Bahaya Kanak-kanak/Bayi dalam Kapal Terbang

 

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih, ramai di antara kita berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan kemudahan pengangkutan kapalterbang. Malah penerbangan domestik di Malaysia telah melalui fasa yang begitu maju sehingga ramai kanak-kanak di bawah umur setahun dibawa naik ke kapalterbang bersama ibubapa mereka dengan pelbagai sebab dan alasan.

Namun begitu, kita perlu ingat bahawa setiap kali kita menaiki kapalterbang, kita mengalami perubahan fizik yang mungkin tidak kita sedari. Perubahan fizik ini kadang kala boleh menyebabkan penumpang kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung semenjak kecil akan mengalami kesukaran bernafas.

Kanak-kanak dan bayi biasanya tidak boleh mengadu kepada ibubapanya ketika mengalami masalah ini. Namun ibubapa mampu melihat kesukaran kanak-kanak atau bayi mereka. Kesukaran bernafas ini digambarkan dengan kadar pernafasan yang meningkat (kanak-kanak itu tercungap-cungap / tachypnoic) atau perubahan warna pada mukanya (cyanosis) atau mungkin tulang dadanya kelihatan lebih jelas (ribs retraction more obvious) ketika bernafas.

Bagaimanakah perubahan fizik boleh mengganggu physiology tubuh kita? Kebanyakan kapalterbang terbang tinggi mencecah altitude ketinggian 9150m hingga 13 000 meter.

Semakin tinggi kapalterbang itu mendaki, semakin nipis lapisan oksigen. Ketinggian sebegini semestinya mengubah keadaan fizik kepekatan oksigen. Semakin tinggi kedudukan, maka kepekatan oksigen menjadi lebih nipis. Jika syarikat yang membuat kapalterbang ini, tidak “mengubahsuai” (compensate) keadaan ini di kabin, tentu ianya akan menyebabkan hypoxia, iaitu kekurangan oksigen bagi para penumpang terutama mereka yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung terutama di kalangan kank-kanak.

Justeru itu ketika berada di kabin kapal terbang, walaupun kapal terbang itu masih terbang dan menambahkan ketinggiannya, penumpang tidak merasakan perubahan yang disebabkan oleh lapisan oksigen yang semakin menipis.

Pada hal ketinggian 2440 m, menyebabkan kepekatan oksigen menjadi 15% bersamaan dgn kepekatan oksigen di aras laut. Kepekatan oksigen sebegini amat dirasakan oleh setiap orang yang berada di atas bumi di paras laut. Namun teknologi yang mengurangkan tekanan (pressure) di dalam kabin kapalterbang telah mampu mengekalkan kepekatan oksigen pada kepekatan atmosfera.

Namun begitu, ia tetap membahayakan bayi normal yang berumur kurang dari setahun, disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  1. bayi kurang satu tahun umurnya mempunyai fetal haemoglobin.
  2. bayi juga mempunyai stuktur anatomi yang kurang matang berbanding dengan orang dewasa iaitu mempunyai kurang alveoli, rangka rusuk yang kuat dan isipadu paru-paru yang kurang.

Dalam suatu kajian mengenai kepekatan oksigen bagi kanak-kanak yang menaiki kapalterbang antarabangsa, selepas 3 jam, kepekatan turun dari 99-100% kepada 95.7%, dan selepas 7 jam menjadi 94.4%. Walaupun mereka tidak mengalami kesesakan nafas secara nyata, namun mereka mengalami degupan jantung yang kencang. Ianya sudah cukup ketara (significant) bagi menunjukkan kanak-kanak itu mula merasakan kesukaran bernafas.

Begitu juga bagi mereka yang merasa mengantuk dan mahu tidur juga amat berkaitan dengan kepekatan oksigen yang kurang.

Maka jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah paru-paru dan jantung sejak lahir, mereka memerlukan pemeriksaan yang rapi sebelum menaiki kapalterbang terutama bagi perjalanan yang memakan masa lebih lapan jam.

Pengesahan pakar paediatric akan memastikan mereka mendapat perhatian khas ketika di kabin kapal terbang. Mereka mungkin memerlukan tangki oxygen yang membekalkan oksigen untuk mereka.

Saya amat bimbang jika kanak-kanak atau bayi itu meninggal dunia jika ianya tidak mendapat perhatian secukupnya. Mereka mungkin menjadi biru (cyanosis) dan dimasukkan ke dalam ICU akibat paru-parunya menjadi rosak kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Paling menakutkan jika mereka mengalami kecacatan otak yang kekal di atas kealpaan kita.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (140410)

http://www.facebook.com/drzubaidi

https://drzubaidi.com/blog/ 

4 comments

  1. Nurul Farhana Kasim

    salam Dr..
    saya nak tanya..bayi saya berusia 7 bln dh 3 kali naik flight..tp tempoh perjalanan lebih kurang sejam je..macam mana ye?bahaya x?bby masih aktif mcm biasa…

  2. salam..doc..jika seminggu selepas melahirkan..boleh tak d bwa bb naik flight utk penerbangan kurang dari 1jam?bahaya tak?

  3. Salam Doc..

    1. Saya ada bayi berusia 2 bulan,dia lahir 8 bulan dan ada problem sikit pada jantung, blh tak saya bwk dia naik flight yg perjalannya hanya 45 minit,bahaya tak utk dia

    2. Bayi saya baru mendapat suntikan lima serangkai pada 4 hari lepas dan hari ini air kencing dia warna kemerah-kemarahan serta muntah 2 ke 3 kali dalam satu hari,adakah ini normal atau saya perlu mendapatkan rawatan untuk nya

  4. Info yg sangat baik. Anak saya sakit telinga masa naik kapalterbang. Ketika tu dia berusia 6 tahun.

Leave a Reply to atif zackCancel reply

error: Content is protected !!