Pengambilan Paracetamol Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah.

Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri.

Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah.

Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; 2002; S O Shaheen et al; Thorax; 2002; 57; 958-963.

Abstract Background: We recently reported links between frequent paracetamol (acetaminophen) use and wheezing and asthma in adults and children, but data are lacking on possible effects of prenatal exposure on wheezing in early childhood.Methods: In the population based Avon Longitudinal Study of Parents and Children (ALSPAC) women were asked twice during pregnancy (at 18–20 weeks and 32 weeks) about their usage of paracetamol and aspirin. Six months after birth, and at yearly intervals thereafter, mothers were asked about wheezing and eczema symptoms in their child. The effects of paracetamol and aspirin use in pregnancy on the risk in the offspring of wheezing at 30–42 months (n=9400) and eczema at 18–30 months (n=10 216) and on their risk of different wheezing patterns (defined by presence or absence of wheezing at <6 months and at 30–42 months) were examined.Results: Paracetamol was taken frequently (most days/daily) by only 1% of women. After controlling for potential confounders, frequent paracetamol use in late pregnancy (20–32 weeks), but not in early pregnancy (<18–20 weeks), was associated with an increased risk of wheezing in the offspring at 30–42 months (adjusted odds ratio (OR) compared with no use 2.10 (95% CI 1.30 to 3.41); p=0.003), particularly if wheezing started before 6 months (OR 2.34 (95% CI 1.24 to 4.40); p=0.008). Assuming a causal relation, only about 1% of wheezing at 30–42 months was attributable to this exposure. Frequent paracetamol use in pregnancy was not associated with an increased risk of eczema. Frequent aspirin use in pregnancy was associated with an increased risk of wheezing only at <6 months.Conclusions: Frequent use of paracetamol in late pregnancy may increase the risk of wheezing in the offspring, although such an effect could explain only about 1% of the population prevalence of wheezing in early childhood.

Kajian ini mendapat kritikan dari pakar perubatan kanak-kanak sendiri kerana beberapa hujah.

Antara perkara yang dinyatakan di kajian itu ialah Paracetamol ini diamalkan setiap hari oleh ibu yang hamil. Sukar diterima akal mengapa begitu ramai ibu yang mengambil paracetamol setiap hari di akhir kehamilan mereka.

Masalah wheezing di kalangan kanak-kanak itu pula hanya berlaku pada 1% . Ianya boleh diabaikan. Banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini, yang tidak dikawal dalam kajian ini.

Sebelum ini ada kajian berkaitan eczema (alahan kulit) dengan pengambilan paracetamol, namun ianya gagal menunjukkan sebarang kesan pada sistem imnuniti mereka. Maka terlalu sukar untuk mengatakan bahawa Paracetamol boleh menyebabkan masalah wheezing (alahan paru-paru) pula.

Kajian itu juga menunjukkan tiada kesan wheezing pada pengambilan Paracetamol pada wanita hamil di awal kehamilan dan penggunaan Paracetamol yang moderate  di akhir kehamilan.

Jadi perlu dinyatakan dengan tegas bahawa penggunaan Paracetamol tidak menjadi masalah pada ibu yang hamil jika ianya perlu. Ia adalah antara ubat yang selamat digunakan oleh wanita yang hamil untuk merawat demam.

Jika wanita hamil memerlukan ubat untuk mengurangkan suhu yang tinggi (melebihi 40`C) akibat demam, paracetamol adalah ubat yang terbaik. Gunakanlahnya pada jangka masa yang pendek.

Setiap biji paracetamol 500 milligram (mg) boleh diambil satu atau dua biji, dan akan berkesan selama empat jam. Maksima bilangannya yang boleh diambil ialah 4g (empat biji Paracetamol 500mg) dalam masa 24 jam.

Nasihat saya : Ada baiknya jika cuba elakkan menggunakan Paracetamol bila seseorang itu hamil, terutama bila umur kehamilan kurang dari 18 minggu. Ini kerana pada tempuh itu, pembentukan anatomi seperti tangan, kaki dan kepala sedang berlaku.

Malah bukan setakat ubat-ubatan yang termasuk nasihat ini, malah segala jenis permakanan juga harus diambil secara berhati-hati.

Sungguh tidak adil, jika seorang wanita hamil mengalami demam tinggi dan terlantar di rumah kerana takut untuk makan Paracetamol, tapi dalam masa yang sama dia makan makanan ayam yang dimasak segera penuh MSG dengan selamba.

Dengan kemuliaan Allah, simptom  demam, selsema dan sakit badan yang tidak serius, selalunya tidak memerlukan sebarang ubat. Minumlah air yang banyak dan berdoalah. Insya Allah, ujian Alah tidak akan memudaratkan.

Namun jika demam, selsema dan sakit badan itu tidak beransur kurang, eloklah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Mungkin masalah demam itu lebih dari masalah demam virus yang biasa.

Jika demam itu tidak mempunyai sebab yang nyata, mungkin doctor akan membuat beberapa ujian seperti ujian darah dan air kencing (urine).

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (220810)

http://www.facebook.com/drzubaidi

https://drzubaidi.com/blog/

69 comments

  1. saleha bt. mohamad salleh

    DR.

    Saya baru sahaja mengetahui yang diri saya mengandung setelah kelewatan haid selama 5 hari serta melakukan ujian air kencing di rumah.Masalah saya ialah saya telah mengambil ubat selesema iaitu antamin chlorpheniramine maleate 4 mg serta paracetamol.Saya berasa amat bimbang dengan diri saya yang sedang hamil ini.Adakah ia memberi kesan mudarat terhadap janin saya ataupun saya akan mengalami keguguran?

  2. Saya disahkan oleh doktor pada 18/9 arituh mengandung 6 minggu…sejak dari hari itu, suhu badan saya turun dan naik…demam tak elok2…so doktor bagi ubat kuatkan rahim dan antibiotik..tapi takda panadol….pada 27/9 saya pegi klinik kerajaan sekali lagi sbb demam, dia check darah saya ada virus dlm darah sebanyak 14….doc bg saya ubat panadol 500mg…saya was2 dan doktor kata saya blh makan panadol walaupn mengandung….tapi kwn2 saya ckp tidak blh makan panadol terutama awal kehamilan…saya makan juga panadol bila saya rasa tak tahan sgt dimana bdn saya panasa dan mengigil….jadi doktor, saya nak kepastian, apa kesannya jika saya makan panadol di awal kehamilan ini? saya risau juga jika ubat tersebut menjejaskan kandungan saya.

  3. saya sering mengalami gastrik ketika kehailan, doktor telah memberikan ubat berbentuk cecair putih kpd saya..adakah ianya selamat untuk kandungan saya..bagaimana pula jika sesorang yg hamil memkan ubat penhan sakit(orphenamol) adakan ianya sama dengan paracetamol..sekian terima kasih..

  4. salam doktor, bagaimana pula dgn pengambilan ubat batuk? sy demam selesema dan batuk teruk sejak 2 minggu lepas. sudah habis 2 botol ubat batuk tersebut tp masih belum elok walaupun demam dah pulih. Kandungan 7 minggu.
    ubat batuk tu Decafed Linctus

  5. Salam doktor,saya hamil 16 minggu..Saya mengalami batuk berkahak…sehingga saya asma..doktor di klinik memberikan saya ubat kahak ‘bromhexine HCI 8mg’ dan ubat selsema ‘triprolidine HCI 2.5mg & psedoephedrine HCI 60mg’…adakah ia memberikan kesan pada kandungan saya? kahak saya sangat sukar dikeluarkan dan asma akan menyerang jika saya cuba batuk untuk keluarkan kahak lalu saya mengambil gas asthalin untuk melegakan asma..adakah gas asthalin itu memberi kesan pada kandungan?saya amat risau.

  6. salam… dr, anak saya baru kena demam panas + sawan = jangkitan pada otak (ANEC)…
    anak saya berumur 2 tahun 8 bulan .. kedaan sebelum kejadian adalah normal & aktif…
    keadaan sekarang..terlantar … kaki tangan tak dapat bergerak… tak boleh bercakap…
    bergantung pada susu melalui tiub …
    20 hari lebih dalam wad… baru balik rumah 7 hari…
    Masalah besar sekarang.. sapanjang dirumah anak saya kerap diserang kekejangan pada kaki.. kekerapan pada waktu malam…. bila dirujuk pada hospital.. dr hanya bagi ubat penenang.. namun sekarang dah tak ada kesan.. kekejangan tetap berlaku… kami ibu bapa dah tak tahan melihat anak menahan sakit …. SOALAN : macamna nak atasi masalah ini.. adkah ubat-ubatan atau apa2 rawatan…???

    sekian dulu.. bantuan Dr amat saya harapkan..

    • Salam, saya masih musykil terhadap ubat penenang yang diberikan. Adakah ianya anti-epileptic (ubat mencegah sawan). Jika bukan, saya berpendapat anak puan harus diberikan ubat anti epileptic untuk mengurangkan sawa-kejangnya jika tidak dia tidak ada harapan untuk sembuh seperti sebelumnya. (setiap kali serangan sawan, kandunganoksigen dalam otak akan kurang lalu menjejaskan sel2 otak). Jika telah diberikan, dos yang diberikan tidak mencukupi.

  7. SALAM …..DR.. mohon respond…

  8. HAFIZAH ABD MUTALIB

    Salam, Dr Zubaidi,

    Saya telah melahirkan anak yang ketiga pada bulan Jun 2010. Malangnya, anak saya meninggal dunia kerana Congenital Diafragmatic Hernia selepas 18 jam dilahirkan. Selepas 2 kitaran haid, saya mengandung semula, namun, setelah 11 minggu, jantung fetus tidak berdenyut dan saya telah melakukan D&C.

    Saya dan suami sangat ingin menambah cahayamata. Pada pendapat Dr, berapakah lama masa rehat yang saya perlukan sebelum mengandung semula? Adakah ada risiko saya mendapat anak yang tidak sihat? Untuk pengetahuan Dr, saya berusia 36 tahun.

    Sekian. Terima kasih.

    Salam,
    Hafizah

    • Salam alaik

      anyak perbahasan mengenai waktu yang sesuai. Pada saya kita menimbankan pada umur kandungan sebelumnya yang gugur. Jika dia masih awal (kurang dari 12 minggu), ia tidak ada restriction. Tetapi jika ianya melebihi 20 minggu, seeloknya setahun atau setahun setengah. Bukan masalah tubuh saja yang memerlukan rehat, tetapi mental juga perlu direhatkan dari kesedihan yang baru berlaku. bayangkan, baru saja gugur eam bulan lepas dan kali ini gugur lagi. Tentu kesedihan akan berganda. kalau iman kuat, tak ada masalah. kalu iman rapuh, ianya amat merbahaya,

  9. salam doc,
    saya hamil 11 minngu untuk anak ke-2,saya juga sukar untuk hamil anak pertama telah berusia 5 thn, sy tlh mengalami threatened abortion-pendarahan awal kehamilan pada minggu lepas,saya juga mengalami migrain.sblm ni sy selalu mengambil ubat migrain dr klinik,tetapi apabila hamil ubt ape yg sesuai saya ambil?saya mengalami alahan yg sederhana yg mana sering muntah dan loya.

  10. Salam doc,
    saya nak tanya ,jika seseorang tu mengalami kencing kotor,apabila cek dengan pregnancy test negatif,ada kemungkinan tak die hamil?sebab period nya dah delay hampir seminggu..

  11. Salam doc,
    saya ingin bertanya,bagaimana pula jika saya mengambil ubat paracetamol dan antiobatik kerana demam dan sakit tekak diawal kehamilan,sebelum saya mengetahui saya hamil.

  12. SITI FATIMAH BT MAT GHANI

    Saya ada menambil maajun bagi mengatasi masalah sembelit tanpa mengetahui saya menagandung. Adakah ini akan menjejaskan kehamilan saya memandangkan ini kehamilan pertama saya..

  13. as salam doktor,skrg saya mgandung 2 bulan lebih..dan saya mengalami alahan yang teruk dan skrg saya mkn ubat tahan muntah Dimenhydrinate.Adakah ubat tersebut selamat bagi ibu mengandung?

  14. assalamualaikum dr..tempoh kandungan saya adalah 14 minggu..baru-baru ini saya mengalami sakit kepala yang amat sangat..disebabkan itu, saya telah mengambil 1 biji panadol active fast tanpa saya sedari bahawa saya tidak sepatutnya memakan ubat tersebut..kini, saya begitu risau akan kandungan saya…adakah pengambilan panadol tersebut boleh menjejaskan kandungan saya..adakah dos panadol active fast boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan bayi saya…

  15. salam doc..sy sekarang mengandung 27minggu.seminggu ini sy mengalami demam,batuk dan selsema yg teruk.sy pergi klinik swasta,doc tersebut memberikan ubat paracetamol tp makan dalam kuantiti 2biji 3x makan.sy takut dengan kuantiti yang banyak tersebut dan xmakan.sy pergi klinik lain,dan dapat ubat demam promethazine yg hanya makan 1biji 2x makan.jadi,sy makan ubat promethazine tersebut dengan kuantiti 3 biji sahaja.antibiotic dan ubat sakit tekak zecuf herbal drops juga sy makan.adakah ianya memberi kesan kepada baby sy??sy terasa menyesal sangat2 makan ubat2 tersebut kerana fikirkan sakit yang xdpat ditanggung.sy risau sangat kesan ubat2 tersebut pada kandungan sy..

  16. Syukur alhamdullilah kandungan saya sudah mencapai 9 bulan setelah 11 tahun mencuba.sepanjang kehamilan saya cukup berhati-hati terutama dlm pengambilan ubat-ubatan,setakat ini tiada sebarang gangguan penyakit berat mengganggu kehamilan saya cuma yg menjadi masaalah saya sekarang dalam 6 hari ini saya mengalami demam,badan lesu dan hidung tersumbat yg menyebabken saya sukar bernafas.Tapi saya masih takut utk mengambil sebarang ubat kerana takut menjejaskan kandungan saya,buat pengetahuan doktor inilah pertama kali saya mengalami demam sepanjang tempoh kehamilan.saya hanya mengambil madu utk mengurangkan batuk,perlukah saya pergi ke klinik utk mengambil ubat lain sebagai penyelesaian saya ini.

  17. assalam doc

    sy nk tnya,sy makan jamu pada usia kndungan 2minggu,sy xtahu yg sy pregnan…ada apa2 kesan ke ats janin tak doktor?

    • Jamu apa kak siti? saya dulu pernah keguguran 7 minggu lepas tu saya makan jamu-jamuan seperti mahjum,minum air halia, hirup-hirupan selama 3 minggu tanpa saya sedari saya hamil lagi dalam bulan saya keguguran itu juga. ajaib kuasa Allah Subahana Watala.

  18. siti,kndungn 2 migu dh leh kesan? u jmp doc ke?

  19. Floria Sabeng

    DR,salam sejahtera.Saya ingin bertanya adakah selamat untuk saya hamil memandangkan saya ada masalah GERD.Saya ingin hamil lagi memandangkan anak saya sudah berusia 4 tahun.Saya masih lagi berjumpa doktor pakar dan mengambil Nexium untuk masalah GERD saya tetapi hanya diambil ketika perlu sahaja.Terima Kasih.

  20. salam sejahtera,dr.saya ingin bertanye ape akan jadi jika kandungan baru 8 minggu tapi mengunakan paracatemol.saya kasihat melihat isteri saye sentiasa batuk-batuk dan sakit tekak.ape ubat yang boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk-batuk..

  21. kini kandungan sy sudah 2bln.(confirm positif).dlm masa bln pertama upt sy negatif(sy tak tahu yg sy mengandung) & sy migrin.sy mkn panadol actifst.ada tak kesan pada kandungan sy yg berusia 2bln.

  22. as salam dr…isteri saya hamil 10mggu,skrg dia demam,sakit tekak dan selesema….sy sudah pergi jumpa doktor…dan diberi ubat prospan cough syrup, PHARYNX LOZENGES,ISOMIN, DAN PANADOL…bagaimana pun isteri saya takut untuk mkn ubat2 tersebut kerana khuatir akan keadaan bayi…adakah selamat untuk kandungan jika isteri memakan ubat tersebut…..ini merupakan anak pertama kami dan kami btl2 risau…mohon pandangan dan nasihat doktor…..trima kasih…

  23. assalamualaikum..doc..sy disahkan hamil 7 mggu..dlm waktu hamil mggu ke-7 ni,sy ade mkn ubat relax,sy dpt ubat tu doc yg bg sblm sy pregnant 2 bln lpas sbb sy slalu stress yg truk..sy cume nk tau..ubat relax tu ade effect tak pd kandungan sy yg msih awl ni?

  24. salam doktor.
    minta pandangan ada kajian yan gmengatakan mengambil paracetamol boleh membawa side effect negatif seperti kerosakan buah pinggang. Malah ada yang menyarankan agar mengambil 100plus sebagai alternatifnya.

  25. doc,sy nk tanya,sy skrg hamil 7mgu,tp,pd awal kehamilan ni sy tak sedar sy hamil,
    dan sy telah makan jamu kesihatan yg mengandungi tonic,selain itu sy jga ada mengambil
    supplement2 sampingan hingga kandungan berusia 6mgu,bru sy tau sy hamil bila
    haid sy tak dtg sperti biasa.soalannya doc,adakah ini memberi kesan buruk pada
    perkembangan dan pembentukan janin sy?bagaimana sy nak tahu janin sy ini
    dlm keadaan baik?sy sgt risau ianya mempengaruhi perkembangan janin sy.
    Mnta doc tlg jawabkan.tq.

    • Mungkin ikhtiar yang boleh dibuat puan sekarang adalah makan supplement asid folic dan supplemen2 yg disyorkan doktor yang memeriksa puan. wallahu’alam. -ADMIN-

    • Wsalam, semoga Allah mudahkan kehamilan puan. Cara terbaik ialah menghentikan pengambilan ubatn herba yang kita tidak pasti tentang kesan sampingan pada bayi dalam rahem. Saya bersetuju cara terbaik ialah mengambil folic secepat mungkin.

  26. salam doc.
    saya hamil sudah masuk minggu ke 19 sekarang.masalahnya ialah selsema saya telah berlarutan selama sebulan lbh.sy telah pergi ke klinik n diberikan ubat selsema yg berwarna kuning.ramai yg berkata ubat itu agak kuat kesannya tp krn selsema saya yg berlarutan terlalu lama saya ambil ubat itu.selang 3 hari saya berhenti ambil pil itu kerana takut ada effect pada bayi dan selsema saya masih berlarutan.apa yg perlu saya lakukan.tq

  27. mazlina abdul rahman

    asslkm doc. sy skrg mengandung 34 minggu. masalah sy ialah mengalami alahan gatal seluruh badan yang teruk.sy mula mengalami alahan agatal ini bermula minggu yg ke 28. sy tidak pernah mengalami alahan spt ini utk kandungan yg lps. doc, bolehkan sy mkn ubat utk meredakan kegataln ni…keran calamine lotion tidak berkesan dan keadaan ini mengganggu sy tidur sdgkan sy merupakan ibu bekerja yg memrlukan rehat yg cukup. sy ade dibekalkan doc kerajaan dgn ubat chlorpheniramine 4mg. adakah kesan sampingan kpd bayi sekiranya sy mengambil ubt ini secra berterusan sehingga rs gatal reda.

  28. assalam doc..saya seorang pesakit cancer payu dara..pada bln jun 2010,saya dah buang sebelah kiri site my breast..buat chemoterapy 2x..kemudian dah x follow up lg..dan pada january 2012 baru nie,saya telah hamil…adakah risiko untuk bayi saya nanti doc..?

  29. salam..
    doc, sy hamil 14 minggu..sy sentiasa demam,batuk,lelah,selsema..kire 1 pakej lah..doc telah bg sy ubat dan antibiotik..sy hanya mkn antibiotik shj,kerana doc ckp ianya perlu dihabiskan.sy sbnrnye risau..apa pandangan doc?

  30. salam dr..
    isteri saya hamil 16/52 dan dia telah mengambil paracetamol 6 biji sekali dalam masa yang sama akibat tertekan.. adakah ia memberi kesan kepada janin dan ibu?

  31. Salam Dr.
    Saya hamil anak kedua 8 minggu. Saya mengalami selsema dah seminggu dan dr. telah berikan saya ubat Clarityne (loratadine), Vitaman C. Saya juga mengalami masalah angin dan diberi ubat Gelusi. Selamatkah ubat2 tersebut.

  32. as’kum doc..
    period saya lewat 2 bln.. bila cek 2 kali dengab doc hasilnya negative(-), skrg sya mkn jamu utk keluar kan period, tpi yg keluar hnya lendir berwarna merah sebesar 20 sen aje yg keluar selama 3 hri berturut-turut selepas mkn jamu.. sedangkan perut saya makin besar.. apakah kesan mkn jamu itu pada saya.. saya musykil sama ada saya hamil atau tidak.. harap doc dapat membantu.. terima ksih..

  33. dokter,
    sy ingin bertanya boleh kah dalam masa period sesorg itu mengadung?

  34. salam doktor,
    saya ingin bertanya,saya skrg hamil 6 bulan,saya mengalami demam yang tidak kuat,bolehkah saya mkn ubat yg telah disyorkan oleh doktor dan sekiranya saya makan adakah ianya memberi kesan mudarat pada kandungan saya?
    Terima kasih.

  35. Salam doc,sy pregnant 3bulan,sepanjang hamil sy sering demam,selsema,batuk,ditambah pening dan muntah,sy cuba minum air banyak,xsampai beberapa minit,sy muntah , bibir sy sentiasa kering, kdng2 berdarah, bdn sy sentiasa rsa letih x bermaya,apa nasihat doc?

  36. salam dr, di awal kehamilan saya diserang asma yang teruk.. Dr telah bagi saya steroid dan ubat semput. Adakah ubat tersebut memberi kesan kepada bayi saya?

  37. assalamualaikum doktor,
    Saya ingin bertanya boleh saya memakan ubat batuk ‘PROSPAN’ saya baru je hamil dalam 5 minggu….adakah ia akan memudaratkan kandungan saya.
    Terima kasih.

  38. salam doktor..
    saya sedang hamil 14 minggu..
    saya mengalami sakit gigi yang amat sgt..
    saya hanya bertahan dengan panadol..2 biji sekali makan dalam masa 24 jam. adakah selamat bagi bayi saya..
    satu lagi adakah selamat bagi bayi saya jika saya mencabut gigi ketika hamil?

  39. salam. dok. spjg khamilan ni sy stiasa mengambil ubat dimenhydrinate krn mgalami alahan yg teruk shga xblh mkn.. adkh ia menjejaskan kndgn sy?

  40. Aida bt Antoni

    Assalamualaikum Dr., minta maaf sekiranya saya mengganggu tugas Dr. seketika. Saya mempunyai bayi berusia 2 bln dan telah melahirkan bayi secara pembedahan pada 20/09/2012. Saya disahkan mengidap Penyakit tiroid semasa kandungan saya berusia 7 bln dan telah mengambil ubat tiroid dan sejenis ubat yg dinamakan concor. sekarang saya masih lagi mengambil ubat tiroid 3 biji dan separuh dari ubat concor 2.5mg pada sebelah pagi dan 2 biji ubat tiroid dan separuh lagi ubat concor itu tadi pada sebelah petang. Adakah mempunyai kesan sampingan jika saya mengambil ubat tersebut secara berterusan? Saya ingin tahu apakah fungsi sebenar ubat concor tersebut dan bolehkah pesakit pulih sepenuhnya? Penjelasan dari Dr. saya amat hargai dan semoga Allah S.w.t memberkati Dr. sekeluarga…Amin…

    • Assalamualaikum Dr., minta maaf sekiranya saya mengganggu tugas Dr. seketika. Saya mempunyai bayi berusia 2 bln dan telah melahirkan bayi secara pembedahan pada 20/09/2012. Saya disahkan mengidap Penyakit tiroid semasa kandungan saya berusia 7 bln dan telah mengambil ubat tiroid dan sejenis ubat yg dinamakan concor. sekarang saya masih lagi mengambil ubat tiroid 3 biji dan separuh dari ubat concor 2.5mg pada sebelah pagi dan 2 biji ubat tiroid dan separuh lagi ubat concor itu tadi pada sebelah petang. Adakah mempunyai kesan sampingan jika saya mengambil ubat tersebut secara berterusan? Saya ingin tahu apakah fungsi sebenar ubat concor tersebut dan bolehkah pesakit pulih sepenuhnya? Penjelasan dari Dr. saya amat hargai dan semoga Allah S.w.t memberkati Dr. sekeluarga…Amin…

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Boleh saya tahu detail ttg penyakit puan, sama hypothyroidism atau hyperthyroidism. Saya juga perlukan nama ubat thyroid yang puan gunakan. Jika boleh bacaan tahap hormon puan yang terakhir dan bersama tarikh darah diambil. Puan boleh emial saya di drzubaidiahmad@gmail.com.

  41. Salam.dr. Sekarang isteri saya mengandung 8 bln, anak saya berumur 12 tahun ken demam campak. Apa nasihat Dr cara untuk menangani anak yang demam campak oleh isteri? Adakah isteri saya berisiko terhadap demam campak sedangkan beliau pernah demam campak masa remaja.

  42. aslmkm doktor..terima kasih kerana sudi meluangkan masa..saya sedang pregnant 20 minggu & mengalami selsema yg teruk..bolehkah saya ambil zyrtex (jenis cecair) & brapa mg yg sesuai?

  43. Salam Dr,

    Saya hamil 4 bulan.Masalahnya sekarang saya masih mengalami batuk dr sejak kehamilan saya 2 bulan.Dan sekarang saya rasa mengalami bengkak tonsil dan menyebabkan sakit utk menelan.Apakah tiada ubat yang boleh menyembuhkan batuk saya sepanjang kehamilan ini?

    • “Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”

      Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak. Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, namun jika masalah alahan ini sangat mengganggu rutin seharian, pengambilan claritune hydrochloride 10mg tidak dapat dielakkan lagi.

      Saya ada menulis di http://drzubaidi.com/blog/?p=3780

  44. Salam doktor.kini kandungan saya hampir 4bln masalah yg saya hadapi sekarang iailah sering kali gigi sakit. doktor gigi telah memberikan saya ubat tahan sakit dan antibiotik.Soalan saya bolehkah saya mengambik ubat berkenaan berterusan jika kesakitan itu berlaku lagi kerana sayaa takut kandungan saya akan mengalami masalah kemudian hari.

    • Salam doktor.kini kandungan saya hampir 4bln masalah yg saya hadapi sekarang iailah sering kali gigi sakit. doktor gigi telah memberikan saya ubat tahan sakit dan antibiotik.Soalan saya bolehkah saya mengambik ubat berkenaan berterusan jika kesakitan itu berlaku lagi kerana sayaa takut kandungan saya akan mengalami masalah kemudian hari.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Pemeriksaan dan prosedur dental sebaiknya dilakukan setelah usia kehamil memasuki semester kedua (selepas 13 minggu). Bagi yang mengalami sakit gigi, ubat Paracetamol boleh diambil dengan mengikut dos yang telah ditetapkan untuk jangka masa yang pendek. Hanya gusi yang bernanah saja memerlukan penggunaan antibiotik, itu pun hanya beberapa jenis antibiotik saja yang tidak mememberikan kesan sampingan pada janin dalam kandungan.

  45. salam dr, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari dr. saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.

    • As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedari adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.

      Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam kategori C untuk wanita hamil. Ini bermakna, kajian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan dalam makmal menunjukkan kemudaratan pada janin-janin haiwan ini (embryotoxicity) dan menyebabkan kecacatan (teratogenicity).

      Walau bagaimana pun tiada kajian yang dilakukan secara langsung kepada wanita-wanita yang hamil bagi melihat kesan yang berlaku pada janin-janin mereka.

      Begitu juga ketoconazole tidak boleh diberikan kepada wanita yang menyusukan bayi mereka, kerana sebahagian kecil dos ketoconazole dikeluarkan melalui air susu ibu yang menelan ubat ini.

      Bagi puan yang telah menelan ubat ini tanpa mengetahui mereka sedang hamil, tiada apa yang mereka boleh lakukan selain berdoa kepada ALLAh semoga tiada kemudaratan pada bayi mereka dalam rahem.

      Jangan terlalu bimbang kerana tiada laporan lagi yang meunujukkan ubat ini memberikan kesan secara langsung kepada bayi dalam rahem.

      Wallahu a’lam.

  46. Salam doc saya mengandung skrg dah 8bulan . Skrg ni sy sering sakit gigi sbb berlubang . Smua ubat sapu dn kumur sdh cuba tp tak berkesan. Hanya paracetamol yg bole mgurangkan rasa sakit. Sdh 2hr sy amalkan .adakh perbuatan saya memberikan kesan pada kandungan@bayi dlm perut? Harap doktor bole respon permasalahan ini .

    • Salam doc saya mengandung skrg dah 8bulan . Skrg ni sy sering sakit gigi sbb berlubang . Smua ubat sapu dn kumur sdh cuba tp tak berkesan. Hanya paracetamol yg bole mgurangkan rasa sakit. Sdh 2hr sy amalkan .adakh perbuatan saya memberikan kesan pada kandungan@bayi dlm perut? Harap doktor bole respon permasalahan ini .

      Dr Zubaidi: Saya ada menulis mengenai penjagaan gigi di di http://drzubaidi.com/blog/?p=1594.

  47. Salam..sya da mkn pil perancang..if sya x tau yg sya pregnant, mkn pil 2 da mudaratkn kndungan x…just want 2 know…x mustahilkn mkn pil 2 pun leh pregnant…

    • Salam..sya da mkn pil perancang..if sya x tau yg sya pregnant, mkn pil 2 da mudaratkn kndungan x…just want 2 know…x mustahilkn mkn pil 2 pun leh pregnant…

      Dr Zubaidi: Saya bersetuju bahawa ada kalanya pil perancang kehamilan tidak berkesan atas pelbagai sebab. Walau bagaimana pun ia jarang berlaku. Jika telah termakan 2 biji pil, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Banyaklah berdoa. Insya ALLAH kehamilan puan akan selamat.

Leave a Reply to zarinaCancel reply

error: Content is protected !!