Tag Archives: azoospermia

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti …

Read More »

Tribulus Terrestris: Ubat Kuat Lelaki?

Selepas menunaikan solat Subuh, saya membuka komputer dan menyelak facebook. Manalah tahu kalau ada pertanyaan yang boleh dijawab dengan segera. Oleh kerana tidak ramai lelaki yang bertanya tentang masalah kesuburan, maka saya terus tertarik apabila membaca permasalahan ini. “Salam doktor..dari pemeriksaan air mani, saya mendapati saya tidak mempunyai sperma. Doktor yang memeriksa mencadangkan agar saya mengambil rawatan herba tribestan. Apa pendapat doktor berkenaan tribestan? Adakah keadaan azoospermia ini dapat dibantu?” Saya tidak pasti sama ada dia berjumpa dengan doktor pakar atau tidak, kerana selalunya doktor yang berpengalaman akan mendiagnosa masalah atau penyakit terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan. Amat pelik apabila …

Read More »
error: Content is protected !!