APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT SINTETIK SALBUTAMOL

APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT SINTETIK SALBUTAMOL

Salbutamol digunakan untuk merawat penyakit asma dengan merehatkan otot pada saluran pernafasan, dan akhirnya saluran pernafasan akan terbuka dan memudahkan pesakit asma bernafas.

Dos yang biasa adalah 2mg dalam setiap tablet.

✅ Cara pengambilan :

1-2 biji 3 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

✅ Kesan sampingan yang biasa:

👉 Denyutan jantung cepat

👉 Sakit tekak

👉 Rasa loya

👉 Menggeletar

👉 Sakit kepala

👉 Rasa gemuruh

👉 Batuk

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

✅ Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku :

👉 Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

👉 Denyutan jantung tidak teratur

👉 Serangan jantung

👉 Pembengkakan air dalam paru-paru

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

✅ Penggunaan jika mengandungi :

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

✅ Penggunaan jika menyusukan anak :

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui. Jadi penyusuan tidak digalakkan

✅ Kontraindikasi :

Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!