CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ”

Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit.

Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita.

Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana mereka serius dalam mencari ilmu.

Doktor, berikanlah petua cara membanyakkan sperma saya” soalan yang tiba-tiba muncul di wall FB saya.

Saya tergamam. Lebih-lebih lagi soalan itu di’tampal’ di wall saya berserta dengan gambar profile lelaki yang bertanya.

Saya menasihatkan mana-mana rakan FB jika ingin bertanya mengenai masalah ’dalam kain dan seluar’ seeloknya ajukanlah soalan itu ke dalam inbox FB saya.

Ini kerana apabila saya menjawab soalan yang kedengaran ‘pelik’, ada yang tidak segan memberi komen negatif. Baru-baru ini saya memberitahu dalam wall FB bahawa ada lelaki yang tidak dapat menghamilkan isterinya kerana air maninya bukan dipancutkan ke vagina isterinya, tetapi terpancut ke dalam pundi kencingnya. Keadaan ini dinamakan sebagai retrograde ejaculation.

Ada rakan FB yang tertawa sinis apabila memberi komen.

Awak tahu kah air mani bagaimana yang dikatakan normal?” saya menjawab dalam chatting box apabila ada yang bertanya tentang air mani.

”Air mani? Air mazi? …” Semestinya bukan air kencing. Letih melayan loyar buruk.

Air mani atau dinamakan semen ialah campuran air yang keluar dari kelenjar reproduksi lelaki bersama sperma. Sperma pula benih lelaki yang keluar dari testis dan bergerak melalui epididymis.

World Health Organisation (WHO) telah menetapkan beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani itu sihat.

  1. Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml),
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Total sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 40 juta.
  4. Sekurang-kurangnya 60 % dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang dari 50% sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang)
  7. Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan

Doktor saya malu hendak bertanyakan ini. Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan doktor menyatakan bahawa isteri saya normal. Saya yang mengalami masalah sperma yang kurang. Bantulahlah saya” rayu seorang peminat bolg saya.

Saya akui lelaki sememangnya ego dalam isu kesuburan. Lelaki yang tidak subur dianggap dayus, padahal perkataan dayus itu amat berbeza maknanya.

Dewan bahasa dan Pustaka memberi definisi dayus sebagai ”hina dan keji (sifat atau perbuatan):eg hanya laki-laki dayus sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dengan jalan tidak halal; tidak bertanggungjawab”

Lelaki memang bimbang jika gagal memuaskan isteri secara hubungan seksual dan amat terguris egonya jika tidak dapat menghamilkannya. Nasihat saya, jangan cepat membakar ego sendiri. Ini musibah dan ujian yang Allah berikan. Carilah penawarnya.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah sperma, banyak cara yang boleh diusahakan. Jika usia masih muda dan mahu merawat secara konsevatif dengan ubat-ubatan dan supplement, saya amat mencadangkan agar mencuba CoQ10.


”Doktor ubat CoQ10 tu macam ubat herba dan direct selling saja..” seorang pesakit bertanya sinis.

Kalau saya berikan ubat perubatan moden, ramai tanyakan kesan sampingan, bila saya cadangkan ubat alternatif, macam tidak percaya pula. Takkan saya mahu berikan nasihat tanpa ada bukti saintifik atau kajian klinikal.

”Walaupun tidak ada doktor yang memberikan cadangan ubat ini, namun ada kajian yang menyokong keberkesanan supplement ini.”

CoQ10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada di dalam mitochondrion. Ia menghasilkan ATP, iaitu molekul yang menghasilkan tenaga. Oleh itu, Coenzyme Q-10 (CoQ-10) adalah ibarat vitamin. Ia boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai tenaga yang banyak seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas.

Dalam Journal Urology 2009 Jul;182(1):237-48., satu kajian yang dilakukan di  Urology and Nephrology Research Center, Shahid Beheshti University, Tehran, Iran menyatakan keberkesanan Coenzyme Q-10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Dalam kajian pesakit  idiopathic oligoasthenoteratospermia iaitu masalah bilangan sperma yang kurang sihat, seramai 212 orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan seramai 106 orang menerima sebanyak 300 mg Coenzyme Q10 setiap hari selama 30 minggu, dan seramai 106 orang lagi menerima placebo.

Keputusannya mendapati lelaki yang mengamalkan  Coenzyme Q10 sebanyak 300 mg setiap hari selama 30 minggu, kualiti air maninya iaitu bilangan spermanya bertambah. Bilangan sperma yang mempunyai pergerakan aktif juga bertambah.

Pakar saintis memberikan teori bahawa Coenzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke telur ovum. Namun perkara ini perlu diberikan masa yang lebih untuk kajian yang lebih tepat. Namun tiada kesan sampingan yang merbahaya.

Satu lagi kajian dilakukan di Itali. Menurut Dr Giancarlo Balercia, MD, dari University of Ancona di Itali yang melakukan kajian itu berpendapat ada kesan positif dengan pengambilan CoQ10 yang bertindak sebagai pembekal tenaga di dalam stuktur mitochondrial pada sperma selain dari bertindak sebagai antioxidant.

Kajian ringkas itu yang dilakukan olehnya mendapati bahawa pengambilan CoQ10 telah menyebabkan kehamilan pada 13.6% pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh faktor lelaki setelah menggunakannya selama tiga bulan.

Ibarat ‘tiada rotan, akar berguna’, supplement Coenzyme Q10 boleh dicuba bagi yang mempunyai masalah sperma. Walaupun banyak kajian yang perlu dibuat untuk membuktinya, namun ia berbaloi untuk dicuba. Dosnya ialah 300mg selama 30 minggu.

Allahu a’lam.

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (110111)

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.

14 comments

  1. salam doc,mn bleh dprkn supplemnent ni..ade jual kt farmasi ke

  2. asmualaikim dr,,,sy ingin m,cadangkan CoQ10 kepada suami sya kerana masalh oligoospermia.di mana sy boleh beli ubat ini….

  3. Assalam doc,adakah CoQ10 sama dgn Bio Q10?

  4. salam,
    saya telah buat semen analysis

    1.ph 7.5
    2.volume 6ml
    3.concentration 56 mil/ml
    4.progression motility (a+b) 13%
    a. progression 3%
    b. non-progression 10%
    c. immotile 87%
    5.total spern count 336 mil
    6.total motile 44 mil
    7.normal morphology 9%
    8.debriss ++

    boleh doktor komen apa masalah saya dgn bahasa yg senang di fahami.yg sya tau no 4 a/b/c ada problem dan no 8.saye di beri ubat antibiotic untuk no 8 serta vitamin e dan zink untuk di amalkan.selain itu adakah ubat lain yg perlu diambil atau supplement.dan berilah apa2 nasihat yg perlu diambil untuk mendapatkan zuriat.

  5. Sumail bin kahar

    saya telah berkahwin lebih 13 tahun dan telah mempunyai seorang anak lelaki berumur 10 tahun. untuk pengetahuan doktor, saya telah cuba untuk mendapatkan anak lagi tetapi gagal, saya telah cuba membuat pemeriksaan sperma sebanyak 4 kali, 3 kali pemeriksaan menunjukkan kandungan sperma saya sangat kurang, pemeriksaan terbaru saya pada 9/9/2011 telah menunjukkan keputusan yang sangat mengecewakan sebab air mani saya tak mengandungi sperma. soalan saya, apakah yang menyebabkan masalah ni berlaku dan apakah nasihat doktor untuk saya bagi mengatasi masalah ni.

  6. dr kalau wanita yang sihat ambil masa berapa bulan untuk mengandung lagi.saya mengandung selepas 1 bulan kawin orang panggil “bunting pelamin”hehehe.tapi sy nak mengandung lg tp da 2 bln tidak berjaya..kenapa ya?bole tak lelaki yg sihat makan vitamin tu…tq

  7. CoQ10 di farmasi tak ada jual ke ?

  8. asklm…

    sebelum berkahwin..suami saya memang dh mengambil CoQ10 tp utk jantung…apa lagi kelebihan CoQ10 selain berfungsi sebagai membantu kualiti sperma dan melegakan sakit jantung…

  9. Salam Dr,

    Bagaimana dengan l-arginine?

Leave a Reply to matCancel reply

error: Content is protected !!