jika disiang awal-awal di pasar,darahnya akan becampur dengan lendirnya itu. And item ketiga adalah minyak kelapa dara.Pada pengalaman kami,minyak ini lebih lama menahan kelembapan kulit daripada krim aqueos.Seperti tuan/puan semua,kami juga masih menyimpan krim aquoes yang banyak. So inilah pengalaman kami untuk panduan bersama.Cubalah sedikit dulu lendir belut tu untuk memastikan tiada reaksi alahan dan kalau ok barulah sapu lebih sedikit. Sekadar berkongsi.

  6. salam, doktor sy nk tahu boleh ke ibu mengandung buat rebonding rambut, adakah boleh membahayakan kandungan
    sekian, terima kasih

  7. slm..doc anak saya ada g6pd…apakah langkah atau ubat yg patut saya ambik mmdang anak sy jgak ada eczema..

    tq :(

    • Doc, anak sy juga begitu… sy risau jika sy kekurangan susu badan nanti, apa jenis susu yg blh sy ganti? sb, kacang soya tidak blh.. tq

  8. Terdapat sebuah kumpulan sokongan untuk anak2 eczema di facebook
    https://www.facebook.com/groups/ekzema/

    • as-salam…doc, saya berumur 36 tahun & ada eczema sejak kecik…saya just nak tnya doc, ada kesan sampingan x kalo guna ubat dermovate utk jangka masa lama…utk pgtahuan doc, saya cuma sapu bila gatal teruk (biasanya 4-5 hari) lps tu berhenti smggu dua & kdg2 sambung blk…
      TQ…

  9. Anak saya ade excema sejak 4 bulan. Skang umur setahun stgah dah hilang excema. Saya tak bagi sabun mandi or syampoo yg ade SLS. Die pakai mandian SebaMed sahaja. Ade di mana2 farmasi. Selain tu saya basuh baju dia terasing drpd baju kami dan menggunakan Dettol sahaja. Sarung bantal, sarung tilam dan bantal pun saya basuh guna Dettol. Sebab sabun2 komersial ni sgt kasar utk kulit. Blanja mmg mahal tapi dari tgk anak merah2, tergaru2 dan kegatalan. Harap ni membantu. :)

  10. Assalamualaikum,
    Dr, macam mana nak bezakan eczema, kudis, kayap?

  11. Assalamualaikum. Anak sy kena ezema teruk dari lahir..plg teruk dimuka. Mujur ada ipar dari sabah bawa ubat dari klinik panel dia….àlhamdulilah…hilang…krim tu namanya cloderm…cuma sekarang still ada di badan….tapi sy Nak tahu kandungan dalam krim cloderm tersebut sama dengan yg terdapat dlm aqueos dan hydrocort ke??????? Sebab mmg beul berkesan kalau di gunakan.

  12. salam..doktor,saya mengidap eczema dari umur 12 tahun sampailah usia saya sekarang 21 tahun. macam-macam ubat yang telah saya gunakan,tapi eczema saya berulang dan semakin teruk.apa nasihat doktor yek?

  13. Sy berumur 30thn,,dan sy disahkan menghidp ekzema,,agak plik sbb da tua br kena,,mnyerang bhgian btis dan peha,,rasa gatal sgt,kering,menggelupas,warne kemerah2an,lg truk bla cuaca panas,,hodoh gile,,lpas tu sy nekad nk pulihkn blik kulit,, ble mandi sy guna sbun jenama simple,,lpas mandi pki losyen ezerra,,sehari 2 hgga 3 kali jgkla pki losyen tu,,sblm tido pki minyak zaitun,,ambil ubat anti histamine ble perlu,,minum air msk kena cukup,,makan kena jaga,,adala jgk ambik suplement,,tadaa,,skrg da ok,,yg pnting kena rajin,,tp mmg penat sketla,,T_T

Leave a Reply

error: Content is protected !!