Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK). Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan. Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi. Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki. …
Read More »Tag Archives: sel darah putih
Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat
“As salam mua alaikum, doktor. Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain …
Read More »Psoriasis boleh diwarisi?
Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian . Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini. Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan. Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
