Tag Archives: Minyak ikan

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN Suplemen asid lemak Omega-3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol, United Kingdom, yang diterbitkan di journal Osteoarthritis and Cartilage, diet atau suplemen yang mengandungi omega-3 dapat merendahkan kebarangkalian mendapat penyakit osteoarthritis dan memperlahankan proses penyakit ini menjadi semakin teruk. Kajian itu memberitahu bahawa omega-3 menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita berjalan dan berlari. Bagi individu yang obese, berat badan yang berlebihan menyebabkan tulang ini menipis dan tidak dapat menghasilkan lendiran sendi (synovial …

Read More »

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT DA NAJISNYA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah …

Read More »

Kawal kolesterol tanpa ubat

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi. Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan. Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada …

Read More »
error: Content is protected !!