Healing Crisis atau krisis penyembuhan merupakan salah satu istilah yang selalu digunakan apabila terdapat tindakbalas tubuh terhadap ubat sintetik atau suplemen yang diambil. Ia adalah jangkamasa penyesuaian untuk tubuh menerima kesan ubat sintetik atau suplemen.
Ini berbeza dengan kesan sampingan terhadap ubat sintetik atau suplemen itu.
Sebagai contoh setelah menggunakan suplemen tertentu atau Ubat Sintetik yg diberikan doktor, seseorang itu mengalami pening kepala, demam dan rasa lemah.
Ini kerana ubat atau suplemen itu mula bertindakbalas terhadap tubuh.
Bagi pesakit hipertensi sebagai contoh mengalami pening dan lemah badan setelah makan ubat hipertensi, ia dianggap sebagai healing crisis.
Ini kerana pesakit sudah mengalami tekanan yang tinggi pada masa yang lama. Dengan penurunan tekanan darah yang normal, sudah tentu memberikan kesan tindakbalas pada tubuh. Ia hanya untuk sementara. Akhirnya pesakit menjadi selesa dengan kesan ubat itu dan tekanan darahnya menjadi normal.
Bagi menerima yang menerima vaksin, mengalami rasa demam, sakit dan lemah badan, ia adalah kesan sementara healing crisis apabila tubuh bertindakbalas pada kuman pada yang dimasukkan ke dalam tubuh. Selepas beberapa hari, tubuh akan selesa dan normal kembali.
Bagi yang mengambil suplemen vitamin C mungkin mengalami suhu yang sedikit tinggi kerana kadar metabolisme ditingkatkan. Ia kesan sementara sebelum mereka rasa lebih bertenaga.
Berbeza dengan kesan sampingan.
Kesan sampingan adalah kesan yang kekal berlaku setiap kali mengambil ubat sintetik atau suplemen.
Sebagai contoh, setiap kali mengambil ubat atau suplemen tubuh akan mengeluarkan ruam.
Kesan sampingan berlaku secara berterusan setiap kali ambil ubat atau produk itu. Sementara healing crisis berlaku untuk sementara. Selepas beberapa lama, walaupun ambil suplemen atau ubat sintetik itu, tiada lagi kesan yang tidak menyenangkan.
Contoh lain healing crisis apabila kita menjauhkan rokok dari perokok tegar. Tubuh akan jadi menggigil, berpeluh dan fikiran menjadi tidak boleh fokus. Tetapi lama kelamaan keadaan menjadi seperti biasa.
Jadi merawat ketagihan juga boleh menyebabkan healing crisis.
Jadi jangan keliru antara healing crisis dengan kesan sampingan.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
